The Flash : EP18 S02 – Versus Zoom

Agak 3 minggu rasanya tak ada Flash kat Hulu. Namun, malam ini, sambil saya browse-browse series melalui remote apple yang dah macam nak rosak sebab asyik kena gigit dengan El Lukh, akhirnya browse-ian saya mendatangkan hasil.

Ya, Flash telah kembali, dan dalam episod kali ini, Flash mencabar Zoom man in man.

***

Tema minggu ini adalah family. Dan semua character dalam episod ini, dimainkan sentimen “Family”.

  1. Joe West dan Wally West
    Wally cam tak cukup duit nak sewa rumah so bila dia drop by rumah Joe untuk tumpang mesin basuh, Joe ada tanya kau nak bapak payung tak? Wally kata it’s ok dia boleh manage. Yang Joe tidak perasan adalah Wally bukan nak duit Joe tapi Wally nakkan Joe sebagai bapa. So bila Joe realize, instead of nak payungkan Wally, Joe offer bilik di rumah dia untuk Wally duduk sampai kiamat. Hakikatnya, Ayah mana yang tak sayang anak, dan anak mana yang tanak kasih sayang ayah? Ayah, sanggup buat apa sahaja untuk anak.The Flash -- "Versus Zoom" -- Image: FLA218b_0196b.jpg -- Pictured (L-R): Candice Patton as Iris West and Jesse L. Martin as Detective Joe West -- Photo: Diyah Pera/The CW -- © 2016 The CW Network, LLC. All rights reserved.
  2. Iris West & Caitlin
    Ada satu scene bila Iris dan Caitlin tengok kemesraan Barry dan Joe, membuatkan Iris terfikir adalah Barry Allen bakal husband dia kelak? Iris tanya Caitlin adakah Caitlin percaya dengan takdir. Caitlin sekadar mengreply – untuk lu gua percaya la tapi untuk diri gua sendiri  I dont think so. Actually, Caitlin ni asyik putus cinta. Memula dengan balak dia Firestorm tu lepas tu dengan Jay Garrick yang sebenarnya Zoom tu. Since dah dua kali gagal bercinta, agak susah nak percaya takdir. Hakikatnya, cinta itu memerlukan keimanan. Jika anda tidak beriman, maka anda tidak bercinta. Dan jika anda sekadar bercinta tanpa keimanan, cinta anda tidak kemana. Keimanan disini maksud saya “belief system”. Bukan sekadar “trust”.3050754-flashiris
  3. Cisco Rahman
    Cisco adalah kunci untuk membuka pintu kepada Earth 2. Dan dalam episod ini Cisco Rahman telah upgrade dirinya sendiri dengan membuka pintu ke Earth 2. Namun, takut kalau-kalau dengan power barunya ini dia bertukar menjadi dark side macam doppelganger dia Reverb, maka Cisco Rahman chicken out. Tapi Barry pandai ayat Cisco. Barry kata, beza Reverb (Cisco Earth 2) adalah Cisco Rahman ada keluarga (Team Flash) manakala Reverb lonely. So lu jangan takut bro. Gua akan sentiasa payung lu walau apa terjadi. Hakikatnya, kadangkala “family” adalah bukan sekadar blood line tetapi juga “frequency wave length line”. Sama kepala la maksudnya.The Flash -- "Versus Zoom" -- Image: FLA218A_0196b.jpg -- Pictured: Carlos Valdes as Cisco Ramon -- Photo: Cate Cameron/The CW -- © 2016 The CW Network, LLC. All rights reserved.
  4. Prof Wells
    Prof Wells tak habis usaha lagi untuk locate anak perempuan dia yang melarikan diri itu. So rupanya dia ada mintak bantuan Joe. Basically ni semangat seorang ayah untuk mencari anaknya yang hilang. Standardlah tu. Cuma kadang-kala walaupun satu family, ada masanya tuhan akan uji sejauh mana kita sanggup detach dari keluarga kita dan hanya fokus pada tuhan yang satu. Ini boleh rujuk kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail atau boleh sembang kat kedai mamak satu hari nanti.The Flash -- "Versus Zoom" -- Image: FLA218A_0081b.jpg -- Pictured: Tom Cavanagh as Harrison Wells -- Photo: Cate Cameron/The CW -- © 2016 The CW Network, LLC. All rights reserved.
  5. Zoom
    Zoom ni atau nama sebenar Hunter Solomon rupanya masa kecik dulu bapak dia bunuh mak dia depan dia. Dia then membesar di sekolah anak yatim dan no wonder bila besar dia jadi jahat nak mampus. So cite dia kat sini nak tunjuk kalau mak ngan bapak tu tak ngam, anak dia akan jadi huru hara dan membuat keputusan yang salah dalam hidup. Ada effect pada tumbesaran jiwa dan batin anak itu. Lebih-lebih lagi kalau dah anak itu lost seorang diri dan tidak ada support system yang baik untuk bantu anak itu. Kalau Barry pulak, masa kecik pun sama juga bezanya mak dia kena bunuh dengan orang lain bukan bapak dia. Barry pulak dibela oleh Joe so dia membesar dengan kasih sayang. Drama yang lebih kurang sama masa kecik, tapi masing-masing membesar menjadi manusia yang berbeza. Hakikatnya, dos kasih sanyang kena cukup masa anak-anak kita kecik kalau tak besar esok dia bukan setakat menyusahkan kita, malah menyusahkan orang lain pulak.the-flash-season-2-versus-zoom-b
  6. Barry Allen / The Flash
    So bila Zoom tangkap itu Wally dan ugut nak bunuh unless Barry give up speed force dia tanpa berfikir panjang Barry ok saja. Nampak macam kenapalah kau ni bodo nak mampus Barry buat la helah sikit ke apa ke. Tak dosa aih kencing skit kat Zoom tu sebab Zoom tu dah level syaitan jahatnya. So Barry trade in speed force dia kepada Zoom untuk selamatkan Wally. Hakikatnya, ada orang yang sangat selfless dan sanggup berkorban untuk orang lain. Ini lah hero sebenar namanya.the-flash-218-synopsis

***
Kesimpulannya “Family” itu sangat penting. Ia adalah benih yang membentuk kita siapa pada hari ini. Kita tidak boleh tinggalkan family namun tidak pula kita terlalu obsess dengan family kita. Ada had dan ada limit.

Cinta yang tidak ada limit ini hanya ada satu sahaja. Cinta pada yang HAK. Selain daripada cinta yang HAK, family ke bini ke anak ke kerja ke, kucing ke, semuanya ujian buat kita dalam hidup ini.

***
Episod ini banyak reveal macam mana Zoom yang sebenarnya Jay Garrick memperdayakan semua orang dalam episod-episod sebelum ini. Kira banyak open table la. Lu memang manyak jahat la Jay. Sanggup lu betray….

The Flash -- "Versus Zoom" -- Image: FLA218b_0130b.jpg -- Pictured: Teddy Sears as Jay Garrick -- Photo: Diyah Pera/The CW -- © 2016 The CW Network, LLC. All rights reserved.

Ending episod ni agak tension juga dan sangat menyebabkan kalau boleh nak time travel ke next week rabu untuk menonton kesudahan conflict antara Zoom yang baru dapat speedforce Barry Allen yang dah tak boleh nak lari laju walaupun Fun Run 5 KM.

Kongsi di :