The Flash : EP23 S01 – Fast Enough



Ini adalah episod terakhir untuk season 1. Saya tonton 3 kali untuk tulis review final ini. Harap ia bermanfaat.

***

The-Flash-Pilot-Lightning-Bolt-Easter-Egg

Hidup adalah fasa dari satu ke satu fasa yang lain. Dan untuk hidup, kita melalui dan menghadapi cabaran untuk lepas, naik ke fasa seterusnya. Ramai orang panggil cabaran ini “ujian”. Tapi tidak ramai yang mampu melaluinya dengan tenang. Sebaliknya, ramai yang gagal menghadapi lalu memilih untuk “back-off” atau memilih alternatif. Lalu, tidak ramai yang meraih apa yang sepatutnya diraih, akibat tidak mampu untuk terus ke hadapan. Ramai, yang “lari” kebelakang. Sikit, yang cuba “bertentang mata” dengan ujian.

Screen Shot 2015-09-20 at 12.57.34 AM

Ujian datang mula-mula kecil. Kemudian, semakin hari, ia semakin besar. Kalau terma investment, boleh kita katakan ia “compounded”. Seakan ada rumus yang telah termaktub bagi setiap ujian. Jika kita melihat ujian sebagai gumpalan salji sebesar penumbuk yang menuruni bukit, pada saat akhir gumpalan ini menjadi besar dan bahaya pada ketika ia mencecah kaki bukit. Avalanche.

flash223

Sebenarnya bukan hanya ujian yang semakin hari semakin besar. Cinta misalnya. Juga semakin hari semakin berkembang. Kasih, sayang… dengki, cemburu. Semuanya semakin hari semakin besar. Semua ini adalah, “ujian”.

maxresdefault

Untuk melalui “ujian”, kita tidak belajar cara yang sebenar untuk mengatasinya. Tidak ada subjek “ujian” di sekolah yang kalau kita tulis di timetable yang kita selit dalam pencil box dengan warna warni hasil color magic. Tidak ada guru yang specific mengajar subjek “ujian”. Tidak ada guru panatia “ujian”. Sebaliknya kita belajar dan memahami “ujian”, melalui hidup kita seharian. Kita sebenarnya ada “guru” untuk setiap “ujian” kita. Sama ada kita sedar atau tidak, atau kita ambil peduli atau tidak.

The Nuclear Man

Sepatutnya ada langkah-langkah menghadapi ujian. Sepatutnya ada procedure. Sepatutnya ada step-by-step atau SOP untuk menghadapi ujian. Ini kerana “ujian” bukan perkara kecil. “Ujian”, sesuatu trial atau test yang menentukan sama ada kita berada di depan atau di belakang. Namun jangan salah faham, bukan berada nombor satu atau nombor akhir. Sebaliknya, “ujian”, menentukan kita, adakah kita masih hidup di masa lampau, atau masa depan? Atau adakah kita hidup pada titik yang paling sepatutnya, iaitu hidup pada waktu sekarang?

flash0101IMG01

Menjalani kehidupan, kita ada motivation-motivation tertentu yang membawa kita ke fasa seterusnya. Motivation, adalah perlu, untuk kita menghadapi “ujian”. Kalau kita gagal dalam “ujian”, bukan setakat kerana kita gagal memahami kenapa kita diuji, tapi juga kerana kita gagal untuk mempunyai satu motivasi, yang paling kuat, yang paling kukuh, jitu, tak terputus, untuk membawa kita ke hadapan.

“Ujian” adalah halangan, manakala “motivasi” adalah harapan.

the-flash-is-this-the-reason-barry-allen-let-s-his-mom-die-the-flash-325091

Pasti di dalam hidup, ada sesuatu yang paling ultimate yang kita harapkan. Paling-paling-paling-paling-paling kita mahu, untuk kita, untuk diri kita. Namun untuk mendapatkan apa yang ultimate ini, pasti, kita akan menghadapi “ujian” yang paling ultimate. Ini kerana, kalau kita lulus “ujian” paling ultimate ini, kita akan meraih, hadiah yang paling ultimate – apa yang paling kita mahukan itu.

Dan biasanya, bila ia berkait dengan sesuatu yang “ultimate”, ia akan melibatkan pilihan sama ada hidup dan mati. Dan bila melibatkan hidup atau mati, ia pasi menduga, pasti menimbulkan persoalan kepada kita, pasti mewujudkan sangsi dalam diri – Adakah, ini “ultimate” yang kita cari?

Kita, pada saat itu, akan terfikir, adakah aku benar-benar mahukan ini?

maxresdefault

Kesangsian menyebabkan kita memilih, mengambil keputusan, sama ada untuk meneruskan, atau meninggalkan. Dan jika kita berpaling, kita akan rasa rugi, tapi untuk “make it worth” dengan apa yang telah kita lalui, kita memilih melalui jalan yang lain yang kita cipta dan kita anggap, setara dengan apa yang kita pernah lalui sebelum ini. Jalan yang paling memuaskan hati, atau dalam erti kata lain, jalan yang paling menenangkan hati.

flash-finale

Hakikatnya, apapun jua yang kita telah lalui, dan apa jua yang kita telah pilih untuk hadapi, jangan lupa bahawa hidup, adalah tetap dari satu fasa ke satu fasa yang lain. Hidup tak akan pernah tamat dari lelah “ujian” yang semakin hari semakin besar untuk kita hadapi.

Flash-s1e23-black-hole

Namun, pelajaran yang paling bermakna adalah bukan kita lulus dengan cemerlang atau gagal dengan terbungkang pada ujian yang lepas, tapi apa yang penting bagaimana kita sanggup menghadapi kebenaran pada siri ujian yang seterusnya. Adakah, cukup laju kita?

The-Flash-Finale-Wormhole-Jump



Kongsi di :