Trunvelogue, KitabkeViktor : Apollo Campervan Pt 2

Now, ini adalah kali pertama saya naik campervan. Makanya pasti akan ada damage tertentu yang telah saya accept sebelum memulakan journey. Cuma tak sangka damage dia agak costly bagi saya dan saya kira mistake ini agak bangang dan boleh dielakkan.

Pertamanya adalah kerana trip ini last minute. So planning dia tak berapa nak power sangat. Bila last minute maka macam-macam hal berlaku. Next time kena plan betul-betul (harapnya la).

Mula-mula saya book campervan ni untuk 12 hari dari 12 May hingga 23 May. Trip saya 17 hari, so lagi 5 hari tu saya akan spend kat Melbourne. So estimation cost dia adalah AUD1530.00 atau bersamaan duit Malaysia RM4658 masa saya nak book tu. Ini first email dari depa.

12 hari trip, satu hari kos dia dalam RM388. Paling basic.

Screen Shot 2016-06-05 at 1.16.56 AM

So, bila saya confirm tu saya nak bayar, depa kata tak payah bayar semua, cuma bayar booking dulu sebanyak AUD250.00. Bayar nanti masa kat sana untuk balance. Sekali tu sebelum fly, saya bincang-bincang dengan isteri saya instead of 12 hari road trip dan 5 hari di Melbourne, why not kita bahagi 2 dimana separuh road trip dan separuh lagi lepak Melbourne.

Asalnya saya nak sampai 23 May tu sebab saya nak masuk satu lagi race selain Great Ocean iaitu  trail run di Grampians. Lari dalam hutan. Trail run ni adalah pada hari Ahad 22 May. So lepas trail run tu baru saya drive balik ke Melbourne.

Tapi bila saya plan route untuk drive saya dapati yang Grampians ni agak luar kawasan liputan dan boleh jadi terpaksa ulang alik menyebabkan buang masa dan buang tenaga bagai untuk sampai ke sana. So saya decide tak jadi enroll race ni.

Makanya bila dah sampai di office Apollo Campervan tu saya pun nak kurangkan hari rental daripada 12 hari kepada 8 hari. Amik 12 May, pulang 19 May. So by 19 May tu lepas pulang van saya akan naik teksi ke Melbourne sebab saya dah sewa apartment dari AirBnb.

Saya bajet, bila kurangkan hari, maka kurang lagilah kos untuk campervan ni. MALANGNYA, cancellation hari boleh dibuat tapi duit tak direfund kecuali kalau cancel hari sebelum 2 minggu tarikh nak rental. So jadinya, kalau saya amik juga van ni ikut hari asal, ia dah bertindih dengan hari saya dah sewa apartment AirBnB di Melbourne. Dem….

End up, saya kena bayar juga jumlah yang lebih kurang sama, dan akhirnya ini adalah kos final untuk sewa campervan tersebut setelah dicampur lagi dengan a few things mak nenek bagai yang ada diantaranya saya tak tahu nak kena bayar pun.

AUD 960.00 – Rental dari 12 May – 23 May (walaupun pulang 16 May)
AUD 360.00 – Insurance Option 2 (AUD45 x 8 hari), ada banyak option, ni paling murah
AUD 25.00 – Pre Purchased Gas, tong gas untuk masak tu
AUD 32.00 – Road Assist (AUD4 x 8 hari), ini kalau hilang kunci ke tayar pancit ke call depa datang
AUD 87.00 – Fuel Full Tank, so bila pulang esok tanki kosong pun takpa
AUD 30.00 – Baby Seat, one time cost
AUD 80.00 – GPS, (AUD10 x 8 hari) Menyesal tak bawak GPS office punya
AUD 15.00 – Heater
AUD 250.00 – Booking
AUD 5.10 – Tax ape ntah
AUD 27.33 – Credit Card Surcharge

So total adalah AUD 1871.43 atau bersamaan duit Malaysia RM4904.98. Kalau saya plan betul-betul, saya jimat AUD320 which is AUD320 bersamaan dengan RM962.

So kesimpulannya, kos untuk satu hari campervan ini adalah RM613.12 per day daripada sepatutnya cuma RM492.87. Itu pun boleh pergi lagi murah kalau bawak GPS sendiri iaitu AUD 80 untuk 8 hari.

Pengajaran : 
SILA BACA TERMA DAN SYARAT YANG DISERTAKAN SEKALI BERSAMA BOOKING INVOICE

320aud

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *