Trail Running : Outfit

Sekarang saya nak kaji outfit untuk Trail Running. Daripada pembacaan saya, apa yang perlu ada adalah :

1. Jaket
Sekiranya berlaku hujan kelak, maka ada eloknya bawa jaket teringan sekali. So at least boleh cover dari kesejukan dan kebasahan air hujan. Jaket lengan panjang juga bagus untuk elak tangan dari calar terkena dahan.

image

2. Running Pack
Back pack larian untuk bawa barang-barang seperti makanan kuat atau air. Yang melekat kat badan, ringan dan mempunyai poket yang sesuai dengan kadar keperluan sendiri sangat bagus sekali selain daripada ada pack air kat dalam dia so bila dahaga boleh sedut dan minum.

haupt.jpg.4167372

3. Handheld
Tapi kalau malas bawak back pack, boleh bawak botol air kat tangan tu. Cuma saya fikir masalah nanti kalau nak tertonggeng agak susah nak tahan dengan sebelah tangan. Pasti ada kacau sikit pada imbangan badan for sure lebih-lebih lagi kalau air masih banyak dalam botol air.

luisrobiewjenn

4. Gaiters
Sarung kasut bahagian luar untuk elak pasir atau lumpur masuk dalam kasut. Kalau debris2 ni masuk dalam kasut memang rasa tak selesa dan mungkin terpaksa berhenti untuk keluarkan. Buang masa betul.

2014_salomon_fs14_schuhe_l35216900_1

5. Stokin
Stokin panjang atau pendek terpulang tapi kena make sure stokin yang memang comfort habis. Saya mungkin pilih stokin yang agak tebal untuk kasi kusyen sikit pada kaki since gegaran mesti ultra kalau atas trail nanti.

6. Poles
Tongkat tambahan kiri kanan dah macam nak main ski la pulak. Tapi poles katanya membantu mengimbangi badan anda lebih-lebih lagi waktu sengsara bila kaki dah sakit. Kalau nak naik bukit pun agak membantu juga. Kurang sikit tenaga nak pakai. Dah ada 4 kaki. πŸ˜›

big

7. Neck Gaiter
Sarung leher. Ni sebenarnya serba guna macam Buff tu le so boleh sarung muka, kepala, leher etc. Boleh buat macam-macam sampaikan sponge air pun dia boleh jadi. Power.

292A7631

8. Mini First Aid Kit
So make sure bawak sekali in case terjatuh atau ada runner lain yang perlukan. At least ada plaster, bandage, antiseptic wipes, dan ubat luka yang sesuai.

9. Makanan
Boleh bawa makanan yang sesuai juga seperti power bar etc. Pastikan yang memberi tenaga yang banyak instead of makanan tak berhasiat yang kosong.

10. Topi
Kalau panas memang legalah so better prepare dengan topi. Boleh cover panas sikit dan taklah sunburn sangat. Lagi satu bila pakai topi ni air peluh tak masuk mata.

Whitney-Dagg-Trail-Running-1200x800

11. Spek hitam
Bukan nak nampak kacak, tapi salah satu daripada agen perlindungan mata. Mana tau tenga lari tercucuk dahan memang Kassim Selamat.

Oakley_Running_3

12. Wisel
In case ada emergency atau apa dalam hutan, bagus ada wisel untuk minta bantuan.

13. Lampu Suluh / Head Light
Ini dah macam extra melampau tapi kalau ada yang kecik pun ok apa. In case tersilap jalan (manalah tau malang tak berbau) so kalau terpaksa bermalam kat hutan, ada torch light. Tapi minta simpang dijauhkan.

Night-trail-running

14. Glove Tangan
Glove tangan penting esp. masa nak turun bukit. Sebabnya kalau tersungkur at least tangan ada cover.

ron-hill-pro-running-gloves-black-p19775-5766_image



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_