The Flash : EP19 S02 – Back to Normal

Cliff hanging dari last episode sangat mendebarkan. Namun, sambungannya minggu ini, biasa-biasa sahaja. Seperti juga jantung kita, ada masanya bergetar kuat laju degupnya apabila kita merasai atau melihat sesuatu. Namun adakalanya juga, jantung kita kembali pada tempo yang tenteram. Sesuai dengan tajuk episod minggu ini, BACK TO NORMAL.

Minggu ini dia macam nak cerita yang walaupun Barry Allen dah lost power and speedforce to Zoom, namun, Barry Allen atau Flash, tetap hero. Sebagai manusia biasa yang sudah tidak meta kerana hilang kuasa, Barry telah berjaya menewaskan meta human yang bernama Griffin Grey, seorang dude teenagers yang mempunyai super-strength  ala Badang, namun, menjadi semakin tua umurnya setiap kali dia menggunakan superpowernya.

Kira, dalam 6 bulan, Griffin berubah wajah dari remaja 18 tahun kepada grandpa simpson berumur 70 tahun. Dan tanpa speedforce, Barry Allen tetap berjaya dengan bergaya.

Flash-Griffin-Grey

***

Saya rasa dalam hidup ini kita akan kehilangan sesuatu. Atau, kita pernah kehilangan sesuatu. Seperti juga Barry Allen, bezanya kita tak hilang speedforce. Namun yang kita mungkin boleh sama dengan Barry Allen, atau The Flash adalah : Kita takkan pernah hilang diri kita ini.

Barry Allen ditakdirkan menjadi hero. Dengan speedforce, atau tanpa speedforce, Barry tetap menyelamatkan orang juga cuma lambat sikit dari kebiasaan. Begitu juga dengan kita. Kalau kita ditakdirkan menjadi seseorang, maksud saya, peranan kita itu…. dengan atau tanpa sesuatu yang kita rasa catalyst kepada kita, kita tetap akan menjadi atau menjiwai peranan kita itu.

Unless, will power kita tak kuat maka kita akan berkata begini di hari tua kelak kepada diri kita sendiri. “Aku tidak berjaya capai yang aku mahu, kerana aku kehilangan (atau tidak ada) sesuatu yang paling aku mahu itu”.

Griffin Grey, meta human itu adalah contoh paling tepat untuk keadaan ini. Walaupun mempunyai kekuatan yang berganda-ganda, namun, setiap kali dia menggunakan kekuatannya dia semakin hampir kepada kematiannya.

Boleh jadi nasibnya sedikit malang kerana dia menggunakan kekuatannya pada jalan yang salah dan mungkin juga kerana dia tidak pernah “bersyukur” dengan apa yang telah diberikan kepadanya.

Boleh jadi juga, beza Griffin Grey yang mempunyai superpower kuat dengan Barry Allen yang tidak mempunyai apa-apa superpower lagi adalah kekuatan “will power” masing-masing. Adalah penting untuk mempunyai “misi” dalam hidup ini untuk keluar dari tempurung ketakutan tidak kira dalam apa yang kita buat dalam hidup ini. Hatta, misalnya paling mudah, kepada “misi” untuk turun petang keluar berlari. Kalau “misi”nya sekadar… maka memang tak jauh manalah kita lari tu dan jangan mimpi nak lari 42K.

the-flash-s2e19-back-to-normal-trailer
Flash tak boleh lari laju, terpaksa naik bas pergi kerja… tengok muka dia tu…. bosan gila.

Jika difikirkan balik, apa gunanya buat sesuatu, kalau sekadar, buat sesuatu. Sepatutnya kita sudah terbang tinggi paling tidak pun sudah hampir merasai kesejukan awan namun entah kenapa, kita memilih untuk kembali balik ke sarang dan melalui semula rutin silam.

BACK TO NORMAL mungkin.

Kongsi di :