Training Plan : Bagaimana untuk memilih training plan yang sesuai

Sampai satu tahap dalam journey larian kita, untuk lebih improve dan baik, kita boleh subscribe pada training plan yang sesuai. Masalahnya, ada berjuta lemon training plan diluar sana so yang mana satu kita nak pilih?

Melalui pembacaan saya, dibawah ini saya senaraikan bagaimana untuk membuat keputusan untuk berkomitmen dengan training plan yang paling sesuai untuk kita.

1. Siapa pencipta training plan tersebut
Kita kena tahu background pencipta training plan tersebut. Misalnya, adakah dia seorang runner? Adakah dia ada cert? Adakah dia berpengalaman? Adakah dia sudah level coach? Siapa anak murid dia yang juara? Adakah dia sendiri seorang juara?

Ciri-ciri yang ada pada pencipta training plan ini sedikit sebanyak memberi indikasi kepada kita sama ada training plan yang dicadangkan itu berkualiti atau sekadar di pinggiran. Jika anda rasa yang coach disebalik training plan tu tak berapa nak power, boleh cari training plan yang lain.

Misalnya di dalam Runkeeper, training plan dia ada biography pendek pencipta training plan tersebut.

Screen Shot 2016-01-20 at 1.48.46 PM

2. Kredibiliti brand yang membawa training plan tersebut
Kalau pun tak dapat cari siapa pencipta training plan tersebut, at least, brand yang bawa training plan tu mestilah berwibawa. Sebagai contoh, Nike Plus misalnya. Apps yang memang untuk running, jual barangan running (bukan running sahaja), dan mempunyai training plan untuk runners. Takkanlah kita nak sangsi dengan Nike pula? Lainlah kalau training plan ini dibawakan oleh Dato Vida Qu Puteh. Agak something wrong disitu.

Macam Runkeeper juga. Kalau malas nak baca biografi coach yang suggest training plan itu, by right training plan yang dia suggest itu mestilah bukan yang biasa-biasa. Mestilah Runkeeper dah select atau pilih atau shortlisted coach yang boleh bagi training plan yang power.

3. Tempoh training plan
Kena check sama ada tempoh training plan ini logik atau tidak. Misal kata kalau training plan ini offer 4 minggu training untuk 42K, agak gila dan tak logik. Sebabnya takkan 4 minggu training boleh lari untuk 42K?

Training plan yang baik mesti memberi durasi atau tempoh yang logik diterima akal dan juga adaptive bagi diri seseorang runner. Biasanya tempoh bergantung juga kepada level runner misalnya nubis atau pro.

Logik akal, tempoh yang lebih lama dan panjang adalah untuk pelari yang nubis manakala yang pendek sikit dari panjang tu biasanya untuk yang dah lari jauh. Sebabnya, tempoh yang lama memberikan peluang kepada runner untuk bebas injury. Kalau train gila sangat, injured, then what is the point of having training plan?

4. Minggu pertama training plan
Jumlah jarak larian setiap minggu adalah berbeza. Kebanyakkannya bertambah dari minggu ke minggu. So bila nak pilih training plan, jangan pilih plan yang mengejut jiwa dan jasmani. Kalau biasa kita lari seminggu 25 KM, jangan gatal nak ambil training plan yang offer minggu pertama tu dah 40 KM.

Ini adalah kerana, mulakan training plan dengan distance yang kita boleh terima dulu dan sikit demi sikit, distance ini bertambah. Pertambahan mengejut atau mendadak boleh menyebabkan injury pada jasmani dan juga injury pada jiwa. Kalau tak biasa lari jauh, tiba-tiba kena lari jauh, mulalah menyirap dan malas. At the end of the day, training plan itu membunuh kita. LETIH BOH LETIHHH!!!

5. Kena dengan gaya hidup kita
Kita ni, sibuk ke banyak time free? Ada masa ke takda masa? Ke hujung minggu je baru free? So memilih training plan pun kena tengok juga kalau terlalu tense, boleh jadi last sekali kita tak habiskan pun training plan ini. Ada training plan yang kena lari seminggu 6 kali + 1 hari rehat. Ada yang 5 kali seminggu + 1 hari rehat + 1 hari cross training. Mungkin ada training plan yang selang-selang hari tapi saya tak pernah pulak jumpa.

Anyway, subscribe dengan yang fleksible dengan gaya hidup kita.

6. Harga training plan tersebut
Ada yang percuma, ada yang kena bayar. Ada yang kena subscribe premium baru dapat browse training plan. Pokok pangkalnya kalau pandai cari boleh jumpa yang baik.

Saya selalu percaya if you pay peanut you get monkey. So tidak mengapa spend sikit asalkan benda yang kita dapat itu berbaloi dan betul-betul worth untuk kita.

Namun begitu, tidak semestinya yang percuma itu teruk dan yang berbayar itu bagus. Kena pandai pilih.

7. Bagaimana menjalani training plan tersebut
Zaman dulu mungkin training plan ini duduk dalam catatan jadual sehelai kertas besar yang ditampal di rumah. Sebelum lari keluar, tengok, dan balik rumah lepas lari tanda. Namun zaman sudah berubah. Ada praktikaliti yang beyond kertas tidak boleh beri apa yang apps boleh beri.

Jika training plan itu duduk dalam apps, maka sepatutnya apps ini mesti bantu seorang runner untuk berdisiplin dengan training plan tersebut. Misalnya ada reminder setiap hari. Ada notification beritahu yang HOI Hari ni kau kena lari atau ucapan sedap telinga dengar macam TAHNIAH U dah lari today.

Kadangkala gesture kecil sebegini boleh membantu runner untuk teruskan larian. Berkomitmen dengan training plan bukan sehari dua. Berbelas minggu kut.

Kesimpulan
Saya cadangkan ambil training plan yang percuma dulu daripada brand yang besar. Bila dah cuba dan tengok hasilnya. Sampai satu tahap, mungkin baru berbaloi invest untuk beli training plan yang lebih baik. Sampai satu tahap lagi, mugkin kita perlu direct coaching.

Di dalam hidup ini semua benda boleh jadi guru kita. Internet boleh jadi guru kita. Burung yang terbang pun boleh jadi guru kita. Namun adakah guru-guru alam ini boleh menjadikan kita student yang cemerlang atau sekadar menjadikan kita student yang sekadar student?

Luke Skywalker memerlukan seorang Yoda untuk menjadi Jedi yang power. Hanya melalui ini Luke sebati dan faham sebenar faham bagaimana hakikat kebenaran The Force. Yoda telah melengkapkan dimensi akal dan batin Luke dan mempersiapkan Luke menghadapi dan mendalami peranan sebagai seorang Luke Skywalker. Tanpa Yoda, Luke hanyalah seorang Jedi yang bermata tapi tidak melihat dengan hati.

Training plan adalah satu permulaan yang baik saya kira tapi tetap suatu hari nanti, seorang runner yang betul-betul mahu pergi jauh dalam alam larian ini, memerlukan seorang yoda yang berkasut lari.

a73dba34651960ad105fe431d2ac77db

Kongsi di :

Comment 1

  1. Pingback: Persediaan untuk larian yang lebih pantas | Asia Fitness Today

Comments are closed.