The Flash : EP20 S01 –The Trap



Cisco asyik mimpi ngeri yang dia mati kena bunuh dengan Dr.Wells, sedangkan apa yang dia alami adalah reflections dari timeline yang sebelum ini sebenarnya. So, depa satu team decide untuk Cisco masuk kedalam mimpinya melalui device spek mata berteknologi dan berpeti, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.



Akhirnya mereka decide untuk perangkap Dr.Wells seperti apa yang berlaku dalam mimpi Cisco, namun, Dr.Wells lebih licik dari apa yang mereka sangkakan. Perangkap agak tak menjadi.

Dalam episod ini juga Iris dapat tahu yang Barry adalah Flash apabila tangannya tersentuh tangan Flash hingga terkeluar caj elektrostatik, dimana kejadian yang sama berulang masa Barry koma dan terlantar di hospital dulu. Seakan cinta itu ada sentuhan listriknya, bak kata M.Nasir.

maxresdefault

Eddie diculik reverse Flash di akhir cerita dan Dr.Wells sekarang sudah berkonfrontasi dengan semua orang dan sudah reveal siapa dia yang sebenar.




_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_