Race : Tokyo Marathon 2017 Pt 1 – Run with Heart

Tahun depan punya registration Tokyo Marathon sudah keluar. Last year, (Baca sini) saya ada tulis kalau sesiapa pergi ke Tokyo tolong belikan isteri saya Totoro. Malangnya tidak ada siapa belikan isteri saya totoro itu. Sama ada tidak ada orang pun baca posting saya itu, atau tidak ada seorang yang saya kenal pergi ke jepun atau ada orang pergi ke Jepun tetapi bukan kawan saya. Apapun itu tidak mengapa.

9243723_this-totoro-cosplay-will-make-you-say-awwww_t74d49d61
Totoro adalah binatang aneh macam beruang tapi macam comel

Lantaran itu, tahun ini saya nak cuba nasib dengan buat registration Tokyo Marathon 2017. Tolong doakan saya terpilih sebab slot cuma 35,000 runners sahaja. Masalahnya mungkin yang apply untuk race ni lebih. Tahun 2015, sebanyak 308,810 orang apply. Hampir 10 kali ganda slot. GILA.

Screen Shot 2016-08-04 at 12.56.18 AM

Saya apply kategori Charity Runner. Saya kena raisekan donation paling sikit 100,000 YEN. Ini adalah bersamaan dengan RM4,000.00. Saya kena bayar duit derma ini secepat mungkin sebab hanya 3000 charity runners PALING AWAL sahaja yang akan diterima. Kalau sempat, maka saya akan diterima sebagai peserta Tokyo Marathon 2017. Kalau tak cukup RM4,000, makanya permohonan untuk turut serta akan ditolak.

Screen Shot 2016-08-04 at 12.42.13 AM

Oleh itu, wahai PEMBACA BLOG LARIANSEBUAHKITAB.COM yang budiman, dermawan, lariman.. eh lariman macam runningman. Saya ingin meminta jasa anda semua untuk buat donation melalui saya agar duit yang anda salur itu akan disalurkan pula kepada charity FAMILY HOUSE. Apakah FAMILY HOUSE ?

Secara ringkas dia rumah kedua untuk kanak-kanak yang sakit critical illness spend masa dengan parents dia. Ini screenshot dari web Tokyo Marathon.

Screen Shot 2016-08-04 at 12.16.36 AM

Ini pula screenshot dari web FAMILY HOUSE itu sendiri.

Screen Shot 2016-08-04 at 12.18.41 AM

1. Kenapa saya pilih untuk derma ke FAMILY HOUSE?

Pertama daripada website dia itu, orang yang melawat web dia sikit, tak sampai 4000 orang pun. Ini berdasarkan counter yang ada pada web depa. Maksudnya sikitlah orang tahu pasal web dia. So kalau sikit orang tahu, tak banyak mana sangatlah donation dia. Bila donation tak banyak, tak berapa nak Family House yang best lah. Basically ada 16 tempat kita boleh pilih nak charitykan kemana.

Screen Shot 2016-08-04 at 12.20.49 AM

Kedua, both of parents saya ada survivor cancer. Alhamduillah setakat hari ni saya takde cancer lagi. So, saya faham sangat dan tahu apa erti hidup ini bila mak ayah kita kena cancer. Mak saya survivor breast cancer stage 2. Ayah saya survivor stage 1 cancer tekak. Ini kalau mak bapak kita yang kena sakit. Bayangkan, kalau anak kita yang sakit. Canne? Mesti sedihkan. Apa yang kita boleh tolong? Saya ulang. APA YANG KITA BOLEH TOLONG?

Ketiga, dahlah mak ayah saya kena penyakit, isteri saya pun critical illness jugak. Sebagai patient SLE, doktor pernah beritahu pada saya untuk lupakan sahaja impian untuk mendapat zuriat. Ini kerana rata-rata patient SLE memang susah nak dapat anak. Namun, takdir Allah menentukan segalanya, lepas 10 tahun kahwin kami diberi cahaya mata EL LUKH. Patutlah ada pepatah ada orang tu cipta, “Orang sabar rezekinya manis”

Saya bukan nak minta simpati daripada anda atas segala hal yang berlaku dalam hidup saya, sebab saya dah tak larat nangis dah. Tetapi apa yang saya nak kongsi adalah, dengan will power dan positive thinking yang tinggi serta keyakinan yang apa sahaja boleh jadi bila kita ada tuhan, sebenarnya memang sangat benar dan sangat betul. Lalu, sebagai kesyukuran, tahun ini memang saya ada la sikit-sikit buat charity dan ini adalah salah satu daripadanya.

2. Kenapa anda kena bantu saya dengan membuat donation?

Pertama, ada 3 benda yang saya ambil serius dalam hidup ini dimana saya tak main-main. Hal-hal ketuhanan, Cinta dan larian. Saya telah berkecimpung dalam hal larian selama 3 tahun lamanya sejak tahun 2013. Tahun depan adalah tahun keempat saya lari. Sepanjang 3 tahun lari, saya telah lari sejauh 1,247.0 km. Tak jauh sangat lagi berbanding orang lain. Tapi dalam masa 3 tahun ini saya dah buat 3 kali SUB 1 untuk 10K (lari bawah sejam sejauh 10KM). Tak power mana pun compare dengan orang lain. Paling jauh saya keluar rumah untuk lari adalah di Australia iaitu Great Ocean Marathon. Kalau ikut distance pulak paling jauh saya lari one shot adalah cuma 25 KM di Tarutao Race, Thailand. Insya Allah, hujung bulan ini saya akan ke Bali untuk first Full Marathon saya. Ini resume larian saya. Kesimpulannya, nak pergi lari Tokyo ni bukan sekadar nak pergi sebab nak jumpa Gaban atau beli mainan totoro. Kalau anda rasa saya layak untuk join Tokyo Marathon, silalah contribute TERIMA KASIH.

Kedua, donation dalah trending sekarang ni. Siapa yang tak turut serta, tak patriotik. Perdana Menteri kita dapat donation katanya dari Arab Saudi sebanyak 2.6 Billion. Apalah sangat kalau anda menderma untuk saya dan malah duit derma anda bukan saya pakai untuk ke Tokyo, tapi disalurkan kepada FAMILY HOUSE. Segala perbelanjaan saya ke TOKYO, SAYA TANGGUNG SENDIRI. Dah la tu, saya kena lari 42 KM tau tak bukannya dekat. Jauh tu. 42 KM ni jarak dia dari KLCC ke Dengkil. Kiranya bila anda derma, FAMILY HOUSE gembira, saya LEGA!

Anyway bukan maksud saya sapa yang tak turut serta dia tak patriotik. Saja je. Contribute atau tidak, itu tidak melambangkan patriotisme seseorang.

Screen Shot 2016-08-04 at 1.16.40 AM

Ketiga, jalan untuk mendapat kesenangan di dalam dunia, adalah melalui menolong orang. Ini adalah rumus kehidupan. Jika anda buat contribution, anda tolong banyak orang. Pertama, anda tolong FAMILY HOUSE. Kedua, anda tolong saya dapat masuk Tokyo Marathon. Ketiga, anda tolong saya untuk dapat peluang belikan Totoro untuk bini saya. Silap-silap haribulan, anda buka pula peluang untuk isteri saya melancong ke Jepun sebab mesti dia nak ikut saya punya nanti. Bayangkan… berapa ramai anda tolong. So berapa banyak pula yang tuhan akan tolong anda? Anda pernah tolong orang jepun tak? Tak pernah kan? Haaaaaaaaa….. Arigatogozaimashita, Anata wa totemo shinsetsudesu!!!

***
Semoga, dengan sebab asbab yang saya tulis diatas, maka anda menderma dengan ikhlas dan duit yang anda beri boleh disalurkan kepada FAMILY HOUSE tadi. Saya, sebagai tukang buat cerita kat blog ini, harapnya dapatlah join FULL MARATHON Tokyo 2017.

Anda mesti tak sabarkan nak tolong FAMILY HOUSE dan tengok saya lari di Tokyo kan? Anda boleh salurkan derma kepada saya, dengan membuat bayaran di melalui Payment Form senangPay ini. Lagi banyak anda derma, lagi anak-anak di FAMILY HOUSE gembira. Isteri saya juga turut gembira sebab akhirnya menan Totoro akan ada di rumah ini.

UNTUK MULA MENDERMA, KLIK SINI

 

*** Semua penderma akan saya revealkan di dalam posting yang akan datang. Jika tidak mahu nama disiarkan tolong beritahu saya dengan menulis notes di Payment Form atau notes di Transaction BTC anda

*** Saya akan emailkan resit (one shot) kepada anda semua yang menderma. Jangan lupa bagi nama penuh dan email untuk saya email balik

Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih kepada anda semua yang telah membaca posting ini, dan juga yang telah menderma. Saya doakan tuhan memberikan anda kesenangan yang melimpah ruah dan umur yang panjang serta badan dan minda yang sihat.  AMIN

050791d423ee50b1d6a697302ac9681a

tokyomarathon

Bacaan Lanjut
Charity Runner Tokyo Marathon 2017
Family House Japan

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *