Tidur : Pt 4, Kepercayaan karut tentang tidur

Hari ini guru saya akan berkhutbah tentang kepercayaan karut tentang tidur. Tujuan dia adalah untuk install kepercayaan baru yang benar dan buang hal karut marut tentang tidur yang selama ini terbenam dalam otak saya.

Kenapa?

So kepercayaan karut ni penting nak kena buang sebab ia akan menyebabkan kita gagal untuk mendapat tidur yang berkualiti. Kita gagal untuk mula tidur, dan gagal untuk tidur nyenyak.

Bagaimana?

First, kita tengok apa kepercayaan karut tersebut dan kemudian kita tengok apa sebenarnya yang menyebabkan kita ada kepercayaan karut tersebut. Second, kita ganti kepercayaan karut tentang tidur itu dengan hakikat yang sebenar.

Myth #1 – Walaupun saya tak cukup tidur, saya ok

Ini sebenarnya adalah alasan bagi keadaan “Saya memang seorang yang tak cukup tidur”. Basically, semua orang boleh mempunyai tidur yang cukup dan berkualiti.

Semua orang boleh belajar cara nak dapat tidur yang berkualiti.

Myth #2 – Kalau saya tak cukup tidur, saya akan sakit

Yang sebenarnya, “Saya takut saya sakit kalau saya tak cukup tidur”. Hakikatnya, tak cukup tidur takkan buat kita sakit yang serius gila. Pening-pening tu biasa la tapi tak mati pun.

Kesan yang paling teruk adalah effect immune function, tapi takkan buat kita sakit critical.

Myth#3 – Saya kena tidur 8 jam agar esok saya ok

Ketakutan yang sebenar adalah, “Saya takut yang bila saya tak cukup tidur, produktiviti saya akan berkurang”. Hakikatnya, jumlah jam tidur bagi setiap orang berbeza dan tidak semestinya 8 jam.

Nanti guru akan ajar cara macam mana nak menentukan jumlah jam yang tepat yang diperlukan seseorang. Ini berdasarkan chronotype pribadi. Dia ala2 early bird, night owler.

Jumlah tidur orang, berbeza.

Myth#4 – Kalau saya tak cukup tidur, saya kena topup balik esok

Sebenarnya, “Saya dah hilang peluang nak tidur”. Hakikatnya, setiap orang boleh berfungsi secara normal dengan tidur yang optimal. walaupun tak ideal, tapi masih boleh buat benda cam biasa.

Kita boleh function seperti biasa walaupun tak cukup tidur.

Myth#5 – Semakin saya tua, semakin kurang tidur yang saya perlukan

Basically “Saya takut makin saya tua, makin susah saya nak tidur”. Actually orang tua biasanya mempunyai waktu tidur yang tdiak berjadual. Yelah sebab dah tade keje means tade rutin. Tapi sebenarnya jumlah tidur orang tua sama sahaja masa muda. Kadang depa tidur lambat sibuk fwd wassap tapi esok siang tengahhari lepas makan depa tidur kejap. Basically, dalam masa 24 jam, jumlah tidur dia sama. Unless ada amik ubat sebab medical condition, tu cite lain.

Jumlah tidur adalah sama walaupun usia meningkat.

Myth#6 – Bila saya rasa depress, anxious siang hari adalah kerana saya tak cukup tidur

Sebenarnya, “Anxiety saya ni macam nak musnahkan hidup saya”. Tak cukup tidur bukan punca anxiety. Mungkin ada masalah lain yang menyebabkan emosi kita terganggu.

Tak cukup tidur buka faktor anxiety walaupun rasa esoknya cam teruk gila.

Myth#7 – Saya tak boleh jangka bila saya akan tak cukup tidur

Ketakutan sebenar, “Saya dah tak boleh control tidur saya ni”. Selepas perguruan tidur ini tamat, kita akan boleh jangka bila kita tidur dan kita akan mempunyai jadual tidur yang tiptop. Kita boleh mengawal tidur kita. Kita, adalah the master of sleepy wipi.

Semua orang boleh kawal tidur mereka.

Myth#8 – Minum arak sebelum tidur bantu untuk tidur

Yang sebenar, “Saya takut tak boleh tidur kalau saya tak minum”. Minum arak ni sebenar bagi kita mabuk lalu pengsan, bukan bagi kita tidur.

Alkohol sebelum tidur akan bagi impak negatif pada kualiti tidur.

Myth#9 – Lebih banyak saya spend masa di katil lebih tinggi peluang saya nak tidur

Sebenarnya, “Saya takkan dapat jumlah tidur yang saya nak”. Hakikatnya kita masuk tidur tu salah waktu.

Meluangkan masa yang lama atas katil tidak membantu untuk tidur cepat.

Next, install kepercayaan baru

Teknik ini dinamakan identity affirmation. Ia sangat berkesan. Identity affirmation adalah bukan tentang apa yang kita buat, tapi siapa kita sebenarnya. Ia bukan tentang ritual, tapi tentang reprogram semula kita ni siapa. A belief of who you are.

Contoh : Saya adalah orang yang pentingkan tidur yang cukup. Atau, Saya boleh betulkan balik tidur saya. Atau, saya seorang penidur yang hebat.

Akhir kata, sila ganti kepercayaan karut kita dengan hakikat yang sebenar.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *