Treadmill Pt 4 : Treadmill yang memilih saya

Dalam cerita House of Card yang Kevin Spicey berlakon tu ada satu scene dia work out di rumah. Mesin workout dia tu manual, tidak ada motor. Menatang ni nama dia Rowing Machine. Ini gambar scene tu.

BN-NK192_EQUIP0_H_20160405111559

Haa… mesti mata anda first sekali tengok muka Kevin Spicey kan instead of cari mana menatang rowing tu? Tu yang bawah macam tong air tu. Takpe. Ada gambar lain yang lebih jelas.

Ini adalah gambar machine tu dari tepi. Nama sebenar dia WaterRower. Ini website dia.

BN-NK193_EQUIP0_H_20160405111559

Haaa… mata tengok mana kali ni? Tepat tak?  😀

Ok gurau je, ini adalah video dia. Boring skit la video ni :D.

Tapi lepas tengok semua ni menatang ni kalau ada kat rumah macam best gak boleh training “mendayung”.

OK. Selingan.

Berbalik pada treadmill yang akhirnya menjadi ahli keluarga kami. Ini gambar dia.

archean_act06_commercial_curve_treadmill_selangor_1568945894_59760ed8b_progressive-1

Brand : ARCHEAN
Model : ACT06 Curve Treadmill
Kategori : Commercial
Harga : RM8.5 K (promo kalau tak 12K)

Apa kejadah pulak treadmill ni melentik???? Lama sangat kena jemur kat luo kilang ke effect panas matahari sampai melengkung jadi? Haaaa…. ini kisah dia.

Disebabkan treadmill yang first tu banyak sangat songeh dia sampai nak kena buat wiring bagai, last sekali brader tu bagi saya option yang paling bijak laksana, terus tak pakai elektrik. Maksud dia, treadmill ni tidak ada motor, maka HP dia adalah HP asal tenaga asli kita sebagai manusia.

Bila treadmill ni takde motor, maka tak payah ada eletrik. Bila tak pakai letrik, sudah jimat bil api. Bila tak ada motor, tak ada kos maintenance. Nak gerakkan treadmill ni kita kena bergerak atas dia. Maksud dia untuk lari atas treadmill ni perlukan certain level of fitness sebab kalau tidak sayur atas treadmill ni. Yelah, kena lari baru berpusing. Kalau berenti lari, brenti la berpusing treadmill ni. Hasil dia, treadmill ni bakar lebih banyak kalori.

Disebabkan treadmill ni hanya berpusing atau bergerak kalau kita bergerak, maka ia mengurangkan risiko injury waktu lari. Scene tersembam atas treadmill takkan ada dengan treadmill melentik ni.

Ini video dia. Yang explained tu adalah brader yang jual kat saya nama dia Mr. Azlan. Lengan dia mantap gak tu kalau kena swing boleh demam.

Saya deal dengan Mr. Azlan ni memang senang gila. Dia pulak tade nak push-push suh beli ke apa, very the gentleman and professional. Segala persoalan saya dia jawab dengan hikmah dan bijaksana. Kira puas hati la beli dari dia. Tak menyesal satu sen pun.

Transfer duit ke dia through online banking, then screenshot antar kat dia, esoknya dia settlekan delivery. Kos delivery adalah RM350 atau RM300 saya lupa. Kalau anda minat nak beli treadmill yang jimat letrik dan treadmill yang benar-benar paksa kita untuk berlari, boleh contact Mr. Azlan di 0133424956. Kalau call dia kirim salam.

Oh ya. Mr. Azlan bukan sekadar jual treadmill. Banyak alat-alat nak membesarkan lengan dan dada. dan seumpama dengannya. Kalau minat nak setup gym kecik kat rumah boleh consult dengan Mr. Azlan dulu. Menjelang umo 41 ni saya tersedar satu benda. “True wealth is health.” Kalau dalam account ada duit 8.5 j USD Doll pun tak guna kalau tak sihat bai.

Ok, next posting saya akan kongsikan apa kebaikan curved treadmill ni secara detail.

BACAAN BERKAITAN POST INI

 Treadmill Pt 1 : Apakah treadmill terbaik dunia?
 Treadmill Pt 2 : Apakah ciri-ciri treadmill terbaik dunia?
 Treadmill Pt 3 : Treadmill pilihan saya
 Treadmill Pt 4 : Treadmill yang memilih saya
 Treadmill Pt 5 : Curved Treadmill
 Treadmill Pt 6 : Contoh workout yang boleh dibuat atas Curved Treadmill
 Treadmill Pt 7 : Option Curved Treadmill yang ada
 Treadmill Pt 8 : Treadmill sampai rumah

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *