The Flash : EP16 S01 – Rogue Time



Sekarang timeline dah berubah. Cisco hidup balik. Bukan hidup, tapi ini adalah timeline lain dimana Flash dah Back to the Future. Itu pasal Cisco ada balik. Awal-awal macam agak confusing tapi rupanya ini timeline lain.

So sebabkan dalam timeline lain, maka :

1. Cisco masih hidup
2. Iris tak tahu yang Barry itulah Flash
3. Identiti Dr. Wells yang sebenar masih rahsia.

Dalam episod kali ini Captain Cold dan abangnya Heat Wave datang buat kacau. Kali ini dia bawak adik dia yang hot bagi Cisco itu, Lisa atau lebih dikenali sebagai Golden Glider. Kalau pistol abang-abangnya keluar ais dan api, pistol Lisa membuatkan orang yang ditembak menjadi emas. Hmmm… rasa nak satu pistol macam ni.

fla116b-0080b-128562

Anyway, Barry ada bagitau Dr. Wells pasal back to the future ni tapi Dr.Wells bagi amaran, jangan main-main sama timeline sebab ia boleh menyebabkan kemudaratan yang besar. In a way, ini bagi indication kepada Dr. Wells yang Barry dah makin power. Boleh lari laju sampai tembus masa.

Apabila menonton filem ini, saya cuma terfikir sesuatu. Jika kita dapat menembus masa sekalipun, atau kembali ke masa dahulu, apa yang kita pertama sekali akan buat?

Barry akan selamatkan ibu dia dari dibunuh.

Tapi kalau saya, saya memilih untuk duduk di timeline ini. Kerana, tidak ada apa yang pernah saya sesalkan dan bagi saya, semua yang berlaku adalah yang terbaik untuk saya di timeline ini.







_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_