Seperti banjir yang melanda Kampung Budu dan kawasan sekitarnya, seperti kes Covid19 yang spike mendadak dangdut hingga ada ura-ura nak total lockdown lagi (artikel ini ditulis pada hari Sabtu, dan mungkin hari ni dah lockdown agaknya kalau khabar angin itu benar), maka seperti itulah barainya training 10K SUB 55 saya.
All posts tagged ‘siri7m’
siri7m : M1, Pt 24 – Training untuk 10K SUB55
Ini adalah rangka training plan untuk 10K SUB55 saya. Take note ini adalah hasil bacaan campur tengok sana tengok sini. So kesahihan dia tu adalah ikut suka saya.
siri7m : M1, Pt 23 – 10K SUB1 Race Day
siri7m : M1, Pt 22 – Training untuk 10K SUB1
Oleh kerana tempoh masa untuk ke race ini tersangat pendek atau 2 minggu sahaja, maka saya fikir perlu ada sedikit taktikal agar mencapai matlamat.
siri7m : M1, Pt 21 – Ending Milestone 1, ultimate 10K
Ini adalah perancangan saya yang seterusnya. Saya dah setelkan 5K, now next saya nak fokus on 10K pula. Opening milestone 1, saya lari 10K tak berhenti lepas 10x lari atas treadmill. Now, ending milestone 1, saya akan cuba buat 10K terbaik dari ladang kinrara.
siri7m : M1, Pt 20 – Marilah menuju kejayaan (kasut-kasut baru)
Untuk tahun 2021 ni basically saya dah sediakan set kasut-kasut baru saya bagi menggantikan set kasut-kasut lama saya. So basically, kasut lama saya semua dah boleh di-retiredkan dengan aman dan tenteram, which mean, kebanyakkannya saya sambung semula pakai untuk training. siri7m. Terima kasih kepada semua kasut-kasut selama ini yang telah berkhidmat dengan baik dan jayanya. Semoga anda (kasut tu bukan aok yang membaca) ditempatkan di syurga kasut yang paling tinggi.
siri7m : M1, Pt 19 – 5K Race Firaun
Race 5K cubaan SUB25 yang telah berlangsung pada wiken lepas, 29 Nov 1979 eh silap, 2020, merupakan race VR dari company yang sama sebelum ni yang saya buat 5K SUB30 iaitu virtualrunners.org. Race dari German ini bertajuk, Pharaoh Marathon 2020. Nama je marathon tapi jangan terPERdaya. Gila sapa nak lari FM untuk VR. Kental bai.
siri7m : M1, Pt 18 – Analisis Training selepas race 5K SUB25
Berikut adalah analisis training selepas race 5K SUB25 ahad lepas. Moga ada manfaat.
siri7m : M1, Pt 17 – 5K SUB25 Race Day
Segala puji tuhan semesta alam besar dan alam kecil, serta semua alam-alam yang telah dan belum ada, syukur, pagi tadi saya berjaya achieve target saya untuk lari 5K SUB25 dengan catatan masa 24:50, sekaligus memecahkan rekod 5K lama saya pada tahun 2017.
siri7m : M1, Pt 16 – Race Route 5K SUB25
Ini adalah minggu terakhir training saya ke arah cubaan mencapai SUB25K bagi 5K. Saya dah beli tiket race VR, tapi itu nanti next postlah. Anyway, post ini adalah untuk mengkaji route larian yang baru minggu ini kerana akibat MCO, saya macam malas nak ke Putrajaya untuk route biasa saya lari untuk race VR macam hari tu.
siri7m : M1, Pt 15 – Bala angkat tong scuba
Balik daripada Redang hari tu saya mendapat faedah sikit. Ermmm, bukan sikit. Banyak. Kalau anda generasi x mesti pernah dengar lagu ini. “Sakit pinggang aku dari dari Kuala Lumpur ke Johor baru…..” Tak ingat siapa nyanyi tapi era google ni memang banyak faedahnya. Sudahlah begitu, ada pulak syurga lagu nama Spotify. Teringat je terus boleh dengar. Gila.
siri7m : M1, Pt 14 – Training untuk 5 K SUB 25
Setelah tidur beberapa hari nampaknya saya gagal untuk mendapatkan training plan 5K SUB25. Ilham tu haram langsung tak datang. Saya mula. terfikir… adakah ini petanda yang saya akan gagal kelak?
siri7m : M1, Pt 13 – Next sub milestones, 5K SUB 25 – The Hell?
5K SUB30, done. Maknanya selama ini saya fikir umur veteran adalah penghalang atau tembok besar virtual dalam minda, akhirnya runtuh oleh will power dan latihan yang compounded. Itu sebab la amik race Berlin Break the Wall. Bukan nak pecahkan tembok Berlin. Nak pecahkan tembok dalam minda ni.
siri7m : M1, Pt 12 – 5 K SUB 30 Race Day
The work of magic is this, that it breathes and at every breath transforms realities – RUMI
Saya baru sahaja selesai lari race 5K Sub 30 pagi tadi. Masa buat analisis training semalam rasa cam barai, dengan tak cukup training la apa la…tapi itulah dia… barangkali berkat bawak akak anak ngan mak abah adik-beradik semua pergi bercuti, agaknya ada la tu kut support energy ke apa ke yang kita tak tahu.
siri7m : M1, Pt 11 – Analisis Training sebelum race 5 K SUB 30
Hari ini adalah hari ke 122 mula training, 26 September 2020. Esok adalah hari race day untuk saya cuba buat 5 K SUB 30. Basically ini adalah analisis training seperti biasa, tapi secara summarynya saya rasa tak sure boleh achieve SUB 30 ke tidak walaupun dulu – dulu masa muda cam boleh je. Ini semua sebab training saya kali ini agak bergigi rongak seperti kanak-kanak yang selalu makan cekelat. Training patut 4 minggu. Seminggu dari training tu pergi holiday kat dua tempat. Lega la.
siri7m : M1, Pt 10 – Sedar tak sedar nak masuk 10 minggu dah lari semula
Seperti tajuk posting ini, sedar tak sedar nak masuk 10 minggu dah lari semula. Esok, adalah minggu ke 10 tersebut. Maknanya disini, betapa pantas masa berlalu dan kerana masa itu berlalu terlalu pantas, betapa ruginya kalau kita tak buat apa-apa. Bolehkah masa diundur?
Ntah.
siri7m : M1, Pt 9 – Marilah menuju kejayaan (dengan gadjet baru)
First sekali sebelum pergi detail, pertamanya saya ada beli barang baru atau gadjet sebagai pelengkap kepada aktiviti larian saya.
siri7m : M1, Pt 8 – Training untuk 5 K SUB 30
Untuk 5 K SUB 30 ini saya tengok dalam kitab kurun ke 15 (2015) runnersworld kat rumah saya ni tak ada. Yang ada dalam tu cuma 5 K basic dan intermediate. Dia macam tak letak target berapa sub. Training plan dia lebih umum.
siri7m : M1, Pt 7 – 5 K VR Berlin Break-the-Wall Run
Saya dah register untuk race seterusnya iaitu 5K VR Berlin Break-the-Wall Run. Race ini akan dijadikan panduan asas untuk tengok sama ada saya boleh buat 5K saya SUB 30 atau haram. Basically compare dengan virtual race 10K MOTS sebelum ini, ada beberapa benda yang berbeza saya tengok.
siri7m : M1, Pt 6 – Next sub milestones, 5K – The Why
So saya dah berjaya lari 10 K tanpa henti, which mean saya rasa fitness level saya alhamdulillah masih boleh pergi. Walaupun Strava score untuk fitness sekarang lebih dari masa saya lari HM masa gila nak cuba buat SUB 2 dulu, ( masa race baru ni 34, masa dulu paling peak 33) tapi saya macam ada sedikit kesangsian pasal fitness score ni.
siri7m : M1, Pt 5 – 10 K Race Day
Sambung dari posting sebelum ni. So, pada 30 Ogos 2020, saya pun lari 10 K secara virtual.
1. Kat mana abiang lari?
Saya asalnya nak lari race ni kat rumah je atas treadmill. Tapi lepas bincang dengan isteri saya, dia kata pergilah lari kat luar makan angin sikit. Asyik lari makan angin kipas je. So saya pun recce kawasan.
siri7m : M1, Pt 4 – 10 K VR MOTS Race
Tanggal 30 Ogos 2020, maka saya pun lari virtual race 10 K yang saya dah sign up sebelum ini. Hasilnya? Emmmm. First kita pergi pada race itu dulu.
siri7m : M1, Pt 3 – Analisis Training sebelum race 10 K
Hari ini 28 Ogos 2020. Hari ini adalah hari terakhir untuk saya training sebelum nak race 10 K pada hari Ahad ini, 30 Ogos 2020. Pejam celik pejam celik kejap sungguh masa berlalu. Daripada lemau, lari semput, saya akhirnya boleh lari balik OKLAH, tapi tak macam dulu. Kira fitness level saya ni naik baliklah.
siri7m : M1, Pt 2 – Training untuk 10 K
Masih lagi dalam milestone 1, tapi ini part kedua. Saya mengambil keputusan untuk training beberapa minggu dan ending dia saya akan race virtual 10K. Race virtual 10K ni saya akan cuba lari atas treadmill.
siri7m : M1, Pt 1 – Kembali fit at least 30% daripada zaman paling fit
Selepas dari beli treadmill hari tu masa bulan puasa musim MCO, saya ada start lari sikit-sikit. Tak banyak la kalau ikut Strava saya ada dalam 14 kali. Saya mula lari daripada 8 May 2020 sampai last sekali 9 Juli 2020. Total distance : 46 km, 4 km kurang 50 km. Memula saya lari 3.6 km. Dalam 4 kali gitu.
Kenapa 3.6 KM? Ini mengambil bahagian dalam program menentang racism, #irunwithmaud.