Treadmill Pt 7 : Option Curved Treadmill yang ada

Ok, yang pertama tu yang macam saya punyalah. Archean Curved. Ada banyak lagi brand lain tapi yang bawah ni saya rasa cam menarik untuk kita tengok.

SpeedFit – SpeedBoard, The first Prototype

Ini adalah moyang segala curved treadmill. 11 tahun yang dulu. Saya ingatkan curved treadmill ni. baru 2-3 tahun. Rupanya dah berkurun lama. Masuk Malaysia je lambat ghupenye.

Snowfit Windrunner

Ini yang Hafiz J pakai. Ada dua jenis. Untuk intense running yang Hafiz J pakai manakala untuk comel-comel yang kaiza cun tu pakai.

Assault AirRunner

Yang ni bentuk dia paling minimal. Batang dia tak besar sangat just nice. Emmmm… ke batang besar yang bagus? Ntah. Ikut selera la kut. Ada kawan saya kabo size tak penting, yang penting tahan lama. EH jangan fikir bukan-bukan lak, tahan lama ni maksud dia warranty lama la so beli treadmill dah la mahal. Mesti mau pakai 100 tahun.

Woodway Curve

Ni treadmill sepupu kepada treadmill Mo Farah. Pun sebenarnya dah lama kalau ikut tarikh youtube video tu upload.

Sprintbok by NOHrd

Ni out of the world punya level. Kalau saya jackpot 8 juta usd saya beli yang ni. Treadmill yang saya ada ni saya sedekah pada sapa yang doakan saya dapat 8 juta usd. Tapi kalau yang boleh doakan saya 8 juta usd sampai makbul, baik dia doa sendiri dia dapat treadmill ni. Tak? Tapi on other note, kalau boleh doa makbul, baik doa jadi Mo Farah terus. Jap. Kalau boleh doa jadi Mo Farah, baik doa diri sendiri tu dapat 8 juta usd.

Hmmmmmmmmm….. manusia memang tak pernah puas…… itulah sebabnya kita ni manusia. Tapi yang bawah ni memang design dia fehhhhh…. scandinad gitu.

BACAAN BERKAITAN POST INI

 Treadmill Pt 1 : Apakah treadmill terbaik dunia?
 Treadmill Pt 2 : Apakah ciri-ciri treadmill terbaik dunia?
 Treadmill Pt 3 : Treadmill pilihan saya
 Treadmill Pt 4 : Treadmill yang memilih saya
 Treadmill Pt 5 : Curved Treadmill
 Treadmill Pt 6 : Contoh workout yang boleh dibuat atas Curved Treadmill
 Treadmill Pt 7 : Option Curved Treadmill yang ada
 Treadmill Pt 8 : Treadmill sampai rumah

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *