The Flash : EP17 S01 – Tricksters

flash-trickster-devon
Anak penipu…

Kali ini ada penjahat baru diperkenalkan. Nama dia Tricksters. Kalau nak tengok muka penipu, boleh tengok muka mamat kat bawah ni. Dan menipu, adalah kebolehan dia yang paling power. Dia dah level master so dia transfer ilmu con dia pada anak dia.

Mamat ni telah berjaya menipu Flash. Dan hasil penipuannya telah membawa kepada bala bencana. Namun penipuannya telah meng-unlock satu lagi kebolehan Flash. Flash, berlari laju, bukan lagi memendekkan waktu tapi juga boleh menembusi sesuatu.

mark-hamill-800
Bapak penipu…

Saya kira dalam hidup ini, untuk mengatasi penipuan yang kita alami adalah bukan melupakan penipuan ini kerana kelak kita mungkin tertipu lagi dengan penipuan yang sama. Namun, untuk mengatasi “tertipu” adalah dengan menembusi penipuan itu.

Bak kata Dr Wells kepada Flash,

“Bernafas… bernafas…. rasakan udara itu. Rasakan angin di muka kamu. Rasakan tanah yang dipijak. Rasakan kaki yang melangkah. Seperti, ia menolak kamu ke dalam kilat. Barry, rasakan kilat itu. Rasakan kuasanya. Rasakan tenaga yang mengalir dalam darah kamu, laju seperti satu tujahan…. KAMU ADALAH BUKAN KAMU SEKARANG, KAMU ADALAH SEBAHAGIAN DARI SESUATU YANG MAHA HEBAT, sebahagian daripada kuasa pecutan, IA ADALAH KEPUNYAAN KAMU….”

Menembusi penipuan, adalah dengan menafikan diri. Melenyapkan diri, dan membiarkan diri sebenar DIRI, menghadapi segalanya.





Kongsi di :