Training : Macam mana nak hasil 10 x ganda

Sebenarnya mungkin orang akan ingat bahawa semua manusia hendak mencari jalan yang senang dalam mencapai sesuatu itu adalah sifat yang tidak baik. Sebagai contoh, ada stigma masyarakat yang beranggapan bahawa, “kerja nak sikit, tapi hidup nak kaya”. Ataupun, “usaha malas tapi result nak best”.

Basically, ia benar pada satu level dan tidak benar pada satu level yang lain. Atau, ia boleh membawa kesan yang buruk pada satu level, tapi boleh bawa satu kesan yang baik, pada satu level yang lain. Kesimpulannya adalah, maksud saya, tidak ada kebenaran yang hakiki tentang stigma ini.

Kalau kat sekolah dulu mungkin betul, kita dididik bahawa kena rajin study untuk dapatkan result yang baik. Namun memandang semula ke masa silam atau masa sekolah ini, saya lihat itu tidak semestinya.  Pertamanya  sebagai intro, saya dulu sekolah asrama penuh di Pekan. Maksudnya, daripada 500 ribu budak sekolah darjah 6, ada 144 orang budak dari Pahang, Selangor dan Johor masuk ke sekolah kami ini. Dan budak yang masuk ke sekolah ini pre-requisite dia adalah 4 A serta score ujian IQ yang tinggi. Maksudnya juga, yang masuk sekolah ini adalah yang dipilih. Dan maksudnya juga, kalau lepas sekolah jadi babi tak sumbang balik pada masyarakat, memang jilake dan masuk api neraka. Sebab gov. spend tinggi untuk 144 orang budak ni, berbeza dengan berapa yang gov. spend untuk budak sekolah harian biasa yang duduk di rumah.

Ok. Since 144 budak pandai ni dah masuk asrama, 5 tahun kemudian selepas SPM, mereka ini melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat univeristi sebelum grad dan menjadi manusia yang sepatutnya berguna kepada negara. So basically mungkin, orang akan fikir bahawa, budak sekolah asrama yang konon pandai ini mestilah rajin gila dan sebab rajin itu maka mereka makin pandai dan score dalam SPM.

Hakikatnya tidak juga.

Di sekolah dulu saya lihat ada 3 golongan budak atau jenis budak. Pertama adalah budak yang memang rajin belajar. Malam masa prep, belajar. Masa petang, belajar, lepas light off (lampu padam tanda boleh tidur dengan tenang), pun sambung belajar. Gila. Ini memang falsafah hidup dia, “study hard untuk masa depan yang cemerlang”.

Satu lagi golongan adalah budak yang memang dah genius. Yang ni masa cikgu ajar dia tidur. Masa prep malam dia tidur. Masa lepas light off, lagi la dia tidur. Tapi belajar pun tapi, score. Yang jenis ni orang kata memang giftedlah. Tak payah usaha lebih, tapi berjaya jugak. Falsafah hidup yang ni adalah, “never study at all tapi masa depan tetap cemerlang”.

Dan yang terakhir adalah jenis yang ikut mood. Time rajin dia belajar, so result dia ok. Tapi kalau dia tak belajar, result dia hancur. Namun begitu, kerana dia tahu dan aware strength dan weakness dia, dia cari jalan macam mana agar time dia malas tapi masih juga berjaya walaupun dia tak berapa genius. Maka lahirlah golongan, “Study smart so masa depan cemerlang jugak”.

Study smart ini sebenarnya adalah golongan yang akhirnya memegang falsafah hidup, “kerja nak sikit, tapi hidup nak kaya” bila dah dewasa ini. Dan melalui pengamatan saya melihat kembali sampel 144 orang budak batch saya, saya dapati bahawa yang rajin gila dulu kat sekolah dan juga yang genius, tidak berapa berjaya dalam hidup sekarang ini. Betul ada yang gagal, tapi majoriti duduk dalam kumpulan M40. Yang Study Smart, rata-rata hidup dalam golongan T20 hari ini.

Harus faham, saya menulis ini bukan nak buat perbandingan sapa lagi bertuah atau sapa lagi hidup mewah, tidak. Tapi saya menulis ini adalah agar, kita tidak mengulangi kesilapan yang sama agar anak2 kita semua nanti jadi manusia berguna dan hidup sebagai golongan T20. Satu lagi, bukanlah nak mengatakan bahawa T20 ni bagus. Tidak. Sebab hidup ini kita bukan mengejar kekayaan. Kita hidup mengejar kebahagiaan. Namun kita perlu ada duit untuk mula mengenal erti kebahagiaan yang sebenar. T20 bukan target kita tapi T20 adalah wajib agar next target kita adalah hidup mencapai “happiness”. Itu bab lain kita bincang. Canne nak happy kalau setiap hujung bulan sakit kepala nak bayar hutang itu ini? Dan ada juga saya tengok T20 yang tak bahagia sebab asyik pening kepala nak cari duit lagi banyak sebab nak maintain lifestyle. Sebab itu saya cakap, kita jangan kejar duit. Biar duit, kejar kita.

So golongan yang study smart ini sebenarnya mereka sentiasa “Hack” life mereka. Mereka ni akan cari jalan macam mana agar apa yang mereka buat, hasil dia bukan sekadar effisien, malah pulangan dia maksimum. Lagi pulak tu, effort yang dibuat tu kalau boleh biar minimum. Sebab kalau buat benda minimum, hasil maksimum, bayangkan kalau buat benda tu gila babi maka hasilnya nanti macam mana pulak?

Benda ini bukan tipu in fact kalau dalam perniagaan, boss akan selalu fikir. Macam mana kita nak cut cost tapi kita nak revenue banyak agar profit tinggi? So orang yang berniaga juga mempunyai mentaliti hacking. Kalau berniaga tidak ada sifat ini, alamat bungkus di tengah jalan. Keluar kos banyak gila tapi hasil hareeeee….

Dulu saya adalah orang yang study hard untuk berjaya di sekolah. Sebab saya bukan seorang yang dilahirkan genius. Namun bila masuk universiti, saya berubah menjadi orang yang berbeza. Instead of study hard, saya study smart. Bila bekerja sama juga. Mula-mula saya kerja gila2 siang malam pagi petang. Tapi sekarang tak macam dulu. Hasil dia memang berbeza. Time saya kerja tak cukup tanah dulu saya tak ada masa untuk diri dan keluarga pun. Tapi time saya kerja secara hack sekarang saya mempunyai masa lebih untuk diri dan keluarga.

So sekarang saya nak implement pulak konsep hack ini dalam training saya. Maksudnya, “training sikit tapi result power”. Power ni bukanlah macam boleh buat marathon SUB2 macam Master Eliud. Agak2 la. Power yang relatif pada diri kita sendiri. Misal kata kalau tak pernah atau struggle nak buat 10K SUB1, tapi bila jumpa cara hack, boleh buat 10K SUB1. Pulak tu tak payah training macam orang lain siang malam pagi petang.

Saya tak sure lagi macam mana namun saya akan study cara hack tersebut dan kongsi dalam blog ini. Secara umumnya, ia bukan tentang mengejar sesuatu, tetapi bagaimana menjadi sesuatu yang mempunyai magnet untuk achieve target. Ini masterplan yang lebih besar dan hacking adalah salah satu subject dalam journey larian ini.

“Kenapa masuk jalan yang sukar kalau jalan yang senang itu ada?” Ini adalah quote yang sangat yesterday. Quote yang sepatutnya adalah, “Jalan yang senang kena datang kepada kita”.

 

 

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *