Treadmill Pt 5 : Curved Treadmill

Curved treadmill atau non motorised treadmill adalah treadmill manual yang tidak menggunakan motor. Maka tak perlu nak plug in kerana elektrik tidak diperlukan. Boleh rujuk posting sebelum ini untuk mukadimmah awal.

archean_act06_commercial_curve_treadmill_selangor_1568945894_59760ed8b_progressive-1

1. Bergerak hanya kalau kita bergerak

Basically oleh kerana tidak ada motor, treadmill ni bergerak atas kapasiti pergerakan kita sama ada berjalan atau berlari. Kalau kita stop gerak, treadmill ini akan stop. Kalau kita sprint tiba-tiba dia akan laju. Kalau kita slow tiba-tiba, dia akan slow. Ia adalah replication sebenar cara larian di luar. “We don’t use machine, we are the machine”. 

2. Stride larian yang lebih sempurna

Dikatakan melalui bentuk treadmill yang melentik atau melengkung ini memberikan ruang yang lebih natural untuk stride larian kita yang lebih proper lalu membentuk form yang lebih baik. Tak pastilah ini betul ke tidak sebab kalau ikut logik kita berjalan bukan atas surface melengkung.

3. Kelajuan melalui pijakan kaki di lengkungan

Kalau kita lari atas angle lengkung itu belt akan lebih laju bergerak manakala kalau kita lari kat tengah-tengah maka belt akan slow sikit. Ini sebab angle saya rasa. Size permukaan treadmill curved yang saya beli tu agak lebar jugak.

4. Kurang risiko sakit lutut dan pinggang

Dan juga dengan kelentikan treadmill ni, dia melatih kita untuk lari pakai tapak kaki secara sempurna lalu mengurangkan daya hentakan yang menyebabkan sakit lutut, seterusnya naik ke pinggang. So bagus dia kurang cedera la dan sangat bagus untuk orang tua macam saya yang sakit lutut ni.

5. Tiada pre program software

Namun begitu bukan semua benda perfect sebab ada bahagian yang kurang dia. Misalnya treadmill curved ini console dia sangat minimal. Dia cuma ada speed, distance, time dan calories sahaja. Which mean, tidak ada program2 yang tertentu kalau anda mat program. Tapi dari satu side pada saya ia bagus sebab tak payah pening kepala nak tekan apa. Semua program atau training plan manual la dalam kepala atau tulis kat kertas tampal kat dinding. Baru la retro. Cuma kalau nak buat interval ke apa semua kena tahu sendiri la.

6. Kurang effect bukit

In term of inlcline, dia sangat rendah 6 – 8%. Tapi ada tombol kat tepi tu so kita boleh adjust paling ketat. Agak berusaha nak jalan atas mode ketat ni. Ketat muka. Boleh cuba try lari mode ketat ni memang esok kalau kat race rasa ringan la.

7. Lebih effisien dalam latihan

Dikatakan juga adalah lebih cepat letih dan lebih banyak menggunakan tenaga bila berlari atas treadmill curved ini sebab kita yang gerakkan treadmill ini. Berbanding treadmill flat, motor tu bergerak dulu baru kita bergerak. Yang ni kita kena bergerak dulu baru dia bergerak.

Cumanya kalau nak kumpul step pakai treadmill ni boleh lupakan. Sebab step dia lagi sikit sebab kita cepat letih, mana daya nak lagi banyak step. Dikatakan juga curved treadmill guna lebih banyak muscle group berbanding yang flat : hamstring, glutes dan core.

8. Lebih banyak bakar lemak dan kalori

Kerana dikatakan lebih effisien, maka interm of pembakaran kalori, dikatakan lebih 30% dari treadmill biasa (melalui study).

9. Lebih selamat

Disebabkan ia berhenti bila kita berhenti, maka risiko accident atas treadmill almost zero melainkan anda memang bernasib malang.

10. On demand

Tiada lag atau nak kena tunggu belt gerak. Letak kaki, start lari, treadmill gerak. Tiada switch nak on off. Switchnya kita.

KESIMPULAN

Saya tak boleh nak bagi kata putus bahawa curved treadmill ni lagi bagus dari treadmill flat. Sebab dia yang treadmill flat tu seumur hidup saya pernah cuba lari dua kali sahaja. Kat hotel mana ntah sebab saya ada kerja outstation ngan satu lagi lupa.

Tapi melalui pembacaan saya macam curved ni elok skit so tengoklah canne betul ke tidak.

Cuma satu yang confirm lepas saya lari 2 – 3 kali session atas curved treadmill ni, pendapat saya, curved treadmill ini ibarat kata dia dengar cakap kita la. Bukan kita kena ikut dia. Kita yang control dia, bukan dia dictate kita. Engine dia adalah kita, bukan treadmill tu. I am the master and the curved treadmill is the servant.

BACAAN BERKAITAN POST INI

 Treadmill Pt 1 : Apakah treadmill terbaik dunia?
 Treadmill Pt 2 : Apakah ciri-ciri treadmill terbaik dunia?
 Treadmill Pt 3 : Treadmill pilihan saya
 Treadmill Pt 4 : Treadmill yang memilih saya
 Treadmill Pt 5 : Curved Treadmill
 Treadmill Pt 6 : Contoh workout yang boleh dibuat atas Curved Treadmill
 Treadmill Pt 7 : Option Curved Treadmill yang ada
 Treadmill Pt 8 : Treadmill sampai rumah

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *