The Flash : EP01 S02 – The Man Who Saved Central City



Untuk meraikan kejayaan The Flash menyelamatkan Central City dari disedut masuk oleh taufan wormholes yang tercipta dari season lepas, maka satu upacara meraikan Flash diadakan : The Flash Day. Pada hari itu, kunci keselamatan Central City diberikan kepada Flash sebagai tanda hero penyelamat dunia (Central City). Namun tidak diketahui sama ada hari itu cuti umum atau tidak.

Walau bagaimanapun, jauh dari sudut hati Flash atau Barry, dia sangat kecewa dan rasa bersalah kerana sebenarnya yang menyelamatkan Central City bukan dia, tapi Firestorm. Pulak tu Firestorm mati syahid.

Atas kebersalahan dalaman ini, The Flash cuba menolak semua team STAR Lab keluar agar perkara yang sama tidak lagi berulang. Ini maksudnya, The Flash run solo.

AtomSmasherBar640

Meta Human kali ini adalah Atom Smasher, dimana seorang insan yang menyedut tenaga atom lalu membesarkan tubuhnya berganda-ganda. Rupanya Atom Smasher ini dihantar dari Earth 2, atau dunia kedua, yang tersambung melalui portal partikel yang tercipta sejak taufan wormholes season hari itu. Dan yang menghantar Atom Smasher untuk membunuh Flash adalah Zoom.

Sapa pulak Zoom ni?

Episod pertama season kedua ini memberi bayangan bahawa, Meta Human yang bakal dicabar oleh The Flash, semakin lama semakin mencabar nampaknya. Yelah, siri pertama je dah bagi Meta Human yang boleh membesar berganda. Anyway, surprise di hujung cerita, ada seorang mamat masuk dalam STAR Lab dan memperkenalkan dirinya sebagai Jay Garrick.

Sapa pulak Jay Garrick ni?







_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_