The Flash : EP12 S02 – Fast Lane

The-Flash-Tar-Pit-Villain

Meta Human dalam episod ini adalah The Tar Pit. Seorang mamat yang dulunya dicampak dalam kawah tar hitam yang menggelegak waktu accelerator Dr.Wells meletup, lalu menjadikan dia Meta Human yang boleh berubah bentuk menjadi Tar hitam yang panas. Dan yang dia bengang sangat kerana dia di-betray oleh geng jahat dia, so dia buat come back selepas 2 tahun duduk dalam jalan raya. Dendam kesumat akibat betrayal of friends.

Harrison_Wells_Earth_2_Tom_Cavanagh-6

Manakala, Dr. Wells dah mula curi speed dari Flash secara diam-diam, dan speed ini diberikan kepada Zoom kerana Zoom ugut nak siksa anak dia yang ditangkap di Earth 2 itu. Akibatnya, kelajuan Flash kurang 2% (sebab Dr.Wells curi sikit je) dan kekurangan laju ini menyebabkan dia gagal menangkap serpihan kaca yang terpelanting akibat kemalangan kereta, lalu tercucuk pada bahu Iris.

the-flash-212-recap

Dalam masa yang sama, Wally adik Iris yang baru kehilangan mak dia akibat sakit cancer itu mula nak rapat dengan keluarganya yang hilang iaitu Iris dan Joe, bapanya. Dia yang membesar dalam keadaan marah kenapa dia tidak ada bapa masa kecik dulu, akhirnya mula sedar yang di dalam dunia ini yang paling penting adalah keluarga. Bak kata Joe ayahnya kepada dia, tidak kira apa, family comes first dan because of family, we are not alone. Lalu Wally pun mula open up dan mula cuba get back together so sebagai permulaan dia tunggu Iris yang terlantar cedera di hospital.

the-flash-cast-image-fast-lane-grant-gustin

Manakala The Flash pulak macam tension sebab dia lembab 2% so Iris tercedera sebab tak sempat nak tangkap serpihan kaca yang terpelanting. Walaubagaimanapun Dr. Wells yang tak dapat nak tahan dirinya daripada menjadi seorang yang betrayal berterusan secara belakang (agak bermaruah juga Dr.Wells ini) mengaku pada The Flash dan team yang bahawa semuanya berpunca dari dia. Dia mengaku yang dia curi speed Flash senyap-senyap untuk diberikan kepada Zoom demi keselamatan anak dia. Dia mengaku dia betray The Flash and the team. Terasa bersalah, sebagai hukuman, dia mencadangkan agar dia dihantar balik ke Earth 2 dan sila tutup semua pintu portal ke Earth 2 agar Zoom tak dapat crossover ke Earth 1 untuk curi speed dari Flash. Biarlah dia handle sendiri masalah dia dengan Zoom yang tangkap anak dia tu.

Lalu Dr. Wells hari itu makan penumbuk dari Joe dan dikurung di jel bawah tanah S.T.A.R lab. Namun, The Flash atau Barry nampak beyond dari apa yang terjadi. Barry kata kalau dia atau sesiapa duduk dalam kedudukan Dr.Wells, mesti buat benda yang sama sebab nak selamatkan family. Lalu Barry bercadang untuk menolong Dr.Wells menyelamatkan anaknya dari Zoom, dan mereka akan buat crossover ke Earth 2.

***

Episod kali ini bermain dengan relationship dan betrayal. Dua benda common yang berlaku dalam hidup kita.

Meta human Tar Pit di betray oleh geng jahat dia, bangkit semula, balas dendam dan membunuh semua geng jahat dia tapi kena tangkap dengan Flash. End of story. Orang yang di betray, kena punishment. Orang yang betray dia pun, kena punishment.

Flash and the team di betray oleh Dr.Wells, semua orang tension sebab trust violation, tapi Dr.Wells mengaku dia bersalah, minta dihukum, dan turn out Flash and the team nak bantu dia selamatkan anak dia. New story starts here. Orang yang di betray menolong pulak orang yang mem-betray, kerana orang yang mem-betray mengaku kesalahan. Tidak ada yang kena punishment.

Saya kira semua orang yang pernah betray dalam relationship hidup ini masih mempunyai peluang untuk membetulkan keadaan. Sama ada menjadi Dr.Wells mengaku salah dan sanggup menerima punishment atau duduk selesa macam tidak ada apa berlaku hingga satu hari Meta Human Tar Pit datang sebagai punishment.

Tuhan akan bayar cash dan jika instalment, ia lebih menyiksakan. So, kenapa nak duduk dalam Fast Lane ke neraka?

the-flash-fast-lane-recap-822082

Kongsi di :