The Flash : EP06 S01 – “Flash is born”

“To understand what I’m about to tell you, you need to do something first. You need to believe in the impossible. Can you do that? Good.” – Iris West

Barry berlawan dengan Iron Height dal am episod kali ini. Iron Height adalah budak sekolah dia masa dia kecik dulu dan selalu saja buli Barry. Iron Height, atau nama sebenarnya Tony Woodward, boleh menukar jisim badan kepada besi. Ia ibarat seperti, “Man of steel” menurut kata Dr. Wells.

2 kali Barry cuba menewaskan Iron Height tapi gagal. Barry sangat kecewa atas kelemahan dirinya kerana dia dibuli masa kecil dan masih lagi dibuli walaupun dengan super power yang dia ada sekarang. Di akhir cerita team STAR Lab berjaya mencari jalan bagaimana untuk menewaskan Iron Height. Barry kena lari selaju mark 1.1 (kelajuan lebih laju dari bunyi) dan buat satu tumbukan pada Iron Height. Hanya melalui kelajuan melebihi supersonik sesuatu jisim boleh dikompromi rupanya.

Screen Shot 2015-07-03 at 2.30.02 AM

Di dalam hidup ini memang selalu ada yang mustahil. Sesuatu yang takkan kita dapat capai. Tetapi kadangkala bila difikirkan semula, mustahil pula sesuatu yang kita mahu dalam hidup tidak tercapai. Jika kita mahu “main” hal mustahil.

Ibarat Iron Height manusia besi yang mustahil ditewaskan, akhirnya ada juga cara “melembutkan” besi. Seseorang hanya perlu percaya kepada “impossible”. Tetapi, malangnya tidak semua orang boleh buat sedemikian.





Kongsi di :