Tidur : Pt 1, Kajian untuk mendapatkan tidur yang terbaik

Saya sekarang sedang berguru dengan satu doktor ni iaitu doktor tidur. Minat saya terhadap tidur memang tidak dapat dinafikan lagi sejak di bangku sekolah. Saya malah di universiti dulu diberi nama jolokan “Sang Sungkur”.

Ini kerana bakat saya dalam arena tidur tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun pada waktu itu. Zaman berubah, dari student menjadi dewasa dan sudah dewasa menjadi runner pula. Sebagai seorang runner, tidur adalah satu hal yang tidak boleh dipandang remeh. Oleh kerana sekarang saya sedang dalam latihan larian yang intensif, saya beranggapan bahawa tidur adalah sangat penting sebagai salah satu recovery bagi mendapatkan larian yang effektif.

Hence, perguruan tentang tidur bermula.

Dulu saya ada tulis pasal tidur ini namun rasa macam tak habis. Sudahlah begitu, saya tag hal tidur ini dengan barang iaitu Fitbit. Boleh cekidaud disini :

Barang : Fitbit Alta HR
Barang : Fitbit Alta HR Pt 2
Barang : Fitbit Alta HR Pt 3 – Kenapa kena tidur 8 jam sehari
Barang : Fitbit Alta HR Pt 4 – Berapa percent cycle tidur yang effective?

Matlamat Kajian

Matlamat saya ada 3. Pertama, saya nak increase deep sleep saya daripada average 13% kepada 23% ikut benchmark orang umur sama macam saya. Dulu masa memula pakai balik fitbit, deep sleep saya 9%. Kira oklah dari 9% naik 13%. Ada progress, cuma tak jauh.

Meaning, deep sleep saya sekarang masih tak cukup walaupun saya lari ke naik basikal ke apa ke. Kenapa nak deep sleep banyak, sebab lebih banyak deep sleep lebih bagus. Ini data dari Fitbit saya.

Kedua, saya nak bila saya masuk tidur, dalam masa 10 saat saya terus tertidur. Tak delah mengelamun tak tentu hala start tidur pukul 11 last-last pukul 2 baru terlelap. Meaning, saya adalah jenis yang susah nak tidur on the spot atau ilmu tidur 10 saat saya tak macam bini saya. Ye la kita nak baring je terus tertidur, buat apa buang masa. Ini contoh semalam punya tidur. Masuk tidur awal. Kul 11 dah landing. Tapi kul 2 baru tertidur. Last2 bangun pukul 1 tengahhari. Sib baik semalam tu cuti. Kalau keja tak ke lega.

So basically waktu tidur saya memang sejak dulu tak dapat nak solvekan. Ini memang bukan lagi masalah tapi dah jadi rutin. Dah jadi culture saya dah ni. Aishh….

Satu lagi saya perasan kalau esok ada big event malam mesti takleh nak tidur lelap. Rasa seram tu ada je. Esp. kalau esok nak race. Konon masuk bilik kul 8 bajet nak tidur kul 9. Harammmmmmm….. harap bila ilmu tidur 10 saat ni dah master, so saya boleh tidur on the spot tanpa kerisauan esok hari.

Dan ketiga, saya nak bila saya bangun tidur, saya rasa fresh, segar gila tak ada lagi rasa mengantuk lepas tu sebab rasa mengantuk saya sambung tidur last-last saya bangun pukul 10 pagi. Untuk rekod, ada hari saya rasa fresh dan ada hari juga saya rasa letih macam tak cukup tidur. Yang kelakarnya kalau hari saya ada training saya bangun fresh esoknya. Kalau hari saya rest tade lari ke apa, esoknya bangun tak. fresh. So ini masih tak consistant. Kejap ok kejap tak.

But anyway, sejak pakai Fitbit satu benda yang bagus adalah matlamat saya nak tidur 7 jam tu dah berjayalah. Ini data 3 bulan. Kira oklah tu. At least ada benda yang dah berjaya secara solid.

So harap dengan kajian tidur secara serius ini boleh solve 3 masalah diatas. Dia cite dia ginila. Jangan ingat takat pakai fitbit je boleh tidur lena sebab kalau tatau pakai sebab apa tak guna gak. Patut pakai tu boleh improve la.

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *