Sekarang saya nak add swimming mode dalam jam saya.
1. Connect jam dengan laptop
2. Masuk Movescount
3. Pergi pada menu Watches & Devices > Pilih jam
4. Kemudian pergi kepada Sport Modes, click “Create New Sport Mode”
5. Masukkan nama aktiviti (Swimming) dan pilih category activity. Untuk berenang ada dua, satu Openwater dan satu pool. Saya rasa openwater tu berenang kat laut so saya pilih pool swimming.
6. Next, nak set display apa kat jam masa berenang. Ini ikut sukalah. Click pada segitiga biru tu kalau nak tukar display mode
Bila dah set mana yang anda nak tengok, tekan “OK”
7. Teruskan dengan setting misc lain misalnya GPS etc, dah habis semua, click “SAVE”
8. Anda patut nampak listing Swimming baru dalam list aktiviti anda.
9. Step akhir, sync balik dengan jam melalui moveslinks
Ok. Selesai satu bab, seterusnya untuk test pulak. Jom main air.