Tentang Challenges

Screen Shot 2015-03-14 at 11.21.09 PM

Challenges, atau cabaran bukan bagaikan menunggu siri kad-kad power dalam Solitaire, tetapi cabaran boleh disusun mengikut keperluan dan kehendak, ibarat membeli rumah di dalam game papan Monopoly : Jika tidak ada duit, takkan nak upgrade rumah jadi hotel? Tapi kita tahu yang semua pemain Monopoly mesti nak beli banyak hotel untuk menjadi yang terkaya lalu memenangi game tersebut. Kerana kalau tidak, apa guna main Monopoly pada awalnya kalau tidak mahu menjadi Monopoly?

Satu hal yang saya suka tentang larian adalah kerana opportunity yang kita sendiri pilih untuk upgrade dari sebuah rumah ke sebuah hotel. Ada banyak race diluar sana dan kita boleh cuba mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Kita boleh bermula dengan Fun Run 5K. Lama sikit kita upgrade kepada 7K. Lama sikit lagi 10K. Lama sikit lagi 12K. Lama-lama-lama-lama-lama…. jangan lama sangat nanti boring dan hilang momentum.

Atau, jika kita boring dengan game distance, kita boleh mencabar diri dengan main game masa. Misal kita pilih distance 3K. Mula-mula kita lari mungkin 45 minit. Kemudian 30 minit. Kemudian 15 minit. Kemudian.. kemudian.. kemudian… tapi yang ni pun jangan lama sangat. Nanti kita apa? Boring.

Saya pernah menulis hal sebegini disini, dan kalau dah boring main game itu boleh main game ini pula. Satu level up lagi yang saya pun baru cuba sikit-sikit dan masih blur dengan apa yang terjadi.

So hari ni saya terjumpa video ini. Mo Farah ajak Usain Bolt lumba lari. Umum mengetahui Mo adalah long distance runner manakala Usain adalah short distance runner. Mo stamina power manakala Usain, sprint power. Makanya mereka perlu lari pada satu distance yang paling sesuai untuk keduanya adil. Dikatakan distance paling adil untuk mereka lumba adalah 500 m – 600 m.

Screen Shot 2015-03-14 at 11.17.05 PM

Anda boleh layan vieo ini dulu. Siap ada apps nak estimate siapa yang menang based on record masing-masing.

So siapa yang menang dalam race ini? Siapa yang menang dalam challenges yang adil ini? Saya teruja untuk tahu sama ada orang yang berstamina tinggi menang atau orang yang boleh sprint laju menang. Saya juga ingin tahu. Siapa yang lebih hebat antara orang yang mula dulu atau orang yang habis akhir.

Anyway berita ini tahun 2013. Dan sekarang sudah tahun 2015. Kalau main monopoly, dalam masa dua tahun, bukan setakat hotel, mesti dah buat satu township. :p

Bacaan Lanjut
http://www.wikihow.com/Play-Monopoly
http://www.theguardian.com/sport/2013/jul/28/mo-farah-usain-bolt-race

Kongsi di :