Trail Running : Surface

Orang kata sebelum pergi boleh buat kajian dulu. Expect apa yang patut. Since ini first time lari trail, saya ingat saya nak berimiginasi sikit apa surface yang bakal saya pijak berdasarkan pengalaman-pengalaman saya pergi camping dulu.

1. Rerumput
Ini boleh jadi macam padang. So rumput hijau penuh. Saya rasa mungkin flat atau bukit naik turun. Dulu kat sekolah biasa lari atas padang rumput so tak risau sangat.

2. Berpasir
Ini mungkin boleh jadi macam / ala-ala tepi pantai. Tapi kalau tepi pantai dekat dengan air. Dalam hutan, mungkin antara tanah dengan sungai. Sepanjang hidup, saya mungkin pernah lari tepi pantai. Itu pun lari ala-ala baywatch dan cuma beberapa meter tanpa kasut.

3. Berbatu
Mungkin berbatu kerikil macam jalan yang tak siap. Bahaya kalau ada batu besar tengah jalan takut tersepak. Kalau tempat tu lembab, boleh jadi batu – batu ni licin dan mungkin ada lumut. Saya tak pernah lari lagi atas jalan berbatu. Bayangan saya mungkin otak akan bergegar kuat dan pemandangan akan jadi pergoncangan mungkin.

4. Tanah
Ini mesti paling banyak. Tanah pulak mungkin ada yang keras berdebu, atau kalau basah, jadi lecak. Kalau super-basah boleh jadi berselut. Bahayanya kalau kasut tak berapa nak power, mungkin kaki terlekat dalam. Lari pun akan jadi slow.

5. Berakar
Yang ni kalau dah dalam hutan. Mungkin berakar pada surface hasil dari pokok. Akar mungkin kecik, atau mungkin besar. Bahaya kalau tersampuk dan boleh menyebabkan tersungkur. Saya pernah naik Mount Irau so jalan dia memang berakar gila. Tapi tu jalan bukan lari. So banyak masa nak tengok akar ni. Kalau lari tak pasti camna nanti.

6. Berdebu
Mungkin kalau segerombolan runners lari pada waktu yang sama so kabut debu akan naik keudara. Boleh ganggu sistem pernafasaan dan jarak penglihatan akan kurang. So kena hati-hati agar tak terlanggar runners lain atau pun tersedut debu boleh batuk kering. Kalau berdebu ni saya pernah naik Jabal Tsur di Arab tempat Nabi menyorok dalam gua kecik yang ada spider web tu. Memang berdebu gila dan kena tutup muka dengan selendang merah.

7. Air
Air ni mungkin sungai. Memang kena slow sebab takut air ni dalam ke cetek. Dan tengok juga deras atau tak deras. Kalau deras mau tersungkur jugak. Dan masa pijak tu kena tengok jugak batu-batu. Buatnya terpijak batu licin lega. Satu lagi pacat la yang bahaya. Kasut kalau Gore Tex ok juga sebab kalis air. Saya pernah seberang sungai masa ke Lata Hammer Bentong. Air kuat gila memang nyaris nak terhumban dalam sungai. Masa kat dalam pulak saya terus tergelincir dan habis basah seluar dan iPhone. Lega.

So ini cuma imaginasi saya nanti tengoklah apa jadi kat trail running hujung bulan ni.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_