Suunto : Tali jam putus

Saya baru balik dari service centre Ad Time. Rupanya zaman sekarang bukan setakat kereta yang nak kena service, tapi jam pun sama.

Seingat saya, sebelum tali jam suunto saya putus ( baca hari pulun ), saya pernah ke kedai jam dalam isetan di KLCC itu. Waktu itu saya nak tanya tentang tali jam suunto wife saya. Instead of tukar di situ, dia bagi address service centre di Shamelin. Seingat saya, saya amik pic untuk address itu. Tapi bila saya cari semula tak jumpa.

Akhirnya masa breakfast pagi tadi, isteri saya jumpa alamat dia di web. Maka berangkatlah saya dengan aman.

***

Pusing punya pusing punya pusing walaupun dengan Waze, akhirnya saya jumpa service centre ini. Kalau anda dari MRR2, anda belok kiri untuk ke Shamelin. Anda akan lalu kolej budak apa ntah kemudian sejurus anda masuk kanan, anda akan lihat sederet kedai AD TIME, WATA TIME. Di antara kedua kedai ini ada AD TIME Service Centre. No kedai, 32. Kalau anda dah lalu RHB atau Petron, anda dah terlepas.

Screen Shot 2016-08-15 at 12.20.21 PM
Ini Google Adress

Saya masuk dalam dan terus tanya amoi di kaunter. Actually, isteri saya dah call dulu dan tanya apa yang patut. So bila saya datang, semuanya sudah ready. Untuk Suunto Ambit 2, tali dia dah tak wujud dalam dunia. Namun begitu, kalau nak ganti, kena ganti dengan tali Ambit 3. Tali Ambit 3 lebih lembut dari tali Ambit 2.

unnamed-1

Saya beli sekali clip tali atau nama dia strap loop untuk Suunto isteri saya M5. Dalam masa 15 minit, semua benda siap. Dibawah ini saya snap pic untuk 2 suunto laki bini.

unnamed
unnamed-3
Ambit 3 punya tali ada segitiga bermuda besi

Btw, damage untuk kedua ini adalah seperti yang berikut. Bulan ni rasa macam sakit perut sikit. Taktau kenapa.

unnamed-2

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *