Treadmill Pt 9 : Convert speed kepada pace

Treadmill melentik saya pada screennya tidak memaparkan langsung berapa pace larian yang sedang saya lari. Lalu setakat ini, untuk lari dalam pace yang tertentu, saya hanya berpandukan kepada jam.

Now, apabila saya mula training plan yang lebih detail, mengetahui pace larian adalah sangat penting. Ada beberapa cara sebenarnya boleh buat esp. kalau guna jam namun yang saya nak tengok hari ini adalah bagaimana nak tahu berpandukan screen yang tidak ada pace.

Ini adalah kerana kalau guna jam, kita kena toleh dan angkat tangan untuk lihat. Kalau malas, boleh set dalam jam berapa pace dan jam akan bunyi kalau pace terlebih atau laju. Tapi kalau malas juga macam saya iaitu malas nak set pace dalam jam, kena guna cara lain iaitu macam mana screen treadmill yang tade pace, boleh jadi ada pace.

Sebelum itu, mari siasat apakat value atau data yang dipaparkan pada treadmill melentik saya. Melalui gambar yang baru diambil tadi, didapati bahawa,

a. 0:52 – catatan masa
b. 5.48 – distance, berapa km dah lari
c. 398 – kalori
d. 191 – TOT, sesuatu yang sangat misteri tapi bukan hantu atau jin, boleh dilihat tetapi kita tak tahu apa kejadah benda ni

dan akhir,

e. 2.4 k – speed

Untuk menyelesaikan masalah pace ini, saya rasa macam nak kena guna calculator yang convert pace kepada speed. Boleh google pace to speed calculator / converter. Ini contoh screenshot calculator, boleh tengok sini.

Melalui calculator ini, diketahui bahawa, speed 10 k adalah pace 6:00

Now, rupanya sifat malas saya telah membawa kepada penemuan baru yang lebih epik kemalasannya. Instead of nak guna calculator which is kena ada effort nak masukkan data bagai, kita terus sahaja tengok table yang dah ada tulis semua pace dan speed yang popular. ( tiba2 bangga menjadi malas ). Ini saya jumpa disini.

Saya telah menjumpai rumus kaitan antara pace dan speed. Maknanya kalau kita punya level matematik masih cekap macam zaman sekolah dulu, instead of semua cara diatas, kita boleh hafal rumus dibawah ni dan calculate masa kita tengah lari.

Malangnya otak saya tak cekap dah macam dulu sebab nak kira 10 + 15 pun dah level pakai calculator iPhone, so, saya paparkan rumus dibawah ni sebagai satu hiasan dalam posting ini.

Pace = Time / Distance

Speed = Distance / Time

Tapi bila saya tengok balik carta kat atas tu saya dapati yang carta atau table tersebut dibuat untuk comparison dengan full marathon. Maksudnya, pace paling laju dia tulis adalah 6:00. So tidak ada pace lebih kecil dari pace 6. Yang saya nak tahu adalah kalau lari pace 5:30, berapa speed dia?

Carian saya untuk table2 lain menemui jalan buntu sebab table lain terlalu complicated dan terlalu banyak info, dimana kalau nak screenshot masuk sini untuk rujukan akan datang agak tak serve the purpose. Sebab table lain yang saya jumpa gila detail dan dia punya pertambahan nilai tu satu persatu. Bila nak sampai pace 5:30 nya?


dan seterusnya….

So last sekali cerita dia, saya kena buat table sendiri, sama ada guna calculator, atau copy paste terus. Jilake. Ingatkan bagus jadi malas ni rupanya kena rajin dulu baru boleh malas kemudian hari.

OK.

Ini hasil dia.

Benda ni kalau print tepek kat sebelah treadmill ok gak kan? Tapi untuk training saya ke arah 5K SUB25 kari ni saya ingat 3 tu je la. Yang hijau. 10, 11, 12.

Oh ya. By the way hari tu saya ada janji nak tulis 100 km lepas lari atas treadmill kan? To date saya dah lari 133 km dah atas treadmill ni. Nantilah saya tulis bebila rajin. Malas lak hari ni.

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *