Treadmill Pt 11: Treadmill integrate dengan spotify

Saya baru perasan yang treadmill melentik saya ada feature baru. Saya rasa feature ni tak ada lagi pada mana-mana treadmill lain dalam dunia. Rupa-rupanya, treadmill saya boleh integrate dengan spotify. Bila saya lari atas dia, ada bunyi lagu yang loop.

Itu adalah anggapan saya pada pertama kali bila dengar lagu atau muzik loop ini. Tapi bila saya dengar betul-betul, jilake, ini bukan lagu dari spotify, ini bunyi panggilan servis.

Ya, bukan lagu spotify yang dia mainkan tapi bunyi loop yang memanggil kedatangan servis. Prengggghhh……. (sepi)…… Prengggghhh…… (sepi) x unlimitedly @no recovery. Cheh. Macam speedwork pulak.

By the way, anda boleh rujuk video dibawah ini.

So apa abiang buat?

Saya wassap Mr. Azlan brader yang saya deal untuk beli treadmill ni, brader ni kendian bagi url kepada satu web support. So kat web tu, www.impulsefitness.asia/support, saya masukkan report amenda yang berlaku. Tapi saya tak tulis la pasal feature spotify.

Now, keesokan harinya (saya wassap Mr. Azlan malam), team impulsefitness terus call saya tapi waktu tu saya tengah tidur lagi. Maka depa kendian wassap saya. Bila saya terjaga dari mimpi alam fana, saya pun communicate dengan depa. Saya hantar video sekali lagi, basically cerita dia treadmill dah kena service.

Depa kendian bagitau yang depa nak kena tengok schedule, so oklah. Tak lama lepas tu depa call balik tanya saya bila boleh depa datang. Saya arrange date, then saya tanya berapa sedap kena ni? Depa kabo, free sebab servis masih dalam warranty. Depa ada terangkan amenda ntah saya tak leh nak recall sebab waktu tu saya tengah fikir benda lain yang saya pun tak boleh recall apa sekarang ni. Gila dah tua.

Dipendekkan cerita, next week depa datang dan cuma ada charge milage nak datang rumah je dalam RM80. Oklah tu. Semua nak free sedap la idup.

Jap, bukan ke treadmill ni baru beli ke dah nak kena servis?

Saya beli masa MCO hari tu tak silap bulan 4 atau bulan 5. Masa bulan puasa. So saya rasa agak jugaklah penggunaan treadmill ni sebab MCO mana boleh lari luo ghumah dik.

Ni dah berapa KM atas treadmill ni sampai kena servis?

Saya check kat Strava saya, didapati, saya dah lari dalam 250 km atas treadmill ni sejak beli. Ini tak tambah dengan berapa km yang orang rumah saya pulak lari, so saya estimate maybe treadmill ni dah pergi dalam 350 ke 400 km.

Kalau ikut Suunto Apps, saya dah lari atas treadmill ni 61 kali.

Kesimpulan

Service impulse ni saya kira agak laju jugaklah dan depa memang macam jaga client tu agak baik dan bagus. Cumanya dekat website depa tu masa nak submit takde field location treadmill dekat rumah. Semua dekat gym. Tapi oklah sebab ada field nak bubuh explanation dan ada field untuk upload video. Any ini small matters. No big deal. Saja kabo sebab dulu saya web designer so tendency nak bagi cadangan unntuk improve website tu dah by nature.

Tengok canne next week ni depa datang. Saya pun nak tau jugak servis apa tu. Rasa cam depa tambah minyak la kut dekat tayar kereta kebal tu. Mebi la….. memula saya ingat ada mainan anak saya tersangkut kat bawah dia. Sib baik bukan.

Anyway… treadmill yang kita pijak pun kena servis, dah kita yang lari ni apa tah lagi. So jangan lupa, sebulan sekali ke dua bulan sekali ke, panggil la sport masseur datang ghumah atau pi centre dia urut apa yang patut. Badan nak pakai lama dik.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *