Summary : 2016 – Kitab ke Viktor

khairulazizi_full

Tahun 2015 merupakan tahun larian saya yang sangat tewas. Tahun yang bancau punya mandom. Tahun gila buat benda semua tak jadi. 2016, sebaliknya, adalah ibarat pertukaran muka surat dari muka surat suwey kepada muka surat harapan baru. Mungkin juga daripada sebuah buku yang penuh emosi negatif, kepada buku yang penuh harmoni positif.

***

BAB 1 – TARGET DAN RESULT

Banyak erti kemenangan yang saya telah pelajari pada tahun ini. Sebelum saya simpulkan semua dalam satu ayat, mari lihat apakah target yang saya tulis untuk 2016 telah berjaya saya capai keseluruhannya.

1. Jarak Larian tahunan
Target : Lari 999KM + 134 KM GAGAL, tapi…..

Agak dua tahun berturut-turut gagal lari 999 KM setahun. 2015 fail, dan 2016 juga fail. Jarak larian  2016 hanya sampai 725 KM sahaja berbanding 503.15 KM untuk tahun 2015. Average pace setahun pula semakin baik kepada 6:56 berbanding 7:38 pada tahun lepas. Manakala jumlah jam larian juga meningkat kepada 94 jam berbanding 63 jam pada tahun 2015.

screen-shot-2016-12-31-at-11-30-58-pm

Bila saya tengok secara keseluruhan, saya dapati ada 1 bulan saya langsung tak lari iaitu pada bulan June. June tu tak silap masa raya.

screen-shot-2017-01-01-at-1-33-45-pm

Namun berbanding tahun lepas, walaupun asasnya gagal capai target 999 KM setahun, ada peningkatan jarak larian sebanyak 222 KM! Ini adalah satu petanda yang baik dan harap cubaan kali ketiga pada tahun 2017 akan membuahkan hasil. Tahun 2017 dah cubaan kali ketiga. Kalau sayur jugak saya berhenti lari dan delete blog ni.

Bila saya fikir balik, kenapa 2 tahun gagal, saya ingat sebab saya terlalu detail dan terlalu nak fokus untuk achieve target. Maybe sesetengah hal dalam hidup, tidak boleh diberi terlalu banyak fokus kerana mungkin sudah tiba masanya kita let go dan biar ia berlaku secara natural.

Untuk itu, tahun 2017, saya akan lari dengan begitu sahaja tanpa memikirkan sangat target 999 KM. Tengok nanti, ada beza atau tak. Bak kata Bruce Lee, “If you spend too much time thinking about a thing, you’ll never get it done.”

2. Jarak Larian Bulanan
Target :  99 KM dalam masa sebulan BERJAYA

Tak pernah saya lari lebih 100KM sebulan sepanjang 3 tahun ini, tapi bulan Aug 2016 saya berjaya capai lari 99 KM sebulan malah lebih hingga ke 138 KM. Sebelum ini, paling tinggi pun hanya 93 KM pada Sept 2014. Paling letihlah tu!

screen-shot-2016-12-31-at-2-33-58-pm

Saya ingat faktor terbesar kepada ini adalah training plan #30hariabiangcuba dimana saya pulun 30 hari untuk first Full Marathon saya. Bila ada matlamat, baru semangat rupanya. Boleh baca #30hariabiangcuba – Summary & Final kalau ada rasa nak masuk FM tapi cuma ada masa untuk training 30 hari saja. Memang perit, tapi boleh. Sebab saya dah buat.

So matlamat bukan setakat nak cukupkan distance, tapi mesti ada participation dalam sesuatu race dan hanya dengan itu boleh bawa kita untuk lari lebih jauh lagi.

screen-shot-2016-09-03-at-6-37-39-pm-1024x153
Training plan #30hariabiangcuba akan saya letak di Online Store untuk free download

3. Jumlah Race
Target :  12 Race setahun BERJAYA

Daripada 13 race yang saya sign up, hanya satu race saya tak dapat pergi iaitu Bukit Jalil Half Marathon. Sebab dia adalah minggu tu adik perempuan saya bertunang. Kalau saya pergi juga race tu dan membiarkan adik saya bertunang tanpa abang dia, basically tak cium bau syurga saya nanti. Memula memang ada niat macam takpelah, bau neraka pun tak kisahlah asalkan pergi race sebab ustadz cakap orang islam jahat macam mana pun masuk syurga akhirnya (maybe ustadz atau ahli agama dalam agama lain pun ada cakap benda yang sama so at the end of the day semua orang pun masuk syurga). Tapi bila isteri saya ingatkan kata-kata saya sendiri, “anything happened, family comes first” so saya pun insap.

So bib saya jual kat member dan member jual kat member dia. So target untuk complete 12 race berjaya. 12 race setahun kira macam sebulan satu race average dia. Idea dia macam baru perut nak buncit tetiba jadi six pack balik sebab ada race. :D. Anyway, 2015 hanya 8 race. Pertambahan 4 race disitu.
screen-shot-2016-12-31-at-2-41-46-pm

Daripada 12 race, kalau ikut kategori :

42K – 1
21K – 5
15K – 3
13K – 1
10K – 2

Antara Road dengan Trail, 10 Road dan hanya 2 trail. Kasut Solomon Speedcross 3 saya agak berehat sepanjang tahun nampaknya.

4. Lokasi Race
Target :  Luar Malaysia BERJAYA

2015, race paling jauh yang saya pergi adalah di Sabah. Trail Ranauthlon. So untuk 2016 saya nak cuba pergi race yang lebih jauh dan kalau boleh, mesti luar negara sebab belah kiri dan kanan Malaysia dah complete.

Tidak saya ketahui yang dengan niat ini, tuhan bagi saya race di oversea, sampai 4 kali!

screen-shot-2016-12-31-at-3-39-33-pm
Route 25K Tarutao Mini Marathon Thailand

Pertama di Thailand, iaitu 25K Tarutao Mini Marathon Thailand. Ini race di pulau. Nak pergi sini dia punya travel bapak mencabar. Memula kena drive balik Jitra hantar orang rumah saya. Then naik feri pergi Langkawi. Lepas tu, naik feri pergi Satun. Dah sampai naik kete pergi jeti Pak Bara. Dari situ, naik lagi feri untuk pergi ke Pulau Tarutao ni. Letih travel je rupanya. Balik pulak ikut jalan lain, naik speed boat terus ke Koh Lipe tidur semalam sebelum esoknya ke Langkawi.

tarutao_race_nine_lariansebuahkitab
25K Tarutao Mini Marathon Thailand Journey

Tapi anyway, saya ingat ini adalah siri race yang paling adventure saya selama ni. Siap tidur dalam khemah. Tak pernah saya pergi race tidur dalam khemah. Nasib baik mandi tak mandi kat laut. Paling hippies-lah kalau bawak ganja.

1169114_248732842132032_161507942_n
Ingatkan duk dalam khemah untuk camping je

Kedua + ketiga, adalah race di Tanah Australi. Yang ini saya bawa isteri dan anak saya. Yelah. Slot race bujang di oversea dah sudah. So kena adil dan saksamalah. Time dengan bini la pulak kan? Nanti bini sumpah kaki kita jadi batu baru tau. Itu jam baru nak menyesal tiada gunanya.

Ada dua race di Australia yang saya masuk sebenarnya iaitu 21K Great Ocean Marathon Australia dan 10K Angela Taylor Run-Walk ’16 Australia. Sela masa antara race adalah seminggu.

screen-shot-2016-12-31-at-3-38-40-pm
Route 21K Great Ocean Marathon Australia

Great Ocean adalah race persisiran pantai yang pemandangan dia memang spectacular awesomeness level visual therapy outstanding son of a gun consistently (apa lagi?) yang sangat indah lagi mengindahkan. Saya cadangkan kalau anda seorang runner, sebelum mati pergilah sini. Tak menyesal. Tengok color scheme dia biru je….. tenang…..

greatoceanroad_marathon
21K Great Ocean Marathon Australia Journey

Anyway ini ada video saya jumpa dari IG saya. Saya baru perasan yang saya jarang ambik video masa lari. So akan datang saya akan cuba perbanyakkan sebab bila buat summary tengok video cam lagi rindu……….

#lariansebuahkitab #kitabkeviktor

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Manakala race kedua di Tanah Australi adalah race dalam taman ada tasik di Melbourne – Albert park. Yang ni race loop 2 kali pusing tasik. Race ni saya buat PB untuk 10K. Semangat saya masa race ni lain macam.

DCIM100GOPROGOPR1198.

Suasana sebelum race

DCIM100GOPROGOPR1212.

Suasana masa race

DCIM100GOPROGOPR1295.

Suasana lepas race

Mungkin sebab rasa cam wakil Malaysia agaknya dan daripada 117 runners, hanya saya seorang Malaysia. So itu yang gila-gila pulun lari sampai putus nafas. BTW, race ini adalah sempena mengingati tragedi pengeboman seorang anggota polis arwah Angela Taylor. Anyway, maaf untuk trunvelogue Australia ini tak habis tulis lagi. Baru sedar. Siut.

screen-shot-2016-12-31-at-3-36-01-pmRoute 10K Angela Taylor Run-Walk ’16 Australia.

Dan yang keempat, race paling deep dan paling effect dalam hidup saya, adalah 42K Maybank Bali Marathon. Ini adalah race virgin Marathon saya. Race gila naik bukit turun bukit time matahari tegak atas kepala. Team Conquer yang pergi race ni adalah En. Udiey pengurus kelab dan En.Remin.

screen-shot-2016-12-31-at-3-41-47-pm

Ini sebahagian dari gegambar yang berkaitan dengan race di Bali tersebut. Basically race Bali Maybank ni memang terkenal dengan sorakan orang kampung dan juga gadis-gadis Bali. Nasib baik race ni pergi bujang. Cerita pasal race ni pun tak habis tulis lagi dalam blog. Adoii.

balimarathon

5. PB
Target : SUB 2, Half Marathon GAGAL, tapi…..

Walaupun saya masih gagal untuk SUB 2 Half Marathon, namun kekecewaan saya tuhan gantikan dengan 5 PB untuk semua kategori 5K, 10K, 15K, 21K dan 42K. Kita nak satu benda je tapi tuhan tak bagi namun ganti pulak dengan 5 benda lain yang lagi seronok. Apa lagi yang perlu saya complaint?

Yang 42K tu of courselahkan. Kalau merangkak pun PB sebab first FM. Anyway, ini list PB saya.

42K Maybank Bali Marathon PB, 06:20:26
21K SCKLM PB, 02:15:26
15K Natura Run For Hope, PB, 01:29:33
10K Angela Taylor Run-Walk ’16 Australia PB, 00:53:51 ( Termasuk PB untuk 5K masa lari race ni, 26:21)

Sekilas pandang, speed larian saya semakin baik. Lutut-lutut dan kaki-kaki yang sakit semakin berkurang berkat pakai Gel Amani dan makan minum shake protein. Itu dah cukup bagus dah berbanding umur saya yang semakin meningkat tua. Lagi 2 tahun veteran boh!

13741308_1775587885996509_1624690793_n
Untuk SUB2 HM kena buang lagi 15 minit. Struggle betul. 

6. Cross Training
Target : Start Berenang BERJAYA

Saya dah mula cross training berenang dan jumlah jarak saya dah berenang sikit-sikit lama-lama jadi bukit adalah sejauh 3.6 KM total. Asalnya saya plan nak berenang dengan total 10 KM MACAM pergi balik Pulau Besar, tapi conceptually, saya cuma mampu berenang hampir nak sampai pulau dan tenggelam. Siut. Dah la tak sampai ke Pulau. Lepas tu lemas pulak tu. Haram.

12446086_565243690319203_624829409_n
Level berenang saya sama level dengan anak saya EL Lukh

Tapi oleh kerana target awal tahun saya hanyalah nak start cross training berenang, so dah start sekali dua tu kira berjayala. Apa yang boleh saya share, basically compare berenang dengan lari, kesimpulan yang saya boleh buat adalah untuk berenang 16 lap sejauh 480 meter memerlukan masa 30 minit. Kalau 30 minit ni macam boleh lari 5 KM. So, berenang sikit je tapi dia punya letih berganda berbanding kalau lari baru 480 meter.

Boleh baca detail plan asal disini :

Cross Training : Berenang

7. Meditation
Target : 3000 minit = 50 jam GAGAL atau BERJAYA ?

Basically sejak bulan 9 hari tu memang saya buat meditation tiap-tiap malam kecuali malam jumaat. Masalahnya kebanyakkannya saya tak log dalam runkeeper pun. Sebabnya biasa bila dah malam bateri saya dah kong. So instead of nak tunggu iphone idup balik bila charge dan baru nak start meditation, last sekali saya mediate tu tak rekod pun.

So saya tak sure yang ni saya berjaya atau gagal. BTW, bila Suunto nak ada activity meditation? Kalau ada kan senang. Rekod pakai jam je tak payah rekod pakai iPhone.

13181392_1595782497402139_1264859339_n
Few days sebelum race Great Ocean di campsite

So kesimpulannya, daripada 7 target yang saya buat, hanya 4 berjaya, 2 gagal dan 1 tak pasti berjaya atau gagal. Kira, 4.5/7 la senang. Kalau percentage, dapat 64%. Bolehla…. Banyak improvement dari tahun lepas. Banyak yang tuhan beri pada saya bermacam-macam. Apa lagi nak? Kata Bruce Lee, “Remember, success is a journey, not a destination. Have faith in your ability. You will do just fine.” 

***

BAB 2 – THE BEST

1. Medal

Ok. Bagi kategori The Best ( of event yang saya masuk ), kategori medal paling lawa saya ingat adalah medal Bali Marathon. Medal ini size dia besar, feel berat dan sangat detail dari segi ukiran dia. Pegang rasa sedap tu. Muka dewa (ke dewi?) kalau kita buta, kita raba boleh rasa dia punya goddess dia. So anugerah medal terbaik saya bagi pada Bali Marathon.

14052725_1244419722259162_953382541_n

Namun, ada satu lagi medal yang saya rasa worth mention. Iaitu medal Tarutao. Nampak macam medal sekolah menengah tapi sebab ada Buddha duduk buat saya rasa “something” bila pegang medal ni. Rasa enlighten tiba-tiba. Matahari merah melambangkan cahaya yang menerangi seluruh alam manakala lautan biru yang luas adalah sumber ilmu yang tidak terputus.

12070774_1711613365726622_1420259456_n

Ok yang ketiga saya rasa yang best juga adalah medal mybuddies run. Bentuk dia unik, besar dan berat. Sekali tengok macam medal pencuri pakai topeng. 😀

14032988_736493779839773_1087806073_n

2. Running Tee

Untuk kategori baju atau running tee, saya rasa yang paling best adalah running tee mybuddies run. Design dia super-ohsem. Kalau boleh jumpa designer baju dia saya nak ucap congrats. Bukan sahaja design dia cun, malahan juga design dia membuatkan sesiapa yang perut dia buncit nampak sado sebab effect dual tone. Ini gambar baju dia tapi tak full sangat sebab saya tak amik. Kalau nak tengok detail, boleh pi instagram dan cari #mybuddiesrun2016. BTW ini adalah gambar team ofis saya yang lari masa hari tu. Korang memang untungla sebab pergi lari pun boss belanja.

14031736_1773848479556991_1523807586_n

Selain daripada running tee, kategori after race punya running tee, tak kiralah finisher ataupun merchandise, saya rasa yang paling best daripada 12 race yang saya masuk adalah baju Great Ocean Marathon. Kualiti kain dia selesa betul. Lembut lain macam. Design ok la boleh tahan. Made by Mizuno. Saya ada pakai sekali dua tapi isteri saya selalu pakai dia kata kain best. Disebabkan takde gambar sendiri, saya letak gambar saya curi dari IG iheartrunning_aus.

Baju ni bukan dapat free ikut penyertaan dan bukan finishing tee. Ia adalah merchandise yang kena beli dia punya harga tak silap saya 50 atau 70 AUD.

13187954_278464589156248_1506499116_n

3. Running BIB

Kategori bib pulak saya ingat paling rare yang saya pernah dapat adalah Race Tarutao. Material dia kalau kita jeling je pun boleh koyak. Dia bukan pakai kertas tapi pakai macam semi – transparent felt canne ntah. Dah la tu, nama tulis terus on the spot pakai pen manakala nombor tulis pakai marker. Kelakar betul. Tapi memang unik kalau anda suka kumpul bib dan letak dalam frame kat rumah.

11906299_767732213362247_673433963_n

4. Running Event

Untuk kategori event saya rasa macam susah nak bagitau yang mana best sebab macam mana nak compare race Bali / Great Ocean dengan race mybuddies run. Tak logik lah kan. So saya ingat kategori event ni tak leh nak diberi best atau tak sebab ia personalised dan ikut pengalaman masing-masing. Event yang sama boleh jadi barai bagi orang yang berbeza dan juga boleh jadi super-ong pulak bagi yang lain.

Tapi kalau personally antara 12 race yang saya pergi, kalau orang tanya yang mana saya akan repeat, saya rasa yang paling saya takkan lupa walaupun dah tua nyanyuk esok adalah race Great Ocean Road Marathon Australia. Maybe ada faktor pergi campervan selain dari scenery yang sangat cantik. Bila EL dah besar esok dah pandai lari saya akan repeat race ini. Maybe lagi 5 tahun.

13098928_810278512436696_469082943_n

5. Running Picture

In term of gambar saya yang photographer lain ambil, pertama yang paling saya suka adalah gambar Seven Chiam Photography masa SCKLM. Saya siap personal mesej dia terima kasih.

khairulazizi

Kedua, gambar oleh indonesian photographer runfstop masa Bali Marathon. Gambar ni saya suka sebab target saya untuk first FM saya adalah menghabiskan dengan senyuman. Tak sangka terabadi dalam gambar.

14145561_1221959314526298_1776459389_n

Dan ketiga, gambar oleh Aku Wong masa 2XU.

unnamed

Manakala gambar after race pula adalah gambar yang En. Remin amik masa LHKSNS. Hang memang hebat na… muka aku tak hensem jadi nampak muda dalam pic hang.

15048175_1362726437101492_4658383866396934144_n

Kita semua kena terima kasih banyak-banyak kat photographer yang sudi amik gambar kita. Kalau takde depa, haram kita lari takde sapa nak snap. Kena selfie je tau tak. So untuk itu, saya doakan semua photographer yang amik gambar masa running event, sama ada dibayar atau percuma, semoga GOD bagi you all duit banyak dan kesihatan yang sejahtera. AMIN.

6. Running Song

Kita runner lari mesti mau ada lagu kan? Takkan nak dengar bunyi syaitan dalam diri je. So untuk tahun 2016, bagi kategori lagu tema yang paling terkesan bagi saya adalah lagu Viva La Vida by Coldplay. Lagu ini memang menggambarkan keadaan saya sepenuhnya untuk tahun 2016. Lirik dia memang tepat kena pada condition saya. Lagu ini dimainkan masa Bali Marathon sebelum race take off.

7. Running Shoe

Saya tak banyak pakai kasut brand lain kecuali NIKE dan Salomon untuk trail. 2016 menyaksikan Pegasus 31 saya tamat tempoh berkhidmat setelah dibelasah sejauh 572 KM. Cerita pasal kasut ni secara detail boleh pergi sini #30hariabiangcuba Day 6 – Berapa maksimum kasut lari boleh pergi tapi sepanjang saya lari 3 tahun, inilah pertama kali kasut saya retire secara rasmi setelah cukup marhalah. Banyak-banyak siri oleh NIKE, Pegasus setakat ini paling rasi dengan saya dan personally saya rasa ia sebuah siri kasut yang baik kerana tapak dan cengkaman kasut ini kepada kaki, selain daripada bouncing effect semasa berlari dan juga pengudaraan yang baik untuk kaki bernafas.

13722187_279412849102854_1466266176_n

8. Running Man

Bukan running man tv tu, ini running man atau running idol atau celebrity runner. Ntah macam mana satu hari masa saya pergi KLLC ada meeting, masa lunch tengah nak makan saya terjumpa Mr. Deorunner secara live. Sebelum ni nampak Abam Deo dalam race tapi malu nak tegur. So at the end of the day, kami makan sekali. Kasi can dating. Jangan marah.

12724629_1704594753117762_1713858324_n
Inspiration : 40 Marathon by 40 oleh Deorunner

Pastu ada sekali lagi tu kelakar juga saya pergi airport nak amik orang rumah dari Jitra, sampai kat sana lepas parking kereta terserempak dengan Mr. Deo sekali lagi waktu tu dia baru balik dari CCC Ultra Trail Mont Blanc. Saya tanya dia, lari 22 jam tidur tak? Dia ketawa. Saya tanya macam mana dia boleh lari sampai tahap macam tu. Dia kata, “don’t worry bro, satu hari kau pun boleh juga”.

Terus rasa inzal.

***

BAB 3 – THE JOURNEY

Speaking on journey, saya rasa selain dari meletakkan target, berusaha gila-gila ke arah target itu dan akhirnya kecewa kerana tak achieve target, ada benda lain yang lebih bermakna dari “target”. Apa yang saya belajar dalam episod larian saya adalah journey menuju target itu lebih beerti. Dan journey itu lebih banyak memberi new knowledge dan new awareness.

Makanya, ini adalah 13 benda yang saya lalui dalam journey lariansebuahkitab, yang saya rasa paling significant untuk saya sepanjang 2016 menggerakkan kaki untuk lari. Kebanyakkannya adalah benda-benda baru yang saya buat sempena berlari yang membuatkan saya terfikir. Kalau saya tak menceburkan diri dalam arena larian, mungkin saya tak akan pernah merasa pengalaman-pengalaman baru ini.

1. Memulakan habit balik kampung pun lari

Biasa kalau balik kampung mesti nak lepak je keja dia atau tidur kalau bukan hari raya. Bangun waktu makan tengahari dan makan malam je sebab nak makan banyak gulai patin mak masak. Lagipun tak ada apa nak buat sangat selain dari pergi mengeteh dengan pakcik sedara. Tapi sejak saya mula lari, saya cuba untuk lari juga walaupun berada di kampung. Dan saya dapati, ia tidaklah susah mana pun apabila kita dah shift mindset, balik kampung pun bawak kasut lari.

Tapi masa lari jangan lupa bawak air esp. kalau lari tu jauh. Bukannya ada 7-11.

1390389_790182004446079_15117080_n
Minggu yang panjang Pt 3 – Tawaf

2. Memulakan First Runcation saya dengan sahabat seperlarian.

So saya tak pernah ada idea atau konsep Runcation. En. Remin spark benda ni dalam saya dan untuk itu saya berterima kasih. Kalau sebelum ini, larian bagi saya hanyalah lari petang hari dan pergi race tapi pergi bercuti untuk race adalah benda yang baru saya belajar dalam tahun 2016 dan race Tarutao adalah catalyst kepada semua runcation saya akan datang.

918143_1700885713521931_96422695_n
Mann isteri model dari Band Pesawat yang famous degan lagu RAPUH dan En.Remin pelari muda dan “masih bujang” dari Sg Petani.

3. Memulakan First Family Runcation dan mengupgrade terma Runcation kepada Trunvelogue 

13267354_617537265062295_1386125864_n

Bila dah rasa syok pergi bercuti untuk lari, takkan kita nak lupakan family? So saya repeat runcation saya dengan anak bini dan yang paling seronok, kami pergi dengan campervan driving dari Melbourne ke Great Ocean untuk race tersebut. Sepanjang perjalanan pergi ke race dan balik, kami lalu pantai, air terjun, sungai, ladang, tasik dan hutan.

kitabkeviktor01
Journey race pertama

Total distance campervan driving adalah 1871 km dalam masa 8 hari. Habis campervan tu kami lepak di Melbourne selama 8 hari lagi rasanya untuk mengembara kota, selain daripada bersedia untuk race kedua Angela Taylor.

Saya bersyukur kerana dapat melalui pengalaman journey yang sangat kontrast untuk race di Tanah Australi. Satu, sangat aman dan damai lagi tenteram dan natural. Manakala satu lagi sangat moden, artistik tapi penuh sesak. Kalau boleh pilih antara dua ini saya tak tahu yang mana yang saya lebih suka. Mungkin, perasaan mengalami keduanya itu yang saya suka instead of suka yang mana satu.

kitabkeviktor2
Journey race kedua

4. Mula Strava Local

Kalau anda selalu belek page Strava, ada satu part dimana tajuk dia “Strava Local”. Part ini akan list down semua route-route famous yang ada di dalam sesebuah bandar kecuali Kuala Lumpur belum masuk lagi. Oleh kerana alang-alang saya dah ke Tanah Australi tu agak makan hari dan makan belanja, maka saya telah decide untuk cuba menghabiskan Strava Local Edisi Melbourne. Ada 8 route semuanya dan saya cuma habis 2 suku. The Tan, Albert Park Route dan suku Fitzroy Garden.

fullsizerender-7
The Tan, 4.0 KM, route paling famous di Melbourne

Namun Strava Local hanyalah guide semata. Tak semestinya lari tempat lain tak best. Misalnya, ada satu pagi tu saya lari di tepi pantai Port Fairy, saya rasa macam mencapai tahap endorphine maksimum. Lari dalam perasaan sangat gembira macam high isap ganja. Taktau kenapa.

13277537_1042023759210365_1528365993_n
The most happiest run in 2016

So kesimpulannya, happiness dalam larian, tidak semestinya kerana tempat tu. Tapi benar, tempat tu agak main peranan juga sedikit sebanyak. Ini screenshot larian saya sepanjang di Tanah Australi. Dapat la, 5 kali jogging tak termasuk race.

screen-shot-2017-01-01-at-3-26-21-pm

5. Memulakan habit lari juga, walaupun outstation untuk kerja

Sebenarnya pada saya tak semestinya hanya Runcation yang bagi peluang untuk seseorang runner lari luar kawasan mastautin hingga terpaksa mengembara. Kalau pergi outstation dan berlari pun boleh juga. Tapi tak tau terma dia apa adakah Outstation Run ataupun Runoutstation.

Tahun 2016 bagi saya peluang untuk outstation kerja dan sambil kerja tu saya amik peluang untuk lari. Memula masa outstation di Penang. Tapi sebab letih driving bagai, saya lari dalam gym je dan kemudian pi berenang. Kalau sebelum ni saya tak buat keja-keja macam ni. Kalau outstation kerja, maka saya kerja jelah.

12797822_145189349205255_1830810732_n

Kemudian, saya ada ke Jakarta konon nak penetrate market sana untuk kerja saya tapi susah sebenarnya nak deal dengan orang indo ni. Tapinya, selain dari nak deal bisnes, saya allocatekan siap-siap satu hari untuk lari. So saya lari di Kebun Binatang Rangunan, Jakarta. Zoo le tu. Selain berlari, boleh jumpa binatang.

13129896_1039732122773367_57357102_n

Last sekali ada masa kerja kat Alor Setar sempena acara Bahtera. Kami ada buka booth kat karnival usahawan internet tu dan lepas habis kerja, saya jumpa En.Remin dan En.Remin bawa lari di route homeground dia – Kelab Cinta Sayang.

14549911_999007936875276_7752231221261762560_n

6. Start pergi class Running

Tahun 2016 juga saya dah mula join kelas-kelas larian demi untuk menambah lagi ilmu tentang larian. Ada dua kelas saya pergi. Pertama kelas NIKE WerunKL yang Coach Din dan Coach Sue conduct. Class ni adalah sempena NIKE WerunKL punya race. Banyak benda baru yang saya dapat. Malah, lepas daripada class tu boleh jumpa either coach dan tanya secara personal apa yang kita nak tahu lebih lanjut.

11258282_940183629392784_552313787_n
Race : Nike We Run KL 2016 Pt 5 – Training Class : Apa yang dapat saya belajar

Selain dari NIKE class, saya ada juga pergi class TAO of running oleh Stephen Thiltgen anjuran KLCC Runners Group. Kelas ni satu pagi je di Mandrin Hotel KL. Saya pergi dengan En.Remin dan anak saya EL Lukh.

Basically class ni introduction to TAO Running dan Stephen ada bagi handout untuk bawa balik. Saya tak berapa recall sangat apa yang dia ajar sebabnya sibuk jaga EL LUKH nak main air terjun kat belakang. Pengajaran dia nak pergi kelas jangan bawak anak kecil.

14597323_1823491484531094_7293283574495576064_n

7. Jemputan Testing Route untuk Race

Saya juga telah dijemput oleh tuan penganjur race Conquer The Trailz @Kiara, Mr. Kelvin Wong untuk pre test route race bagi tahun 2017. Ada 8 runner masa tu kalau tak silap dan pengalaman testing trail ni sangat baru bagi saya. Depa ni semua rupanya otai-otai trail runner sedangkan saya baru la sekali dua lari trail. Makan tanah saya nak kejar depa lari.

Anyway, saya sangat menghargai jemputan ini thanks to Mr. Kelvin. Siap dapat makanan lagi tu. Energy bar.

14540666_837557339715038_4390568930091991040_n
Race : Conquer the Trails @ Kiara 2017 Pt 2 – Pre Race Route Testing Nyum Nyum

8. Join Conquer Running Team

Masa kat Bali tu saya banyak spend masa dengan En.Udey Pengurus Kelab sebab kami duduk satu bilik. Selain daripada cuba interview dia dan cuba mengcungkil rahsia hikmat larian dia, En. Udey Pengurus Kelab telah memasukkan saya dalam group whatsapp Conquer sejurus memberikan saya sehelai t-shirt Conquer Running Team. Secara rasmi, saya join sebuah kelab larian dari Alor Setar Kedah atas tiket persahabatan saya dengan En.Remin dan juga kerana isteri saya orang Jitgha. Terima kasih juga kepada En. Udey Pengurus Kelab sebab sudi terima saya sebagai ahli kelab.

screen-shot-2016-11-18-at-1-14-38-am

Rupanya bila lari berkumpulan ni lebih banyak ilmu dan knowledge kita dapat. Kalau lari sorang-sorang ilmu dia tak tinggi berbanding lari ramai-ramai unless kita level seorang rasul dan dalam konteks ini, rasul larian. Patutlah sembahyang berjemaah tu lagi tinggi pahala dia compare sembahyang seorang di rumah.

14033487_1899628353598038_670429769_n

9. PW

Biasa runner akan tulis pasal PB atau Personal Best dimana pencapaian catatan masa terbaik dalam tahun itu. Saya pulak kebetulan ntah macam mana telah terbuat PW atau Personal Worst. Yang ni sebenarnya agak kelakar jugaklah tapi saya takkan lupa PW ni sampai bila-bila. Ia adalah catatan masa paling buruk saya untuk Half Marathon dimana asalnya saya bajet nak cuba SUB2. Result dia SUB3. Lagi beberapa minit nak 3 jam. Saya terima dengan redha. Gambar pun hitam putih macam berkabung menyambut majlis kematian.

Larian, rupanya ada ups and down.

Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 6 – Burung dan Tajul Olok

15535190_370110836672924_5124712607734824960_n

10. Strava Art

Tiap-tiap tahun 25 Dec, saya akan buat satu challenge. Yang ni dah jadi satu adat dah. Bila menjelang 25 Dec, isteri saya akan tanya. Nak lari macam mana tahun ni?

So tahun 2016 saya decide untuk buat Strava Art sempena 25 Dec. Niat hati nak lukis macam-macam pakai kaki tapi akhirnya yang diberi ilham adalah melukis “Wajah”. Banyak cengkadak nak hasilkan artwork ini sampai kena kejar anjing tapi yang last sekali, saya puas hati.

15535280_350762248635994_6912065408333774848_n

Strava Art : Redo Pt 5

OK. Ini adalah yang paling ULTIMATE dalam kerjaya saya sebagai pelari. Banyak-banyak benda, yang ini yang paling tense dan kalau larian ini ada graph, yang ini yang kalau cikgu tulis dalam report card, bila kita bawak balik rumah, mak dan abah akan cium kita kat dahi sambil meleleh air mata.

11. Memasuki First Full Marathon 42 KM atau 26.2 Miles atau dalam bahasa lain, cuba menjadi “Marathoner”

Saya kira setelah 3 tahun berlari, ini adalah antara pencapaian distance paling jauh yang saya pernah lari. Memang betul ada tahap rasa menyesal masuk 42 K tapi bila dah habis tu dia punya feeling tatau nak cakap apa. Yelah. It takes 3 years for me to get here. Bukan sikit dia punya jarak dan tempoh. Melalui rekod google doc saya, saya telah berlari sejauh 1329 KM selama 167 jam untuk sampai ke sini. Tu tak kira berapa pasang kasut dan berapa botol air iso yang diperlukan. 😀

Now, setelah menjadi Marathoner secara rasmi, adakah saya menjumpai diri saya semasa berlari? Hanya saya, isteri saya dan tuhan sahaja yang mengetahui.

14027207_184675061954121_134217923_n

Orang selalu tanya saya, masa lari tu fikir apa? Kalau lari 42 KM, apa yang ada dalam kepala? Sekarang saya jawab. Salah satu daripada apa yang saya fikir masa lari, adalah teori tentang larian. Untuk itu, saya telah menemui atau mencipta teori. Ada 2 teori :

12. Teori Kiraan Tajul Muluk

Yang ini suka-suka je. Kiraan tajul muluk untuk anggar berapa catatan masa race anda. Tapi dalam pada suka-suka, kiraan yang pertama sangat tepat hingga ke saat. Itu yang pelik tu. Kiraan yang kedua, haram terus lari tak kena langsung. Mungkin saya kena kaji lagi rumus dia macam mana. Boleh baca tentang LHKSNS 2016 untuk posting yang berkaitan dengan teori kiraan tajul muluk ini.

Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 9 – Result, Aftermath

13. Teori Larian Rasa

Itu teori suka-suka. Ini pulak teori betul-betul bukan main punya. Semasa larian LHKSNS 2016 juga saya telah membuat rumusan untuk teori ini. Idea dia datang sebelum tu lagi tapi masih samar-samar. Bila dah lari LHKSNS 2016 tu baru saya boleh detailkan teori Larian Rasa ini.

15043848_180719302389402_3040333986502017024_n

Secara basic, teori ini membantu runner untuk mencapai level larian tanpa larian. Ataupun lari secara subconscious. Lari secara semulajadi, by default as human being. Dalam erti kata lain, tak payah struggle untuk lari, tapi bila sampai level ini, anda lari kerana anda tidak lari.

Teori ini boleh didiskusi lagi dan saya sangat open untuk itu. Untuk detail, boleh baca sini.

Race : Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 Pt 8 – Race Report

***

BAB 4 – THE GIVE BACK

Now, larian bukanlah semata-mata untuk eksplorasi diri sendiri sahaja. Banyak benefit larian ni compounded bukan hanya untuk diri sendiri, tapi runner lain pun boleh dapat benefit juga. Untuk manfaat bersama semua runners sedunia, pada tahun 2016 saya telah mencipta :

1. 365eye

Kalendar larian yang boleh runner guna untuk merekod lariannya. Walaupun dah habis minimalist dan simplified gila, namun saya mengalami masalah untuk explain calendar ini kepada runner lain.  Maybe nak relate antara larian dengan calendar adalah sesuatu benda yang baru.

test3

Jualan kalendar ini untuk tahun 2016 tak berapa menggalakkan sangat. So itu yang buat development untuk tahun 2017 agak lambat sikit. Saya akan cuba siapkan juga dan akan mula jual dalam bulan Januari ini. Maaf la ye. Nak lari lagi, nak design lagi, nak pergi kilang lagi…. so agak time consuming.

2. Run Tracking Spreadsheet

Selain dari track larian dalam masa setahun, saya ada sediakan google spreadsheet untuk rekod larian secara all time. Ini kena buat manual sikit la. Memang cilaka dan payah tiap-tiap hari nak kena rekod, tapi percayalah. Berbaloi. Kalau tak macam mana saya boleh tahu yang jumlah KM saya berapa ribu sebelum sampai masuk first 42K ? Pakai Strava je tak dapat dik.

mac01_sheet

3. Pre Running Checklist

Last untuk tahun 2016, saya juga telah buat template yang runner boleh download free dan print. Boleh guna sebagai checklist sebelum nak pergi race. Sepanjang saya pergi ulang alik race ni, persediaan memang kritikal sebab kalau ada benda yang tertinggal, ia akan bagi effect pada mood larian, seterusnya akan menggagalkan untuk PB. Unless anda lihat larian sekadar FUN RUN, so checklist ni tak penting sangat sebab larian pun bukannya penting bagi anda.

running_checklist

Kesemua ini boleh didapati dari Online Store saya.

***

BAB AKHIR, PENUTUP

Bila saya refleks balik semua larian saya pada 2016, semua tempat yang saya sampai kerana larian, apa yang saya belajar dari larian, apa yang saya kongsi dengan umat runners dari larian, saya terfikir apakah kunci kepada semua ini hinggakan tahun 2016 memang benar-benar kontrast berbanding 2015.

Lalu saya bertanya dalam hati dengan dalam dan paling dalam. Apakah victor-factor (cam pantun lak) untuk semua ini?

Ini jawapan yang dia beri.

925479_476263665832138_1981341749_n

Sebaik sahaja new year 2016 dulu, saya bawa isteri dan anak saya pergi lari di KLCC Park. Sesuatu yang saya tak pernah buat seumur hidup saya. Rupa-rupanya, ia adalah pemula bagi semua yang berlaku pada tahun 2016.

Bila kita buat sesuatu yang kita tak pernah buat, benda-benda lain yang kita tak pernah buat, akan datang kepada kita untuk kita buat.

Dan bila kita buat yang terbaik kita boleh, lebih banyak peluang dan opportunity akan datang kerana mungkin opportunity itu pernah singgah pada orang yang salah.

Difikir-fikir balik, semuanya bermula dari “family”. Kerana hanya “family” yang akan support kita walaupun dalam keadaan kita paling lemau dalam hidup.

13108642_1301326443228966_1096721152_n
Breakfast di Melbourne lepas Great Ocean Race

Saya sangat bersyukur mempunyai seorang isteri yang sangat supportive kepada minat saya ini. Isteri saya juga berlari tapi sejak jadi ibu ni dia dah kurang sikit pakai kasut jogging dia tu. Nak buat camna. Pengorbanan tu. Dan saya juga bersyukur sebab dia bukan saja supportive malah tak banyak soal walaupun bila saya travel keluar ala bujang untuk pergi berlari. Untung kawan…. kalau bini orang lain, siap kena isi borang permission tau tak.

***

Akhir kata, apakah penutup yang paling deep yang tertulis dalam hati untuk tahun 2016?

“Untuk menang, seseorang perlu tewas. Dan apabila tewas, hanya KELUARGA yang akan membangkitkan kita semula”

13827312_817257351743070_1243835443_n

Selamat menyambut tahun 2017. Dan 2017 adalah tahun keempat saya menceburkan diri dalam bidang larian. Harap semuanya terbaik untuk saya dan kita runners semua.

Teruskan berlari, jangan putus asa dan esa, dan ikutlah kemana kaki itu pergi kalau percaya pada hati.

 


Langkah seterusnya :

Summary : 2016 – Kitab ke Viktor
Summary : 2015 – Tahun yang tewas
Summary : 2014 – A year of 300 Pt 2
Summary : 2014 – A year of 300 Pt 1

Kongsi di :

Comment 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *