Trunvelogue, KitabkeViktor : Apollo Campervan

Sebelum datang lagi saya dah booking Apollo Campervan ini. Semua dibuat secara online, dan mana yang saya tak faham, saya skype dengan mereka.

Basically ada banyak jenis campervan. Kalau ikut brand, yang paling premium adalah Maui. Yang ni paling mahal sebab van-van depa tak sampai 3 tahun tak silap saya. Yang kedua adalah Britz. Kemudian Apollo. Yang lain-lain lebih murah adalah seperti Camperman, dan a few others yang saya pun dah tak ingat.

Dari segi kenderaan dia pulak, ada macam-macam jenis. Ada yang macam lori. Ada yang van panjang. Ada van pendek. Ada jip 4wd. So basically kena tau kita berapa orang dan yang mana sesuai dengan kita. Ada yang ada shower & toilet kat dalam. Ada yang takde.

Oleh kerana saya hanya berdua + seorang infant, saya decide untuk ambil van yang tidak ada shower pun. Jenis van yang saya ambil ini adalah Endeavour Camper. Ini gambar van yang saya ambil dari web mereka.

APAU_Endeavour-Camper-External-Photo-2

So macam mana dalam dia? Memula, ini layout plan van ini. Yang first tu tanpa katil.

APAU_Endeavour-Camper-Day

Yang second ini bila buka katil.  Actually capacity van ini 4 orang. So kalau malam, 2 orang boleh tidur belah bawah dan lagi dua boleh tidur belah atas

APAU_Endeavour-Camper-Night

Untuk lebih faham, ini gegambar yang saya rembat dari web depa. Perasan dak bantal biru atas tu, ada slot panel kelabu tu, yang tu boleh tarik dan jadi katil untuk orang tidur kat atas. Manakala kerusi belang-belang tu boleh di tarik dan menjadi katil.

APAU_Endeavour-Camper-Internal-Photo-4
APAU_Endeavour-Camper-Internal-Photo-3

Ini pulak view pandang ke belakang. Seat kat belakang ada 2. Meja tepi depan seat tu boleh lipat bila waktu malam.

APAU_Endeavour-Camper-Internal-Photo-7 APAU_Endeavour-Camper-Internal-Photo-6

Oleh kerana EL Lukh ikut sekali, so saya sewa baby seat. Sebabnya kalau vehicle moving, baby wajib dibaby seatkan untuk keselamatan.

Ini pulak singki dan tempat masak dia. Kat belah belakang sekali.

APAU_Endeavour-Camper-Internal-Photo-8

Bawah singki dan tempat masak ada almari. Almari bawah singki dia simpan pinggan mangkuk bagai begitu juga dengan almari bawah tempat masak. Cuma bawah tempat masak tu ada peti ais kecik dan atas peti ais kecik tu ada microvawe yang asal lalu je tertekan switch on sebab berlaga dengan bontot.

APAU_Endeavour-Camper-Internal-Photo-5

Ini pulak dahsboard driver. Almost 60 – 70 % time saya drive seorang manakala isteri saya dan EL  duduk kat belakang. Agak boring juga. Kalau EL tidur, barulah isteri saya mengesot ke depan duduk sebelah saya. Baru nak feeling2 sikit dah EL terjaga menangis. Lega.

APAU_Endeavour-Camper-Internal-Photo-9

Ok, anyway, detail pasal van ni boleh pergi kat web dia. Tapi kalau ada 10 benda yang nak tau pasal van ni dengan cepat, ini saya listkan.

  1. Brand Toyota Hiace
  2. Minyak 70 L, Unleaded
  3. Gear Auto
  4. Aircond
  5. Tank air 31 L
  6. Ada Fire Extinguisher + First Aid Kit
  7. Bed untuk 2 adult, 2 kanak-kanak
  8. Airbag, ABS
  9. No Shower
  10. Ada plug untuk charge iPhone / Camera tapi hanya boleh charge waktu berhenti

Ini ada video dari youtube depa.

Saya ada bawah sleeping bag dari Malaysia tapi haram tak pakai. Dalam van depa dah bagi :

  1. Bantal x 4
  2. Selimut x 2
  3. Cadar x 2
  4. Towel x 4

Untuk journey saya, saya kena tambah a few things dimana additional item iaitu :

  1. GPS – yang ni sewa daily
  2. Baby Seat – yang ni sewa one time
  3. Heater – yang ni sewa one time
  4. Insurance Cost
  5. Road Assist kalau berlaku emergency depa datang rescue
  6. Minyak fuel Tank

Nasib saya dan famili agak baik, Apollo Van yang saya dapat tu baru dan KM dia tak sampai 50K.  Van dia alhamdulillah tak lah buruk gila bau pekung bagai, dalam dia sangat nice dan cantik.

Next post saya akan letak pricing dan kesilapan saya. Ini gambar isteri dan EL sebelum kami mula trip dari Melbourne ke Great Ocean. 489 VOQ akan jadi rumah dan kereta kami sepanjang coastal drive nanti.

Screen Shot 2016-06-05 at 1.00.05 AM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *