The Flash : EP10 S02 – Potential Energy

Jika kita selalu ingat orang yang lari laju sahaja boleh menang, kita silap. Orang yang langsung tak lari laju pun boleh menang sebenarnya.

maxresdefault

Episod kali ini memaparkan Meta Human yang diberi nama “Turtle”. Kuasa “Turtle” ini adalah memperlahankan keadaan sekitar hingga menyebabkan orang yang terkena pancaran auranya menjadi slow-motion. Ini termasuk benda-benda yang bukan bernyawa seperti bernda bergoyang hatta kepada angin dan seumpama.

Bila dah sekeliling “Turtle” menjadi perlahan, “Turtle” pun buat kerja haram dia.

Anyway, Flash juga terkesan dengan kuasa “Turtle” ini dimana Flash yang lari laju itu tiba-tiba menjadi slow-motion.

Bla-bla-bla, Flash jumpa jalan nak tangkap, bla-bla-bla, “Turtle” kena jel bawah tanah Star Lab, bla-bla-bla, Dr. Wells cucuk hidung “Turtle” secara curi-curi dan tanpa orang lain tahu untuk ambil apa ntah tapi dia nak kaji macam mana kuasa yang ada pada “Turtle” boleh digunapakai untuk hancurkan Zoom mahupun Flash. Mungkin inilah yang dimaksudkan title episod kali ini, “Potential Energy”

Oh ya. Hubungan Barry  Allen dengan detektif Patty macam goyah. Nampak macam nak clash. Tapi oklah tu sebab bukan kerana orang ketiga.

Anyway, ending episod kali ini agak aneh. Tetiba ada Reverse Flash sampai ke zaman Flash. WTH?

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_