Teori 10% Pt 1

Hari tu lepas #scklm saya bersemangat waja untuk training race seterusnya, #bsnpnm2015, namun, ada banyak event yang berlaku dalam hidup saya membuatkan saya terpaksa sekali lagi tidak training dengan konsisten.

Saya balik Raub 5 hari sebab nak buat Majlis Aqiqah anak saya yang belah Raub pulak. Maka, saya cuma sempat lari sekali sahaja.

Otw balik KL saya dapati keadaan sangat jerebu pulak. Hari ini misalnya, jerebu masih tebal dan bila saya check IPU jerebu kawasan rumah saya 137. Agak tak sihat.

Namun saya fikir, kalau saya tak training, agak sukar nak dapat 3 jam untuk 21k next ini.

So hari ini saya lari pakai topeng hidung. Dan saya dapati, mak aiii…. bapak siksanya. Dalam pada kesiksaan itu saya memohon kepada tuhan agar diberikan hidayah bagaimana untuk training tapi tak siksa sebab pakai topeng kerana jerubu.

Akhirnya dalam kilometer ke 1.something, saya mendapat ilham untuk training cuma 10% daripada jumlah 21K, tapi buat 5 kali.

10-percent

So, hari ini saya lari 2.12 KM sahaja dan saya kena lari 2.10 KM lagi untuk hari seterusnya iaitu Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Jika saya berjaya lari 5 x 10%*21K ini saya akan berjaya habis training 50% jumlah 21K sebelum race iaitu dalam 10.5 KM jarak larian.

Saya nak tengok apa kesannya pada race #bsnpnm2015 kelak adakah teori 10% ini berjaya dan berhasil mencatatkan masa bagi saya paling tidak 2 jam 15 minit.

Untuk permulaan, hari ini saya lari 2.12 KM dengan catatan masa 0:13:16 dengan pace 06:15. Bila saya masukkan data ini dalam race predictor calculator, saya patut boleh dapat 2 jam 30 minit 47 saat.

Screen Shot 2015-10-20 at 1.33.38 AM

Kita tengok larian esok macam mana.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_