The Flash : EP11 S02 – The Reverse-Flash Returns

Cisco Rahman telah mengupgrade kuasa vibenya dengan bantuan Dr.Wells. Cisco Rahman diberi spek hijau ohsem yang apabila dia pakai, vibenya semakin lama dan control-able. Melalui itu, dia mengetahui yang Reverse Flash sudah ada di Central City.

cisco-tries-on-his-new-vibe-inducing-goggles-on-the-cw-show-the-flash

Flash cuba menghalang akhirnya berjaya menangkap Reverse Flash tapi dengan aksi penangkapan ini, menyebabkan timeline dunia goyah dan berubah. Kesannya, Cisco Rahman bakal tidak wujud!

Oleh itu mereka terpaksa menghantar balik Reverse Flash ke timeline dia agar kewujudan Cisco Rahman kekal!

Episod ini agak pening dengan teori timeline dan time travel sebab eh, bukan ke hari tu Reverse Flash dah mati? Rupa-rupanya, ini Reverse Flash dari timeline lain. PULAK.

Kalau macam ni bila nak habis yop.

Anyway, kesimpulan yang boleh saya buat selepas menonton filem ini adalah :

Kadangkala kita kena melepaskan sesuatu yang paling kita nak, agar apa yang kita ada, kekal dan wujud sentiasa dengan kita. Auchi auchi.

BTW, Barry Allen dan Patty officially clash. Dan Patty bawa diri untuk further study jadi CSI. Rilek la Barry. Bunga bukan sekuntum dan u kena terima hakikat, walaupun u lari laju, u tak boleh kejar itu awek.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_