Semasa saya di Bali pada beberapa tahun yang lepas, ketika saya menonton TV. Di dalam berita malam, saya melihat klip kemalangan kereta yang sangat mengerikan. Seorang lelaki telah mati akibat memandu dengan cuai lalu terbabas, dan masuk gaung. Pemberita yang mengulas berita malang itu, menggunakan perkataan “tewas”, untuk kematian.
Berbeza dengan di sini, “tewas” tidak menggambarkan kematian. Sebalik “tewas” menggambarkan “kekalahan” atau “kegagalan”.
2015 adalah tahun saya tewas.
Ketewasan paling besar saya adalah apabila gagal untuk mencapai matlamat larian saya untuk lari sejauh 999 KM dalam masa setahun.
Ada banyak faktor yang saya tahu memang mengundang kepada kegagalan utama ini. Selain daripada disiplin yang kian merosot, serta ketidak konsisten saya dalam larian, menyebabkan saya gagal menyempurnakan matlamat gila saya. Namun, bukan itu sahaja. Bukan hanya kerana kemalasan saya, kecelaruan saya dalam menggunakan masa yang ada pada saya juga faktor terpenting dan paling utama kepada hal ini. Ini kerana pada bulan julai, buat pertama kalinya saya telah bergelar “bapak”, dimana setelah 10 tahun berkahwin, akhirnya saya dikurniakan cahaya mata.
Menjadi “bapak”, pada ketika ini, banyak masa larian yang saya korbankan untuk anak, yang baru sampai ke bumi ini.
Saya gagal lari 999 KM, tapi saya terlalu gembira kerana hadirnya EL LUKH dalam hidup saya. Untuk itu, tidak mengapa tidak dapat lari jauh pun, kerana setiap petang saya berkejar balik kerumah, untuk EL LUKH, instead of berkejar ke Taman Rekreasi Bukit Jalil, untuk larian.
Dalam erti kata lain, saya belajar sesuatu yang baru. Kita barangkali tewas pada satu hal tetapi kita mungkin lebih menang, pada satu hal yang lain.
Melalui Runkeeper, saya upaya berlari sejauh 503.15 KM, dengan jumlah masa 63:05:25 dengan average pace 7:38. 63 jam kalau dikira hari, baru seperti berlari tanpa henti selama 2.6 hari. Tidak lama mana pun sebenarnya.
Walau bagaimanapun bila saya check dengan Strava saya, saya dapati yang jumlah larian saya adalah cuma 500 KM. Ada 3 KM hilang disitu dan saya tidak tahu mengapa. Sama ada, ada larian yang tidak direkod atau calculation Strava lebih tepat dari Runkeeper. Itu saya tidak tahu.
Namun dalam ketewasan utama itu, ada juga pencapaian kecil yang saya berjaya lakukan. Antaranya adalah challenge-challenge yang saya sendiri cipta untuk dunia larian saya, iaitu :
1. Menghabiskan 21K pertama kali dalam race #werunkl
2. Menghabiskan 10K pertama kali untuk trail run dalam race Hulu Langat Dusun Tua
3. Complete Race kiri kanan Malaysia apabila lari di Ranau, Sabah dalam race Ranauthlon
Saya juga telah membuat 5 PB baru untuk tahun 2015 iaitu :
1. 21K – 02:18:52 / 01.02.2015 Nike We Run KL
2. 3K – 00:16:31 / 21.05.2015 Runkeeper
3. 10K – 00:54:17 / 24.05.2015 Melawati 10K
4. 5K – 00:30:41 / 23.10.2015 Runkeeper
5. 15K – 01:44:50 / 29.11.2015 LHKSNS
Dan terakhir, sebagai penutup tirai 2015, sempena ekonomi perniagaan yang semakin merosot, saya telah lari dari rumah ke ofis dan dari ofis lari balik semula ke rumah – #runtomyoffice #runtomyhomefrommyoffice
***
Untuk Race pula, saya rasa ada 3 race yang paling saya enjoy dan paling saya suka. Pertama, tentunya Nike We Run KL. Ini adalah kerana race pertama half marathon saya. Selain dari T-Shirt Race yang unik dan medal yang simplified, larian half marathon yang pertama ini memang menguji kekuatan hati saya untuk menghabiskannya. Itu pasallah saya pakai bandana askar masa lari. Sarjan Hassan sikit.
Race kedua adalah race Ranauthlon Sabah. Race yang scenery-nya paling ohsem, sehinggakan saya merasakan yang saya sedang berlari di alam kayangan. Mana nak dapat lari dalam kabus hampir sepanjang masa. Sejuk pulak tu. Walaupun terpaksa fly ke Sabah dan berhabis duit agak banyak juga, namun apa yang saya boleh katakan, “Next year abiang datang lagi”.
Dan terakhir, Race Sultan Nazrin Shah, Kuala Kangsar. Race birthday parti yang paling mewah dengan hadiah dan makanan! Namun bukan itu sebab utama menjadi 3 top race pilihan saya. Berlari di Kuala Kangsar, ada sedikit feel “lain macam”. Pertama, sejarah Kuala Kangsar itu sendiri sebagai Kuala Kurang Sa (kurang satu dari 100). Kedua, bila nak habis race tu ada dua cermin hitam dan putih yang menjadi laluan setiap runner seolah memberitahu runner, “kenal-kenallah diri tu, siapa disebalik yang dilihat dari cermin itu”. Dan of course ketiga, race ini jatuh pada harijadi saya dan medalnya dalam tulisan jawi. Ohsem!
Bagi anugerah Medal paling cantik, saya rasa jatuh kepada Kuantan Half Marathon. Medal ala superhero bagi saya membawa erti – Hanya Hero yang sanggup berkorban manakala syaitan mengambil peluang, chewah. Tapi dalam race ni saya sayur. Hati tu tak kuat mana. Lemah. Tak hero pun.
Untuk T-Shirt larian paling ohsem, saya kira saya beri kepada race #werunkl. Memela, dah Nike buat baju. Kalau buat baju buruk saja je la. Yang paling unik adalah custom no bib larian terus pada baju. Memang chara. Tak yah nak pin-pin bib dah.
Oh ya. Satu lagi kenangan manis 2015 adalah apabila saya, isteri dan EL LUKH sama-sama menghabiskan challenge #global5K runkeeper. Ini adalah first time anak saya EL LUKH jogging walaupun hakikatnya terbaring terkangkang dalam stroller!
Untuk route larian pula, saya rasa saya tak banyak cari route baru. Saya dapati majoriti saya memang lari di Taman rekreasi Bukit Jalil. Kalau ada yang route baru saya cuba pun mungkin satu saja (race tak kira la) iaitu Taman Tasik Raub. 1 loop equal to 1 KM. Saya lupa nak tulis pasal ni nantilah bila-bila free.
Ini pula heatmap larian saya. Kalau nak tengok detail dan drag-drag zoom-zoom boleh click sini. Kawasan paling “panas” adalah Taman Rekreasi Bukit Jalil, Taman BK3 dan kawasan rumah saya Kinrara Residence. Ingat tahun ni nak bakar jalan lain pulak lah. :p
SO, tahun ini saya akan cuba lagi untuk sempurnakan #siri999 saya iaitu dengan lari sejauh 999 KM. Saya juga telah mencipta satu calendar yang bakal membantu saya dalam misi mencapai matlamat ini. Saya berharap dengan calendar sebesar pintu Ahmad Albab ini akan membantu saya lebih berdisiplin dan lebih fokus beristiqamah (consistence).
Saya ingat itu saja summary race report saya tahun 2015. Ada macam-macam nak tulis sebenarnya tapi dah namanya summary. Sebagai penutup, seperti runner-runner lain juga, saya selitkan stat larian saya tahun 2015 sebagai hadiah dan ingatan buat diri saya sendiri agar larian menjadi lebih bermakna dan lebih “mendalam”.
P/S disebabkan saya penulis, so stat saya ni cam banyak pic ngan text. Sorry ye. 😀
Langkah seterusnya :
Summary : 2016 – Kitab ke Viktor
Summary : 2015 – Tahun yang tewas
Summary : 2014 – A year of 300 Pt 2
Summary : 2014 – A year of 300 Pt 1