The Flash : EP05 S01 – “Plastique”

Screen Shot 2015-06-28 at 4.20.45 AM

Seseorang datang dan pergi dalam hidup kita. Itu kata Barry. Ada yang boleh menjadi kawan. Ada yang sekadar menjadi kawan. Dan ada pula berkemungkinan untuk menjadi lebih dari seorang kawan.

Namun kadangkala di dalam hidup ini biasanya yang berlaku tidak seperti yang diharapkan. Kadangkala, seorang kawan, boleh menjadi lawan apabila ada perihal “kekecewaan”. Untuk itu seseorang harus belajar mengenal, yang mana satu yang asli, dan yang mana satu yang “plastik”.

“Some friendships feel like they’ll last forever, and others end far to soon. Not every friendship is meant to last a lifetime. What does last forever is the pain when that person is gone”

Dalam episod kali ini The Flash bertemu dengan Plastique, seorang askar perempuan yang menjadikan apa jua barang yang disentuh “meletup” dan musnah. Dasyat kesan “Plastique” ini sebenarnya.

Dalam episod ini juga The Flash menunjukkan skill terbaru mengubah suaranya agar Iris tidak kenal siapa dia sebenarnya. Barry menggegarkan kerongkongnya dengan laju maka frekuensi suaranya berubah dan bergema.

Selain daripada itu, kelajuan The Flash membolehkan dia lari atas air dan lari memanjat bangunan, which is mengelak dari tarikan graviti.





Kongsi di :