Trunvelogue, KitabkeViktor : Backpack El Lukh

Bila dah ada anak ni, anak jangan dilupakan. Tapi juga, diri sendiri jangan juga dilupakan. Satu lagi hal adalah backpack untuk barang anak saya. Satu backpack barang saya dan isteri, dan satu lagi backpack khas untuk barang baby. Kenapa kena ada separate backpack?

1. Sentiasa ada dengan kita
Backpack besar boleh masuk cargo. Manakala backpack baby, kena hand carry. Sebabnya, kita tak tau bila kita perlukan barang baby ni. Buatnya dia berak ke lapar ke apa ke, so all the time, barang dan harta dia sentiasa dengan kita. Tak kira masa sebelum naik flight, dalam flight, turun flight, tengah jalan, tengah tidur… dan macam-macamlah.

2. Khas untuk dia
Khas untuk dia saja sebab kalau campur dengan barang kita, nanti leceh masa nak mencari tu. Ada satu ketika masa dalam flight El mengigau dan menjerit menangis, so bila saya nak amik barang dari backpack tu senangla sebab semua kat satu tempat. Imagine kalau bercampur dengan barang kita, kan ke lambat nak sort out.

3. Mudah untuk check dan recheck, stock and restock
Bila barang dia setempat, so senang nak check dan recheck kut ada yang tertinggal. Senang juga nak restock dengan barang makan dia bila semua kumpul setempat. Takdela nak kena cari kat tempat lain atau tertinggal miss out bagai.

Okkatots-Baby-Depot-Diaper-Bag-Backpack-199x300 Okkatots-Baby-Depot-Diaper-Bag-Backpack

Now, apakah ciri-ciri backpack yang sesuai untuk baby. Actually, ada backpack yang memang direka khas untuk baby. Tapi saya tak pulaklah nak beli yang memang khas untuk dia sebab saya fikir, esok-esok kalau saya nak pakai, saya boleh pakai sendiri. Takkan saya nak bawak bag baby kut pergi travel seorang diri? ūüėÄ

So sebelum fly hari tu saya ke KLCC untuk sambar satu Crumpler bag dan saya beli hat ni. Bila fikir-fikir balik, ni nampak sangat alasan abah dia nak beli bag baru tapi guna anak sebagai kambing hitam.

Screen Shot 2016-06-04 at 6.56.41 PM

Anyway, backpack ni nama dia ASO OUTPOST LEAKED MEMORANDUM. Antara sebab backpack ni saya beli dan saya fikir boleh juga dijadikan backpack EL Lukh

1. Size sederhana
Tak besar tak kecik, just nice. Size dia 25L. Untuk harta EL Lukh duduk dalam ni kira ok lah. Sebab nak bawak kemana-mana so kang besar sangat kang banyak pulak ibu dia isi barang.

Satu lagi, kalau saya pakai backpack Kathmandu tu so isteri saya boleh pakai backpack ni. Tak la berat sangat dia nak pakai.

Screen Shot 2016-06-04 at 7.12.00 PM

2. Banyak Compartment
Kalau ikut web dia ada 7 compartment tapi saya tak kisah pun. Yang penting, ada side poket untuk isi termos air. So poket sebelah lagi tu saya boleh isi map dan buku notes saya.

Screen Shot 2016-06-04 at 7.13.31 PM

Then dekat penutup atas dia tu, bahagian kepala bag, ada satu lagi casing so boleh isi passport bagai kat sini. Ada zip.

Screen Shot 2016-06-04 at 7.23.21 PM

3. Dual Access
Ni penting jugak. Access untuk amik barang. Satu daripada atas, dan satu dari depan. So genius dia adalah, baju-baju, kain ke apa atau stock lampin boleh isi belah atas. Tapi untuk makanan, satu lampin spare dan casing susu dengan foods dia semua boleh isi sini dan senang nak buka-amik.

Screen Shot 2016-06-04 at 7.17.00 PM

4. Weatherproof
Since nak pi Australia sekarang ni winter, maka mungkin hujan. So agak bagus juga backpack ni kalis air. Tapi to be safe, sediakan bag plastic hitam juga untuk mungkus semua barang El.

5. Boleh isi laptop
So trip ni saya terpaksa bawak laptop juga sebab idea asal dia bukan sebab nak buat kerja tapi konon nak berlatih menulis.¬†Berangan la tengah chill minum kopi musim sejuk nak buka laptop update blog. Tapi harammmmmm… but anyway, bahagian laptop dia tu boleh lock dengan mangga.

Laptop dan semua harta El dalam satu backpack, score. Oh ya. Size laptop adalah 15 inch. So iPad pun boleh masuk la no hal.

Screen Shot 2016-06-04 at 7.21.46 PM

Ini video tentang backpack ini, dan setelah pulang dari Australia, saya kira saya puas hati pakai backpack ni. Last sekali bukan setakat isi barang El je, malah juga isi barang – barang shopping.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *