Disebabkan treadmill Mo Farah agak laham alig (mahal gila), dan Abang Eliud menyampah dengan latihan atas treadmill, so saya rasa saya terpaksa decide sendiri treadmill yang macam mana saya nak beli. Maka untuk itu, saya mula membuat penyiasatan dengan bertanya kepada seorang kawan larian saya yang telah pun mempunyai treadmill di rumah beliau.
Sembang punya sembang, last sekali beliau bagi saya satu nombor ni iaitu seorang brader yang menjual treadmill yang pelbagai. Tapi sebelum nak pergi ke cerita brader ni, saya ada layan video-video pengenalan tentang treadmill atau panduan how to buy which one. Daripada semua video yang saya tengok, kesimpulan dia adalah begini. Saya susun step by step apa benda yang kita nak cari. Maksud saya, faktor dia la.
1. Harga
Sebelum nak beli yang paling penting adalah bajet. Berapa duit yang kita sanggup nak spend. So kalau kita sanggup nak spend 10K, cari la area 10K. Kalau rasa membazir ada treadmill ni takut last sekali jadi tukun kat rumah, tak payah lah spend banyak-banyak sangat.
2. Size
Size sangat penting bagi saya sebab ada treadmill besar, ada yang kecik. So bila kita nak decide pasal SIZE treadmill yang kita nak beli, dia ada kaitan dengan faktor seterusnya.
3. Space
Kat mana kita nak letak treadmill kita ni kat rumah nanti? Atas katil? Dalam bilik dobi? Ruang tamu? So decide dulu kat mana nak letak, dan dengan adanya ruang yang specific ni baru kita boleh adjust dengan size treadmill yang kita nak beli.
4. Portability
Kalau space limited kat rumah, boleh tengok treadmill yang mudah alih. Maksudnya dia boleh lipat simpan bawah sofa. Tapi kalau yang bagak macam anak gajah tu memang tak tertolak kita sorang-sorang. Boleh check juga ada roda ke tidak biasa dia bukan 4 roda, tapi salah satu side dia ada roda so boleh angkat dan tolak.
5. Spesifikasi
Now, apa tujuan anda nak beli treadmill? Of course la untuk latihan larian. Tapi how far latihan anda itu? Hanya untuk latihan fun run ke. Atau sebab nak kuruskan pinggang supaya ramping ke, atau intense running ala Mo Farah? Maka SPESIFIKASI sangat penting. 7 benda saya rasa paling penting nak kena tahu tentang SPESIFIKASI ini adalah,
a. Motor Power : Ini adalah nak tengok treadmill ni boleh tahan kuat ke tidak. 1.25 HP dikira lower end. 1.75 HP – 2.0 HP untuk slow jog. Average runner at least 2.5 HP. Kalau 3.0 HP keatas, maksud dia treadmill ni untuk lenjan. Meaning kalau anda memang runner libas angin, go for this. Kalau takat anda lari santai lantak la yang penting aku enjoy takyah cari treadmill motor power dia tinggi pun. Membazir.
b. Speed Range : Speed treadmill kalau 20 km/h dah consider gila. Runner cam kita ni yang kadang-kadang sakit lutut 16 km/h speed dia dah cukup sangat dah. Tu pun kira laju la sebab kalau boleh buat 10K sub 1, sebenarnya matematik dia 10 km/h.
c. Running Surface : Lebar kawasan kita nak lari. Kalau kecik, nanti susah lari cam terkemut-kemut sebab sempit. Ada potensi tengah lari terpijak tepi. Sangat penting nak tahu kalau kaki kita size kaki dinosour. 16 inch kira kecik sesuai untuk jalan dan kalau 22 inch kira dah cun untuk lari.
d. Incline : Treadmill ni ada setting macam naik bukit ke tak. Berapa % dia boleh naik, so lagi tinggi lagi bagus sebab lagi membukit cerita dia. FYI, training naik bukit ni bagus untuk improve larian. 10% – 15% dah ok. 40% gila babi. Ada juga setting decline tapi rasa ni dah mengada.
e. Belt Thickness : Berapa tebal tayar keta kebal yang kita nak pijak tu. Kalau nipis nanti macam lari atas tikar mengkuang pulak. Rasa kasar. Better tebal sikit so lari sedap at least macam pijak tanah kat luar itu bagus. Ini sebenarnya bagus kalau sebelum beli pergi try pijak tengok feel sebenar macam mana.
f. Max user weight : Berapa berat punya kilo treadmill ni boleh tanggung sebelum reban. So kena check berat badan anda, then tengok treadmill ni boleh tampung ke tak. Consider juga treadmill ni kalau kat rumah hanya anda seorang sahaja yang nak lari atau bini anda pun nak join sama. Maaf bukan nak cakap bini kita gemuk ya jangan salah faham lak.
g. Console : Console ni bagi saya terpulang pada anda nak yang gempak gila ke touch screen ke boleh main video ke ada 18 juta program ke size 55 inch ke, tapi kalau tanya saya, sebab saya dah tua dan malas pikir banyak serta serabut nak tengok screen, console pilihan saya cukup ada 3 benda je. Time (tempoh larian kita), Speed (kelajuan larian kita) Distance (berapa jauh kita dah lari).
6. Warranty
Ini penting sebab melalui warranty, kita boleh agak treadmill ni bagus ke tak. Kalau warranty 3 bulan ada kemungkinan treadmill ni tak berapa nak kualiti. Kalau warranty life time, treadmill ni memang power sebab yang keluokan dia tu yakin hebat.
Warranty pulak nak kena tengok sebab kadang-kadang dia berbeza ikut parts treadmill tu contohnya warranty motor lain, warranty belt lain.
7. Benda lain yang macam kecik tapi ada impak besar
Benda-benda lain yang nak kena tengok saya rasa adalah overall design dia. Suka tak tengok dari jauh ke lama-lama menyampah. Ini benda paling penting bagi saya sebab saya ni kebetulan dulu designer maka benda nak beli first rupa mesti hansamu. Misal kata, takkan nak beli treadmill yang warna dia pink. Watdehell.
Kedua, tempat nak letak barang kat treadmill tu. Paling bangang harap ada tempat letak iPhone dan juga botol air. 10 markah lebih kalau boleh letak iPad so later boleh layan movie. Atau satu lagi boleh letak buku ke sebab mana tau nak baca buku masa lari.
Next, sebab treadmill ni dalam rumah, so nanti mesti panas. Ada kipas built in tak, tapi ni tak penting sangat sebab kalau rumah ada air cond ok. Kalau tak pun beli je kipas stand tu lagi besar dan lagi make sense dari kipas built ini yang saya rasa speed dia macam kipas pc je nanti.
Seterusnya ada port USB ke tidak. Sebab sambil lari boleh charge hp. Tapi saya rasa ni mengada.
Last sekali. Ada treadmill yang boleh bercakap. Dia bukan bersembang dengan kita tapi dia bagitau kita heart rate kita berapa. Ni sesuai untuk anda kalau jam larian anda takde heart rate monitor cam swatch ke…………..
So harap posting ni dapat membantu anda untuk membeli treadmill idaman.
KESIMPULAN
Basically bagi saya, treadmill terbaik di dunia ni no 1 mestilah yang Mo Farah pakai. Yelah champion mesti pakai barang champion. Dan kalau tak dapat yang tu, yang kedua terbaik di dunia adalah yang kita tahu kita beli sebab apa, dan meet the purpose serta sesuai untuk kita. Yelah. In another note, kita bukan champion pun sampai nak pakai treadmill cam Mo Farah agak-agak la brader. Anak tokey kapal laut ke kita ni?
Tapi hari tu masa saya beli, satu benda yang paling penting saya tanya sebelum lain-lain soalan tentang spec, features etc, adalah ini :
“Bro boleh hantar ke rumah tak sebab MCO ni? Kalau boleh saya angkat tapi kalau lepas MCO baru delivery tak jadi la bro….”