Suunto : Spartan

Suunto baru release satu lagi line baru iaitu nama dia Suunto Spartan. Sebelum apa-apa meh layan iklan dia tu. Rasa cam ikan.

Saya tak pernah pegang lagi jam ni, tapi 3 benda yang kena tau pasal jam ini adalah :

1. Touch Screen
Saya tak pasti suunto lain tapi rasanya ini suunto yang first touch screen. So bila touch screen, lagi mudah nak navigate dan lagi senang nak browse. Sebabnya kita dah terbiasa hidup dengan smart phone, so djaman sekarang semua benda mesti mau touchy-touchy.

2. Bateri gila lama
Dikatakan kita pulak boleh control bateri ni instead of jam control bateri dia. Canne tu?

3. Material titanium grade 5
Saya ingat maybe ada orang nak pakai jam ni dan pergi lawan dengan superman.

Dikatakan inilah jam next gen untuk multisport Suunto. Sebelum ni Ambit pun boleh buat juga. So persoalan sama ada wujud Ambit 4 atau tidak, telah terjawab. Jam ini dibuat dengan tangan di Finland, dan salah satu improvement diperkatakan adalah visibility luas dan terang, walaupun dibawah terik matahari. Dikatakan juga jam ini dapat mengenalpasti perasaan kita selepas kita training atau race. Wow… – tapi kalau kita yang masukkan perasaan tu sendiri cam tak berapa nak bestlah.

Untuk mode larian pula, kali ini lebih detail. Kalau sebelum ni cuma ada 2 type of larian iaitu running, dan trail run. Kali ini ada pulak interval running, dan lain lain run lagi.

Satu lagi upgrade terbesar sejak kehadiran jam ini adalah makeover Movescount. Kalau sebelum ni Movescount dok collect data dari community atlit Suunto, so sekarang tibalah masanya dia pulangkan balik data dan knowledge dari community kepada community. So nextgen Movescount ni dia akan ada macam personal coaching on how to improves dan apakah kesan progress training kita. Kira bagus la tu. Tak la training membabis butas.

Satu hal lain yang saya rasa cool adalah kita boleh jumpa route baru berdasarkan heatmap. Heatmap ni lebih kurang macam Strava punya tu la, so sekarang sudah ada untuk movescount.

Screen Shot 2016-06-10 at 9.20.58 PM

So nak sembang lebih saya pun tak tengok lagi tapi setakat kat web dia, ini options color yang ada.

Screen Shot 2016-06-10 at 9.25.28 PM

***

Campaign Beyond Logic ni agak jugakla. Untuk orang yang berfikiran negatif, campaign macam ni takkan connect dengan mereka. Jika anda seorang yang berfikiran positif, sepatutnya lepas tengok iklan ikan kat atas tu anda akan rasa anda mahu buat lebih baik daripada apa yang anda buat selama ini, walaupun anda rasa sukar dan mungkin takkan tercapai.

Manusia ini satu makhluk yang sangat unik. Akalnya, melampaui alam. Dan kerana itu, badannya boleh menembus halangan yang menghantui dia. Ini benar, hanya kepada mereka yang matanya melihat lebih luas dari yang sepatutnya. 360.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *