Suunto : Optical Heart Rate

suunto_spartan_sport_wrist_hr_blue_rear_front

Akhirnya Suunto akan mengeluarkan jam tanpa tali bra untuk Heart Rate. Akan datang, peminat Suunto boleh menambah koleksi jam yang lebih praktikal untuk lari, dengan Optical Heart Rate di tangan.

Saya pakai Suunto Ambit 2 sekarang saya ingat dah agak beberapa tahun. So far so good. Semua OK saja. Tapi Suunto Ambit 2 ini dah putus tali dia sekali dulu dan lately saya malas nak pakai HR bra dia sebab getah HR ni dah melendut, kecuali dalam race sahaja.

Suunto : Tali jam putus

Actually last week saya baru berbual dengan En. Remin pasal Suunto ni agaknya bilalah nak keluar version HR Optical macam Garmin Fenix 3. Saya bagitau dia no point saya upgrade jam saya kepada Suunto Spartan sebab masih pakai tali bra. Mungkin Ambit 4 esok dia pakai Optical HR tapi generasi Ambit macam dah dihentikan. Tup-tup 2-3 hari lepas tu Suunto announce pasal berita gembira ni. Tiba-tiba saya rasa macam universe is listening to me.

suunto-spartant-hr-3-970x647-csuunto-spartant-hr-5-970x647-csuunto-spartant-hr-4-970x647-c
Pic dari digitaltrends.com

Saya cuba cari news lain pasal Suunto Optical HR ni tapi tak ada sangat. In fact Youtube pun tak ada lagi video dia. Melalui website dia, dikatakan yang Suunto Optical HR ni akan berada di pasaran pada Spring 2017. Bila tu? Bulan Mac 2017.

Ada 3 warna untuk Suunto Optical HR ini, Hitam universal, biru pemuda Keadilan dan pinky minky gadis Hello Kitty.

sport_ohr_watches

Manakala estimated harga adalah 599 Euro atau RM2822 (rate hari ni). Babi punya mahal. Tapi takpe. Saya ada sumber untuk dapat discount sehingga 25%. Kedai biasa bagi 15%-20% je. Anyway jika anda berminat, nanti jangan lupa contact saya bila Suunto dah launch jam ni di Malaysia. BTW, ini ada video test Suunto Spartan Ultra (yang first version bukan yang saya tulis ni) dimana 2 pemuda meletakkan jam Suunto di burung salah seorang dari mereka. Hmmmmmmmm.

Langkah Seterusnya
http://www.suunto.com/en-US/News/Suunto-unveils-the-Spartan-Sport-Wrist-HR/
http://www.digitaltrends.com/health-fitness/suunto-spartan-hr-ces-2017/#/5

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *