Treadmill Pt 1 : Apakah treadmill terbaik dunia?

OK. Bila saya dah decide untuk lariansebuahkitab 2.0 ni antara milestone pertama adalah membeli treadmill. 3 faktor yang saya rasa dah tiba masanya saya ada treadmill adalah pertama, saya boleh lari dalam rumah sambil anak-anak tengok tv. Maka tak adalah kesian kat depa ni dah la Aboh selalu tade rumah, nak training lari lagi canne?

Kedua, bila ada treadmill, saya boleh training bila saya nak. Tengah hujan pun boleh lari. Siang panas terik ke malam tak kisah. So lantak saya la.

Dan last sekali, saya boleh lari tak pakai baju. Best kut. Pakai seluar ngan kasut je. Kalau lari kat luar segan bro badan keping. Tapi takdela saya nak lari bogel ok. Gila. Muntah hijau beb.

Kiranya faktor saya beli treadmill ni adalah pertama kerana faktor keluarga dan kedua adalah faktor perangai saya yang susah nak coupe dengan weather dan culture.

BTW, dah bertahun lari sampai ke Tokyo baru nak beli treadmill = siapa kata nak lari kena ada treadmill?. Maka, masa MCO hari tu, saya pun beli seekor treadmill.

Tapi sebelum itu, ini sedikit kajian bagaimana membeli treadmill terbaik dunia.

Pertama sekali saya rasa untuk mengetahui treadmill terbaik dunia adalah dengan melihat marathoner terbaik dunia pakai treadmill apa. So, first, saya cari Mo Farah pakai treadmill apa.

Ini gambar dari IG dia.

mofarah_treadmill

Dari tepi macam tak sure brand apa. Tapi bila saya tengok lagi di IG dia, ada gambar yang tunjuk brand apa. Brand, woodway.

mofarah_treadmill02

So kita pergi ke website Woodway, tengok jenis apa. Saya rasa 4front. Ini link dia.

Screenshot 2020-07-01 at 10.25.32 PM

Ini video treadmill 4front woodway.

Now next, kita usha lak, berapa rege treadmill ni. So saya jumpa ni. Fakin hell bila baca 4front ni adalah bentley for treadmill. USD11,135 atau MYR 50,614.00. AC Mizal boleh la beli treadmill ni sebab dia pakai bentley.

Screenshot 2020-07-01 at 10.29.38 PM

Walaupun katakanlah kita ada RM50K nak spend beli treadmill sebab nak sama dengan Mo Farah, adakah kita boleh beli treadmill ni? Sepencarian saya, macam tak masuk Malaysia. Tatau la kalau tak jumpa. Kalau anda tau boleh bagitau saya. Saya pun tak cari beria sebab tengok harga pun dah rasa cam seram.

OK. Selain Mo ada sorang lagi yang saya tanim tanim : Abang Eliud yang lari FM sub 2 tu pakai treadmill apa?

Nampak macam dia tak berapa minat nak ada treadmill ni dari berita ni dia bagitau yang first time Abang Eliud lari atas treadmill masa lab test untuk projek sub 2 Nike. Baca sini untuk detail. So maybe Abang Eliud tak suka lari sorang-sorang sebab dia ramai kawan kat kampung dia tu berbanding Mo Farah yang macam yang training solo.

Screenshot 2020-07-01 at 10.38.26 PM

Screenshot 2020-07-01 at 10.42.51 PM

OK. Bab ni bersambung seterusnya nanti.

BACAAN BERKAITAN POST INI

 Treadmill Pt 1 : Apakah treadmill terbaik dunia?
 Treadmill Pt 2 : Apakah ciri-ciri treadmill terbaik dunia?
 Treadmill Pt 3 : Treadmill pilihan saya
 Treadmill Pt 4 : Treadmill yang memilih saya
 Treadmill Pt 5 : Curved Treadmill
 Treadmill Pt 6 : Contoh workout yang boleh dibuat atas Curved Treadmill
 Treadmill Pt 7 : Option Curved Treadmill yang ada
 Treadmill Pt 8 : Treadmill sampai rumah

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *