Tentang orang yang berlari

Selama saya lari di Taman Bukit Jalil, saya telah melihat bermacam-macam style dan appearance orang berlari. Kepelbagaian ini mengajar saya satu hal lagi. Tuhan itu sangat MAHA. Oh silap. TERsangat MAHA.

Saya senaraikan beberapa “character” yang saya ingat.

1. Pakcik berlengging 1 seluar maradona
Pakcik ni memang legend di Bukit Jalil. Matanya kecik. Tak pernah reti nak pakai baju. Dan seluarnya cutting seluar bola yang dipakai oleh Maradona. Dia selalu ada hampir setiap hari. Tapi, dia akan tunggu kawan-kawan dia dan lari bersama mereka sepanjang petang. Minatnya pada larian sangat mendalam. Kerana itu saya katakan, dia adalah legend Bukit Jalil number one.

2. Pakcik berlengging 2 berkaca mata
Pakcik ini rupanya coach yang sangat hebat. Juga tak pernah reti nak pakai baju. Pernah difeatureskan dalam majalah Running Malaysia. Ramai anak muda belajar teknik larian dengan dia. Dia akan memberikan ceramah tentang larian dan tidak pernah jemu berkongsi ilmu lariannya. Pada saya, dia juga seorang legend Bukit Jalil.

3. Lelaki Jepun berkasut getah
Lelaki jepun ini saya rasa saya tahu nama dia, sebab saya nampak dia di Strava. Lelaki ini sangat laju berlari. Uniknya, dia cuma pakai kasut getah. Satu hari nanti saya akan mencabarnya untuk berlumba secara sukarela. Pasti ia bagaikan pertandingan antara seorang samurai dengan seorang laksamana.

4. Brother features askar berseluar jeans
Brother ni lari slow macam nak jatuh tapi yang hebatnya dia lari pakai seluar jeans. Saya rasa dia seorang askar. Wajahnya bengis. Tapi saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik hati.

5. Perempuan Arab robotic
Perempuan ini berlari dengan aksi robotic. Apabila dia lari, dia tidak akan pedulikan orang lain. Dan lariannya, boleh tahan laju.

6. Lelaki gemuk bersemangat waja
Lelaki ini saya sangat salute dan tabik hormat. Walaupun badannya sedikit berisi, tetapi dia tetap lari hampir setiap hari. Bagaikan ada misi menyelamat dunia terpancar dari raut matanya. Saya respect lelaki ini. Mungkin satu hari nanti, kami akan menjadi kawan baik.

7. Mat Salleh tua fitness tinggi
Mat Salleh ini hanya muncul pada hujung minggu sahaja. Biasanya dia memakai singlet dan berseluar pendek. Biasanya juga ada seorang running buddy yang mengikut dia berlari. Sambil dia lari, dia boleh siap bersembang seperti menikmati secawan coffee di Coffee Bean.

8. Pakcik jual buah yang peramah
Saya suspect pakcik ni juga seorang runner yang berselindung di sebalik buah-buahan. Saya selalu membeli buah daripadanya dan dia sangat peramah. Mulanya dia ingat saya training untuk marathon. Mungkin dari gaya saya yang terlebih. Namun saya menyatakan pada dia yang saya baru nak masuk 10K (waktu itu).

9. Amoi sekolah menengah bermuka serius
Amoi ini sangat comel. Mukanya ada sedikit kejepunan. Ketika dia belari, dia akan membuat mulut yang terlopong sambil tangannya berayun pendek. Saya rasa dia masih bersekolah menengah lagi dan jika dia komited dalam larian, dia #bolehpergijauh

10. MILF bertopi berskirt pendek
MILF ini mungkin orang kaya. Mungkin suaminya seorang businessman berjaya. Gayanya elegant dan terpancar aura kemewahan. Walaupun berumur, dressup untuk lariannya boleh membuatkan orang tergoda.

11. Perempuan muda langkah pendek berlari kencang berkaki ayam
Yang ini satu lagi legend bukit jalil. Selama saya lari disini, dia seorang sahaja yang berkaki ayam. Dari pemakaiannya, saya dapat rasakan yang dia ini otai larian.

12. Mamat melayu rambut Guile Streetfigther
Mamat ini mukanya sangat cool. Jika dia clash dengan awek pun mungkin orang takkan tahu. Gaya rambutnya membuatkan saya rasa dia seorang fighter yang takkan menyerah kalah.

13. Pakcik Albino
Pakcik ini berlari dengan pace yang tersendiri. Namun, komitmen dia terhadap larian, melebihi kesakitan yang dia rasai. Saya respect Pakcik ini.

14. Perempuan melayu gemuk bertudung berbaju fit
Jika ada polis fesyen, pasti perempuan ini ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan fesyen. Namun, dia tidak peduli semua itu. Keyakinannya sangat tinggi dan dia seakan tahu apa yang dia perlu buat dan patut buat.

15. Encik Encik Gay 2 sekawan
Ada dua orang yang saya suspect gayboy. Ini adalah berdasarkan pengamatan saya terhadap tingkah laku dan appearance mereka. Mereka berdua ini jarang berlari tapi selalunya berjalan mesra bersebelahan. Persahabatan dua orang ini dalam melalui siri hidup Unconditional Love membuatkan saya kagum kepada mereka. Bukan mudah melawan arus.

16. Ahso dan Maid berjalan pantas
Ahso ini cuba berjalan pantas walaupun bertongkat. Dan seorang maid akan berada disisinya. Saya kagum dengan semangat Ahso ini walaupun tua, tetap menjaga kesihatan diri.

17. Lelaki bertatoo yang lari banyak pusingan tapi tak letih-letih
Lelaki ini mempunyai tatoo di lengan. Saya pernah cuba untuk mengikut pace lelaki ini kerana cuba untuk mengamati apakah corak tatoo dilengannya. Namun, kerana dia tidak pernah kehabisan stamina maka saya seringkali gagal untuk mengikut rentak lariannya malah gagal juga untuk melihat detailing tatoo dilengannya.

18. Amoi cun yang tidak diketahui namanya no 1
Amoi ini memang cun. Ada cubaan dalam diri untuk berkenalan dengan amoi ini namun saya pendamkan sahaja. Mukanya lembut dan senyumannya manis sekali. Saya pernah terfikir untuk belajar bahasa cina kerana amoi ini.

19. Amoi cun yang tidak diketahui namanya no 2
Amoi ini pun cun juga. Tapi mukanya masam dan tidak pernah senyum. Seakan ada satu tembok tebal yang mengelilingi amoi ini ketika dia berlari dan saya rasa kerana itu tidak ada lelaki yang berani menghampiri amoi ini.

20. Lelaki pendek yang suka mengacau perempuan
Satu hari dulu saya pernah rasa nak sepak bontot lelaki ini dari depan (cuba bayangkan aksi itu bagaimana) kerana lelaki ini pernah membuat cubaan untuk mengorat isteri saya. Tetapi difikirkan balik, agak tidak waras kelakuan saya itu kalau saya buat juga. Dan difikirkan balik, dia ada semacam satu keberanian untuk mengayat awek tak kira sapa. Itu yang buat saya respect balik.

Ada beberapa lagi character larian yang saya ingat tapi saya rasa cukup untuk saya senaraikan 20 sahaja. Kenapa 20? Sifat tuhan unlimited tapi yang wajib kita tahu adalah 20 jika kita betul betul berminat untuk mengenali tuhan yang sebenar.

Sebagai seorang runner yang baru setahun jagung seperti saya, saya cukup enjoy berlari dengan kepelbagaian character di Bukit Jalil ini. Saya tidak pernah memandang negatif kepada mana-mana runners pun sebab saya melihat semua runners adalah satu. Kepelbagaian kita semua adalah kesatuan yang tak terhingga. Kata orang, pandang satu dalam banyak, pandang banyak dalam satu. Ada runners suka berseluar pendek. Ada yang suka berseluar trek panjang. Ada yang suka pakai seluar ketat malah ada pula yang berseluar jeans. Ada yang pakai skirt dan ada yang pakai seluar pendek ketat gila. Hakikatnya, semua adalah runners.

Namun begitu, kita berhak untuk memilih mana yang kita rasakan terbaik untuk kita. Cuma bagi saya, saya memilih untuk menerima semua tanpa menghakimi baik dan buruknya kerana kedua-dua baik dan buruk ini asalnya satu.

Dalam erti kata lain, lantaklah nak lari macam mana, bagaimana, kemana, asalkan tahu kenapa nak lari asal-asalnya. Kerana, jika kita berlari ikut-ikut orang atau what if what if sentiasa ada dalam minda, akhirnya kita takkan kemana. 10 tahun kedepan pun kita masih di takuk yang sama.



Kongsi di :

Comments 2

  1. Zerd June 23, 2015

    Hahaha kelakar la entry ni. Aku pun regular jogger kat TBJ tu & mmg notice la jugak individu yg ko list kan tu :))

Comments are closed.