The Flash : EP09 S01 – “The Man in the Yellow Suit”

The-Flash-1.09-3

Dalam hidup ini mesti ada next level. Atau next stage. Kalau masih di takuk yang sama, kita repeat routine. Kita tersekat pada satu bulatan yang tak kunjung sudah. Lalu, kita menjadi biasa. Seperti biasa-biasa yang lain. Namun bagi yang cuba breakaway daripada bulatan yang bosan ini, ada satu halangan yang harus ditempoh. Keluar dari ketakutan. Bulatan itu, adalah ketakutan sebenarnya. Ketakutan, adalah kerana kegelapan. Tidak nampak jalan. Tidak tahu apa yang akan mendatang atau ditemui kelak. Tapi bagi mereka yang keluar adalah kerana mereka telah menemui cahaya dan mengikut ke arah terang, yang betul. Mereka bukanlah orang yang bernasib baik tetapi mereka cuma orang yang mempunyai faith.

Dalam siri ini, semua orang pergi ke next level. Iris dan Eddie misalnya, dah setahun kawan, so now Eddie sudah bagi kunci rumah kepada Iris untuk duduk sekali. Itu satu level baru. Caitlin, daripada level sudah let go yang Ronnie tunangnya mati, naik ke level baru dimana dia nampak harapan bila Ronnie datang mencarinya. Namun bezanya Ronnie yang hidup ini sudah jadi meta-human iaitu Firestorm. Dan bagi Barry sendiri, oleh kerana tewas dengan The Man in the Yellow Suit pada pertempuran di stadium negara, akhirnya naik juga ke level baru. Keluar dari ketakutan diri sendiri. Barry sudah declare kepada Iris yang dia cintakan Iris.

maxresdefault

Dr. Wells, yang sekarang ini adalah kemungkinan besar dia adalah The Man in the Yellow Suit juga sudah masuk level baru. The Man in the Yellow Suit sudah memunculkan diri dan bersemuka dengan The Flash.



Siri The Flash semakin mendebarkan, 2 character baru seperti The Man in the Yellow Suit atau Reverse Flash dan Firestorm telah muncul, secara tv seriesnya, 2 meta human keluar serentak juga adalah salah satu lagi “naik level” bagi siri ini tersendiri, dan saya sangat tidak sabar untuk tunggu episod seterusnya!

6079365



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_