The Flash : EP16 S02 – Trajectory

trajectory-social_3Beberapa minggu tv series Flash ni terberhenti dan minggu lepas, sambung semula.

Barry desprate gila nak lari lebih laju sebab nak kalahkan Zoom. So pada awal episod Barry cuba lari merentasi jurang air terjun namun gagal. Barry ingat dia punya larian boleh sampai tahap lari atas udara agaknya. Namun mujur Cisco Rahman ada bawak 4 drone yang diikat dengan kain jaring, menyelamatkan Barry dari terus jatuh masuk dalam air terjun.

Tetiba Central City dikejutkan dengan speedster baru dan semua orang ingat speedster ini adalah The Flash. Sebabnya sekali imbas video dari CCTV berjaya merakam gambar speedster yang mencuri duit rakyat berbaju merah. Barry cam bengang dan cuba nak kejar speedster ini tapi Barry lembab sikit dan speedster ni lagi laju dari dia.

Dalam masa yang sama, Barry juga baru tau yang Caitlin ada formula Velocity-9 yang membuatkan Jay lari laju dulu so Barry macam nak try dadah ni untuk lari lebih laju. Dia fikir, kalau  ada cara untuk lebih laju, apa salahnya dia guna sebab matlamat dia murni walaupun cara itu salah.

Namun, Prof. Wells ada bagi satu ayat power pada Barry yang membuatkan Barry berfikir 2 kali sama ada nak guna cara “fake” itu – “You want to take a short cut? You lose a chunk of your humanity every time you compromise your values.”

***
Di akhir cerita Flash lawan dengan speedster yang buat kecoh itu. Speedster ini, seorang awek, namanya Trajectory rupanya agak taktikal “fake” sebab guna dadah Velocity-9 untuk laju. Flash cuba selamatkan Trajectory dari terus isap dadah ni tapi awek ni degil. Akhirnya oleh kerana dadah yang berlebihan agaknya, awek ni lari sampai ghaib. Mungkin terlampau laju sampai ditelan speed force gamaknya.

Moral of the story
Jangan main tipu. Nanti main tipu tuhan marah. Nanti bila tuhan marah, dia bayar cash.

Kongsi di :