Kawan kepada kawan saya yang saya sembang pasal treadmill ini iaitu brader yang jual treadmill ni mula saya hubungi. Kami berbual melalui whatsapp sebab masa tu bulan puasa so kalau bercakap banyak sangat kan habis tenaga.
Setelah bertanya macam-macam, akhirnya brader tu nasihat untuk saya beli treadmill ini.
Brand : Impulse
Model : AC2990
Kategori : Commercial
Harga : RM10.5 K
Untuk detail spec treadmill ini boleh tengok disini. Tapi kalau malas baca boleh tengok video ni.
Kesimpulan treadmill ni dalam satu ayat pendek adalah, “just nice untuk serious runner training di rumah, versatile untuk long hours running atau sprinting”. Ini brader tu cakap kat saya la. Ini pula video treadmill ini dengan anggaran size orang yang saya cari kat utube.
Saya pun macam, oklah kalau pakar dah nasihat beli yang ni based on requirement saya, namun begitu tiba-tiba ada pulak satu hal yang tak berapa mudah nak solve kalau saya beli treadmill ni.
Basically saya nak letak treadmill ni kat tingkat 3 rumah saya. So nak kena bawa naik atas agak berat jugak. Tapi ini tak menjadi masalah sebab brader tu cakap ramai orang yang akan angkat naik atas.
Cumanya sebab Motor Power treadmill ni agak tinggi which is 3 HP (maks 4.5 HP), so jumlah eletrik yang treadmill ni nak makan agak tinggi. Kebetulan tingkat 3 rumah saya tu supply power dia kurang malahan tak ada DB Box. So nak kena panggil wireman untuk adjust supply elektrik kat atas tu la pulak. Cable yang nak supply elektrik ni kena tukar sebab tak sama dengan cable biasa yang kat rumah menurut kata wireman. Dia kena pakai cable besar 4 mm. Kejadah pulak. Ada pulak kemungkinan nak kena tebuk dinding.
Dan bukan itu saja masalah dia. Pulak tu sebab MCO, wireman nak kena check sama ada boleh keluar untuk buat kerja atau tidak. Wireman saya Mr. Liew ni bagitau dia tanak duduk dalam jel.
Pikir punya pikir, last-last brader treadmill ni suggest saya beli treadmill yang lain yang lebih sesuai. Yang tu kita sambung next posting.