The Flash : EP15 S02 – King Shark

Hangpa ingat dak mula-mula season 2 dulu ada ikan jerung pakai seluar koyak tangkap Flash, kendian ikan jerung seluar koyak ni kena tembak dengan Dr.Wells dan semua orang terkejut bak hang pasai apa Dr.Wells hidup balik?

La ni dalam episod kali ini, ikan jerung ni terlepaih dari sangkaq dia pastu dia pi ambush rumah Joe West sebab dia dapat sense / bau yang Flash tinggai kat situ.

The-Flash-King-Shark-Review
Ikan Sado…

Last sekali Flash pi tangkap ikan jerung ni dekat tepi sungai, Flash lari pusin-pusin buat wave kendian fire energy letrik kena kat badan ikan jerung habih mampuih.

***

Episod ini sebenarnya tema dia adalah penyesalan. Barry Allen atau Flash menyesal banyak sebab seperti kematian Jay Garrick pada episod lepas. Dia cam take responsible la of what happened. Lepas tu dia cam sedih lagi sebab dia maka Joe West kat Earth 2 mati.

So semua benda ni buat hati dia tak tenteram. Dia punya penyesalan tak habis tu punya besar, sebesar ikan jerung yang ambush dia tu. Nampak dak?

flash-king-shark

Ikan jerung seluar koyak ni atau King Shark kira haiwan yang paling laju dalam airlah katanya tapi bila lepas episod ni, ternyata Flash laju + cerdik sikit dari ikang jerung ni sebab tu ikan jerung ni kena tangkap jugak last sekali. So size besar tak power kalau otak kecik. Mmmm otak ikan memang kecik kut.

images
Otak jerung berbanding buaya dan kuda, nampaknya kuda lagi bijak…
img-thing
Otak jerung ala-ala rupanya. Hmmmm…

Anyway, bila Flash dapat beat King Shark diakhir cerita, secara tak langsung Flash juga dapat beat penyesalan dia. So dia berjanji baiah taat setia yang akan menuntut bela atas kematian Jay Garrick dan Joe West Earth 2, walaupun tak tau macam mana nak kembali ke Earth 2 bila semua pintu portal dah tertutup.

Episod ni saya hampir nak tertidur sebenarnya. Tapi saya terbuka balik mata bila scene akhir dia tunjuk Zoom yang misteri selama ini buka topeng dia!

DEMMMM…. apsal FLASH HELMET NI ZOOM??????

Kongsi di :