Training : Strava March MTS Pt 3

Screen Shot 2015-04-01 at 1.12.48 AM

Bulan March telah menutup tirai. Saya akhirnya telah membenarkan diri saya mengalami ketewasan dengan pelari kacak bernama En. Remin. Sejujurnya En. Remin dulu sekali ngaji dengan saya di sebuah sekolah pondok di Cyberjaya. Maka dikesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada En.Remin tahniah kerana akhirnya berjaya menghabiskan MTS March dengan begitu bergaya sekali. Larian beliau di tepi sawah 10K sangat mempersonakan. Saya curik gambar ig beliau dan abadikan di sini buat inspirasi semua. Saya suka gambar ini sebab mengingatkan saya sebuah kisah sirijalanlurus.

ip2tT-2N3SJSL-sTcVj0ds05Q1KkNYZ_fJHVq1NZo_k-768x721

Dan larian goodbye March beliau sangat fotogenik. Ini yang buat saya marah! Weh aku tau la hang photographer, hang nak cuba instagramkan Strava nih 😀 (Tapi tobat memang lawa pic ni. Ini baru photographer sejati.)

xk_Xo80ZYx4timjj9uaBsSgRe4g_LRMlJk_GRDCR7wc-768x697

TAPI, ada satu pepatah melayu kuno yang En. Remin perlu tahu : HERO KALAH DULU. Kita lihat bulan April bagaimana kebangkitan Harimau Malaya Berlari (dengan) Sebuah Kitab. Awas. Jangan gembira sangat tinggalkan saya. Kata P.Ramlee, “saat yang bahagia datang sekejap saja” Keh keh keh keh.

Screen Shot 2015-04-01 at 1.24.29 AM

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Comment 1

Comments are closed.