Menurut guru tidur saya, ada dua jenis tidur. Pertama Sleep Disorder dan kedua Disordered Sleep.
Sleep Disorder
Sleep disorder adalah masalah-masalah atau penyakit nak tidur. Benda ni kena pergi klinik kalau nak solve. Menurut guru tidur saya, training yang saya bakal jalankan bukan nak solve benda ni, tapi sebaliknya adalah nak solve Disordered Sleep.
Tapi dengan ilmu Disordered Sleep, ia boleh membantu sedikit sebanyak kepada masalah Sleep Disorder. Now, apakah Sleep Disorder?
a. Sleep Apnea – Masalah masa tidur tiba-tiba takleh bernafas sebab tekak tertutup. Tanda dia adalah berdengkur, bangun tidur pening kepala, atau siang hari mengantuk gila.
b. Narcolepsy – Masalah dengan otak tak berapa nak betul (brain disorder) maka tidur tak cukup, so besok pagi crank. Tanda dia adalah siang tidur lama nak mampus. Cataplexy iaitu kalau tetiba ada benda tak expect berlaku siang hari so kita terus mood swing. Ketiga adalah hypnagogic hallucination iaitu masa pagi kita terjaga, dah buka mata, dah sedar tapi few sec lepas tu tertidur balik. Last sekali sleep paralysis, iaitu dah terjaga tapi badan takleh gerak. Orang melayu kata kena tindih ngan hantu la.
c. Insomnnia – Susah nak tidur.
d. Restless leg syndrome – Tengah tidur rasa tak selesa cam gatal itu la ini la. Kesan dia ganggu tidur.
Disordered Sleep
Sleep disorder adalah tidur macam cukup 7-8 jam tapi bila bangun badan rasa tak sedap. Feeling fresh tu tak ada. Ini yang guru saya nak turunkan ilmu dia. Canne ko nak tidur lepas tu esok ko bangun fresh gila tak kisahlah ko lari ke tak lari hari semalamnya.