Teori 10% Pt 2

Ok. Post sebelum ini posting pasal concept dan #harapan. Ini pasal realiti dan hakikat sebenar.

Masa #werunkl hari tu, pace saya 06:18. Masa Bukit Jalil half marathon hari tu, pace saya 7:08. Kalau campur dua ni dan ambil average, maka akan dapat :

= (06:18 + 7:08) / 2
= (378s + 428s) / 2
= (806s) / 2
= 403 saat
= 6.71 minit
= 07:11 average pace larian untuk 2 event.

( apa signifikannya kiraan ini? takpe, kira saja sebab lama dah tak buat add math)

So didapati, average larian saya adalah 07:11 untuk 2 event yang lepas. Kalau saya guna pace ini untuk larian #bsnpnm2015, saya dianggarkan akan berjaya menghabiskan 21k ini dalam masa :

2 jam 30 minit 51

Screen Shot 2015-10-20 at 1.09.35 AM



Pace Calculator

WALAUBAGAIMANAPUN,

Untuk #werunkl, jumlah jarak larian dalam training saya adalah 81.7 KM, 17 kali lari dengan average pace 07:40 dengan jumlah jam 10 jam 24 minit 6 saat. Hasilnya, catatan masa 02:18:52

Untuk Bukit Jalil pulak, jumlah jarak larian dalam training saya adalah 36.77 KM, 9 kali lari dengan average pace 06:57 dengan jumlah jam 4 jam 16 minit 07 saat. Hasilnya, catatan masa 02:27:23

Maka,

Untuk average 07:11 (yang atas tadi), saya kena training at least :

Jarak larian : (81.7 km + 36.77 km) / 2 = 59.23 km
Jumlah jam larian : (10:24:06 + 4:16:07 ) /2 = 14:40:13 /2 = 07:20:06

Kesimpulan : Untuk dapat 2 jam 30 minit 15 saat kelak dengan baki 5 hari nak race saya kena lari jumlah 59.23 km, dimana sehari saya kena lari sejauh 11.84 km atau sehari saya kena lari at least 89 minit  1 saat sehari.

YESLAH!! YAHOOOOOOOOO!!!! I WANT MORE I WANT MORE YAYYY YAYYYYYYY SAYA BAGI BEGINIIIIIII

Unknown




Kongsi di :

Comments 4

  1. as tu October 20, 2015

    adakah 6.71 minit bersamaan dengan 07:11?.. 0.71 tu tak perlu nak darab dengan 60 ke..

  2. khairulazizi October 20, 2015

    6.71 minit tu = 7:11,

    = 6 minit 71 saat
    = 6 minit + 1 minit + 11 saat
    = 7:11

    Kalau saya tak silap kira la 😀

    • as tu October 21, 2015

      pada pendapat saya, 0.71 minit tu bersamaan 71/100 minit.. bukannye 71 saat.. sebagai contoh, 6.5 minit (6 setengah) adakah bersamaan 6 minit 50 saat, ataupun ianya 6 minit 30 saat.. lagipun, nampak tak logik bile average jadi lebih tinggi dari kedua2 pace.. bukan sepatutnya jadi di tengah2 antara keduanya.. haha, saya agak2 je ni.. sebab dalam larian ni, satu saat pun boleh bawa makna yg berbeza.. peace..

      • khairulazizi October 21, 2015

        Hmmmm boleh jadi saya salah. Nnti sy tanya cikgu matematik saya. Tq atas pembetulan

Comments are closed.