Treadmill Pt 8 : Treadmill sampai rumah

Hari yang ditunggu telah tiba. Treadmill akhirnya menjelma daripada screen ke depan mata dalam rumah saya. TQ Boss. Bagi treadmill…. macam2 Boss bagi saya. TQ. Ni gambo treadmill kat kilang.

cc82099b-a836-44bb-99e0-5ca340717f4d

So petang tu lori pun sampai. Ada 4 orang pemuda gagah perkasa turun dari lori. Basically, sebelum lori sampai Brader Azlan ada suh saya tangkap gambar setiap pintu yang treadmill ni nak lalu termasuk tangga. Tujuan dia adalah supaya dia nak estimate treadmill ni muat atau tidak. And then semua barang-barang kat bucu tangga nak kena clear kasi space untuk lalu. Nasib baik ok. Ini antara gambo yang saya send termasuk space treadmill ni nak landing nanti. Sorry rumah tengah pecah macam tongkang. Masa ni bulan puasa so tengah kemas rumah nak sambut raya paling epik sekali iaitu raya kat rumah sendiri (tak balik kampung sebab covid).

a_doorc8b4b065-b663-446b-9880-e20cbb0d5b1ea_stairs

a_door2

a_space

Ini pula proses nak membawa naik treadmill ke tingkat 3. Basically treadmill ni depa buka kat kilang dan pasang balik kat rumah saya. Makanya nak bawak naik atas tu mudah sikit sebab dah lerai daripada nak angkut seketul bapak susah.

IMG_1980

IMG_1984

Batang dan badan naik berasingan. Hmmmm….

IMG_1981  IMG_1987

Proses nak bawak naik ni saya ingat makan sejam jugak. Nampak dalam gambar macam ringan tapi dia punya berat hanya ALLAH ta’ala yang tahu. Berapa kali stop tu otw nak naik atas. Tak caya tengok baju itam brader tu berpeluh meluh. Brader yang pakai spek tu muka cam nak marah saya sebab paparazi dia tengah letih agaknya. Dah la lapar kebulur.

IMG_1990

Proses memasang semula batang ke badan atau sebenarnya tapak.

IMG_2043

Sementara hampir nak siap tu brader tu suh saya test jalan ngan lari atas treadmill ni.

IMG_1997 IMG_1995

Bila dah settle semua brader-brader pun balik. Saya sebenarnya masa tengok depa letih macam nak pengsan bawak naik treadmill ni saya tanya abang puasa tak? Ada yang muka senyum lain macam. Saya sebab makrifat tinggi so saya boleh baca dah dari awal :D.

So saya pun minta tolong bini saya buat air. Sian depa. Keja berat kut. Berapa kilo treadmill tu nak angkat. Putus urat jubo boh. Kita ni keja tak berapa nak berat untung la boleh puasa. Masa turun tu mula depa segan gak nak minum tapi saya cakap saya tadehal Allah tu bukan maha kejam bang. Tak caya refer quran surah lembu ayat 184. Yang tak berdaya nak puasa, atau dalam konteks posting ni, kerja berat ni diringankan dari puasa. Angkat treadmill kerja kerja berat ke kerja ringan? Cuba la angkat tengok ringan ke berat. Quran kata yang tak mampu nak puasa atas sebab-sebab sendiri (memasing dah besarkan so memasing boleh fikir sendiri) boleh bayar la fidyah later. Sistem tu kan dah ada. Tapi yang tak puasa tu tade dalam gambar kat atas ya. Jangan nak fitnah pulak. Bab puasa ni urusan masing2 antara diri sendiri dengan Allah ta’ala. Jangan nak judgemental cakap orang tak puasa ke apa esok Allah ta’ala rentap kita punya nikmat nak puasa baru padan muka. Puasa tak puasa, sendiri punya hal. Tapi kalau datang rumah saya tak puasa, saya sediakan air oren keluo dari peti sejuk.

Otw balik saya bagi duit raya kat depa, depa punya gembira lain macam. Ye la… maybe last dapat duit raya masa kecik. Siap doa agar saya ditambah rezeki melimpah ruah berganda-ganda. Saya tak melepaskan peluang terus AMINNNNNNNNNNNN x 1000 infinity stones. Bukan senang stranger nak doakan kita sebab biasa stranger kalau doakan kita ni confirm ikhlas sebab depa bukan kenal kita.

So, ini adalah treadmil curved yang dibeli masa musim MCO. Harapnya tak jadi berhala dalam rumah ni. Insya allah, dengan adanya treadmill ni maka hubungan kekeluargaan saya anak beranak harap bertambah erat. So tadela saya keluar rumah nak pi training dah. Training pun anak depan mata. Alhamdullilah. Rahmat Allah. Yang bawah tu console dia.

IMG_2122 IMG_2121

What’s Next

Sebelum apa-apa pertamannya dikesempatan ini saya nak ucap terima kasih kepada kawan saya ni seorang runner juga yang banyak bagi idea dan cadangan serta consultation pada saya untuk membeli treadmill. Beliau ini anak murid kepada Edan Syah, berguru sampai level pernah podium pulak tu. Nama dirahsiakan atas sebab tertentu. Dia dah pakai treadmill lama dah sejak zaman ais lagi. Semoga Allah memberi beliau kegembiraan jackpot atas bantuan beliau kepada saya.

Dan kedua terima kasih kepada brader atau Mr. Azlan dari impulse fitness atas perkhidmatan yang sangat sleek, cekap dan pantas. Boleh consult dengan beliau kalau nak beli barang-barang fitness ni. Sekali lagi, ni nombor telefon dia : 013 342 4956. Boleh deal sendiri.

Ketiga saya nak ucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Dato Seri Tengku Zafrul sebab umumkan moratorium. Tanpa moratorium agak sukar saya nak beli treadmill ni sebab confirm kena kumpul duit lama sikit. Ini takyah kumpul. Duit keta, motor, rumah semua buat modal la kasi hantam ini treadmill. Oh btw Menteri Kewangan kita ni level ironman. Bukan biashe2.

Dan terakhir, terima kasih juga kepada Abah Din sebab elok treadmill ni sampai rumah esoknya Abah Din buat pengumuman MCO diringankan. Boleh start keluar riadah atau jogging luar rumah. Sedap jugak kena macam gini kan? Kenapa nak beli treadmill kalau boleh lari kat luar cam biasa? Soalan misteri nusantara yang takkan terjawab sampai bila-bila.

Ni EL Lukh test treadmill. Baju tokyo marathon beb. EL Lukh Kipchoge ni in future. Sapa nak start sponsor? 😀


View this post on Instagram

Sebenornya kan…. abiang dah lama berenti laghi sejak beli moto. Jilake ni semua kawan abiang la racun dia kate kalau ko beli moto lagi jauh boleh pergi. Tak letih nak training. Betul gak tu. Kenapa nak guna kaki klau boleh guna tangan? Tapi musim mco dua2 tak boleh. Lari tak boleh, moto tak boleh. Abiang pun decide beli treadmill. Elok treadmill sampai ghumoh, kerajaan kabo dah boleh keluo jogging. Mmg 👍🏻👍🏻👍🏻 abiang bagi kat muka abiang. Sejak 2020 ni PER paling lega abiang kena. Dah lama tak feeling2 kena tipu ni. But anyway damage is done. Past is past kita kena move on. Maka abiang decide nok laghi semula. Kalau 2013 dulu abiang start laghi ending dia 2017 tokyo marathon. Harap kali ni ada treadmill abiang boleh laghi sampai planet pluto. Atau yg kedua, last sekali tak laghi pun PER semata tapi akak yg kena laghi sebab dulu dia ada kabo ke abiang dia teringin nak laghi 10k kat Bali. Dia ada kabo la tatau dia ingat ke tidak tapi abiang ingat. Sebab akak selalu support abiang rasa tak salah kalau abiang support akak pulak. Buat permulaan abiang dah letak kasut dia kat tepi treadmill tu incase dia ada naik tingkat atas ni lepas tu tatau nak buat apa. #lariansebuahkitab

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

OK.

Last sekali, saya akan start training untuk race dengan treadmill ni, so next posting pasal treadmill ni adalah selepas 100 KM lari ataih dia. Yang tu maybe lama la skit kut mungkin kalau rajin 3 tahun lagi saya update (sebab nak 100 KM tu).

Saya akan tulis pulak kebaikan dan keburukan treadmill ni, apa PERasaan dan experience saya  bersama dengannya.

Episod membeli treadmill ni sebenarnya mengajar saya satu hal yang agak deep jugak. Nampak macam beli treadmill, tapi ada benda lain.

Yelah. Dalam hidup ni kita bukan boleh dapat semua benda yang kita nak. Betapa tuhan nak ajar kita tu, Dia tak bagi jugak ke kita walaupun kita ada kemahuan mendalam nak dapatkan benda yang kita nak tu. Dan, kemampuan pula bukan satu tiket untuk mendapatkan sesuatu tetapi ada lagi benda lain yang yang tersirat yang Tuhan nak kita faham. Dan benda yang tuhan nak kita faham ini sebenarnya, lebih berharga dari benda yang kita nak awal-awal tu. Dalam erti kata lain, tuhan kata ke kita,

“Kau nak benda ni je???? Aku boleh bagi kau something yang lagi up yang lagi senang kau nak dapat, tak payah susah-susah pun”

Dalam kes saya ni, awal-awal berangan nak treadmill Mo Farah. Last sekali dapat treadmill melentik.

Tapi game hidup ni memang banyak surprisenya. Betapa rahmat dan kasih sayang Tuhan kepada manusia tu maha tinggi dan maha deep (manusia je yang tak pernah nak sedar), walaupun Dia tak bagi treadmill Mo Farah pada saya, tapi Dia bagi saya satu video ni. Video ni saya jumpa lepas 8 kali session lari 3K atas treadmill ni dan masa tulis posting yang ke 7 sebelum ni. Lepas tengok video ni saya cam nak berair air mata. Gila game Allah ta’ala ni.

Tak tercompute akal manusia.

Kau nak sangat treadmill Mo Farahkan…..Ha….. Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan….. 31 kali Aku ulang dalam Quran. Ingat tu. Dalam youtube kat atas, minit 0:32.

BACAAN BERKAITAN POST INI

 Treadmill Pt 1 : Apakah treadmill terbaik dunia?
 Treadmill Pt 2 : Apakah ciri-ciri treadmill terbaik dunia?
 Treadmill Pt 3 : Treadmill pilihan saya
 Treadmill Pt 4 : Treadmill yang memilih saya
 Treadmill Pt 5 : Curved Treadmill
 Treadmill Pt 6 : Contoh workout yang boleh dibuat atas Curved Treadmill
 Treadmill Pt 7 : Option Curved Treadmill yang ada
 Treadmill Pt 8 : Treadmill sampai rumah

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *