Training : Strava December MTS

Screen Shot 2014-12-09 at 8.05.04 PM

Masuk ni dah 4 kali saya join 10K Strava Race so saya rasa dah tibalah masa pulak untuk cuba Strava Monthly Training Series. Challenges dia senang sahaja (yelah tu), dalam bulan December ini (untuk December MTS), larilah seberapa banyak KM yang anda mampu.

Terbuka setiap bulan, MTS ada 5 milestone untuk dicapai.

1. 40KM
2. 80KM
3. 120KM
4. 160KM
5. 200KM

Ok. Kalau ikut jumlah KM yang saya pernah lari setakat ini, paling jauh adalah pada bulan September hari itu iaitu 80 KM lebih. So untuk MTS December ini saya target untuk capai paling busuklah adalah 100KM. Ini adalah kerana bulan December bakal didatangi dengan cuti yang banyak, so confirm saya tak boleh lari tiap-tiap hari. Malah juga, bulan ini saya akan keluar negara atas urusan kerja. Lagipun dah akhir tahun dah ni so dah takde race nak masuk dah. Dan juga sebagai persiapan awal untuk NIKE 21KM next year.

SO target 100KM adalah yang paling munasabah dan kalau boleh, seperti biasa, mesti listing first page dalam Strava. Good Luck pada diri sendiri. Harap tak patah kaki.



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_