Trunvelogue, KitabkeViktor : Backpacking

Apabila travel saya kira seseorang boleh pilih sama ada untuk bawa beg yang bagaimana bagi mengisi barang-barang dan baju-bajuan. Ada bezanya beg balik kampung hari raya, beg business travel 3-4 hari, beg pergi umrah 2 minggu dan beg naik gunung. Seperti juga bezanya kasut untuk lari 5K dengan kasut lari 21K atau trail dalam hutan.

Di rumah saya misalnya ada beberapa jenis beg untuk event-event yang berkaitan. Untuk travel kali ini, kerana ia jatuh di bawah kategori campervan + city, pemenangnya adalah beg naik gunung saya walaupun saya tahu tidak akan ada gunung yang saya daki dalam trip kali ini.

Lagipun, saya kalau boleh kali ini mahu seminimalist mungkin. Saya ingatkan isteri saya, kita bukan nak pindah duduk Australia. Makanya, ada beberapa faktor yang saya kira penting untuk saya dan isteri selesaikan tentang backpack kami ini.

1. Mobility
Bag umrah memang senang tarik sebab dia ada roda dan juga besi tarik itu. Namun masalah utama adalah size bag kami itu saiz gergasi. Dan kalau saya bawa beg ini, feel tourist dia agak tinggi sekali. Kata naik campervan. Takkan nak junjung beg.

Lagipun kalau backpack tu senang saya nak pakai. Tangan free boleh buat benda lain misalnya dukung EL Lukh atau bawak botol susu dia. So saya bajet kalau saya bergerak, ia mungkin mudah misalnya esok kalau kat city in case terpaksa angkut bag naik tramp.

2. Size
Backpack saya adalah jenis Kathmandhu Altai Black V2, umur dia saya ingat hampir 3 tahun. Beg ini asalnya saya beli kononnya nak pergi bertapa kat Nepal. Tapi masih belum tercapai lagi. Paling tinggi bag ini pernah pergi adalah Gunung Irau Cameron Highlands. Lain-lain tu masuk hutan mencari air terjun sahaja. Harap kau boleh pergi Everest satu hari nanti. 😀

40675_altaipack_v3_902
Ini Altai V3 yang paling baru. V2 tak jumpa pulak pic dia. 

Masalahnya pulak adalah backpack ini size dia 50L sahaja. Comparison untuk size backpack boleh tengok bawah ini. Ini adalah guide untuk size ruang sesebuah backpack. Dalam erti kata lain, berapa size back yang sesuai berkadar dengan berapa hari nak travel. Saya nak travel 17 hari dan cabaran saya adalah satu beg ini untuk muat semua barang saya dan isteri.

238406_13717_XL-1
Ada satu lagi size yang penting untuk kita tahu kalau nak beli backpack, iaitu size kita sendiri. Size buka bidang badan kita. Adalah penting untuk mengetahui size backpack yang sesuai dengan size badan kita sebab kalau salah size, sakit pinggang mak oi nak bawak.

fitting-pack
bd_pack_size_chart
***
So, kerana saya hanya bawak satu backpack sahaja untuk saya dan isteri (ada satu lagi backpack    isteri saya deuter tapi agak SITI SALAMONGGEL la nak bawak 2 backpack ), maka kena make sure packing tu mesti fit kaw-kaw.

3. Baju – Lipat atau gulung
Ini adalah debat yang takkan kunjung sudah selesai antara manusia seluruh alam. Nak lipat atau nak gulung baju tu. Setengah orang kata better gulung sebab kalau gulung akan makan sikit ruang. Setengah orang pulak better lipat, sebab bila lipat, baju tak kedut.

Anyway, terpulang pada anda bagaimana tapi saya dalah antara golongan mazhap gulung.

 

Gulung pun ada syariatnya. Bukan main gulung. Ini adalah cara paling praktikal untuk gulung baju, seluar stokin dan bagai. Saya fikir yang expert hal ini mestilah askar sebab askarkan bawak backpack besar masuk hutan. So depa mesti dah tau cara nak minimize baju depa semua. Thanks to Youtube, saya jumpa video-video ini.

4. Segment
Apabila kita dah menjadi pakar gulung instead of pakar lipat, sekarang bagaimana pula caranya untuk mengsegmentizekan barang-barang yang simpan dalam backpack tu. Saya tak ingat saya travel ke mana dulu tapi waktu tu saya ada jumpa satu brand ni cantik juga. Flight001. Depa ada beg-beg kecil untuk baju-baju dan barang-barang lain dibahagikan mengikut segment tertentu dan dimasukkan mengikut kategori. Beg-beg kecil ni kemudiannya dimasukkan dalam bag besar bagi tujuan mudah capai dan mudah manage.

Screen Shot 2016-06-04 at 5.58.37 PM

Waktu tu saya beli satu je untuk isteri saya untuk beg ubat dia in case nak travel. In case dia pengsan ke so saya tau la kat mana dia simpan ubat. 😀

flight-001-emergency-make-up-supplies-824-p

Alternative, saya juga pernah jumpa di Muji untuk beg-beg kecik mengada ni tapi saya tak beli pun. So cara yang saya buat adalah menggunakan bag plastik sampah hitam dan biru serta zip lock bag. Itu adalah cara paling mudah dan cara paling murah. Satu lagi saya ingat masa saya kecik-kecik dulu, abah saya selalu pergi outdoor. So masa tu saya tengok masa dia packing backpack dia, dia letak barang-barang dia dalam bag plastik sampah. Bila saya tanya dia kenapa dia buat macam tu, dia kata nanti bila naik gunung kalau hujan, at least baju tak basah.

Rupanya tradisi begini masih diteruskan hingga ke saya, walaupun saya tahu yang backpack kathmandhu saya tu kalis air dan salji. Harap El akan teruskan juga hal ini. Mungkin bukan sebab nak elak basah tapi lebih kepada nak segmentizekan barang.

Oh, ada satu lagi trend baru. Instead of bag kecik mengada atau plastik sampah zip lock, boleh cari compression bag. Yang ni ok jugak. Saya baru tahu yang ni maybe next travel boleh try. Mungkin ada banyak jenis tapi make sure cari yang ada strap boleh laras sebab strap ni yang akan compresskan bag lagi kecik.

BlueField-Lightweight-font-b-Compression-b-font-Stuff-font-b-Sack-b-font-Bag-Outdoor-font

5. Placing
Last, bila dah segmentize bagai, sekarang adalah cara bagaimana nak susun dalam backpack. So formula dia mudah saja. Susun barang mengikut :

a. Paling ringan dan paling tanak amik – bawah sekali
b. Paling berat – paling dekat dengan belakang badan kita
c. Paling ringan – paling jauh dari belakang badan kita
d. Paling ringan dan selalu nak amik – atas sekali

Ini ada video guide dari REI.

Ok. Akhir sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada isteri saya kerana biasanya dia yang  tolong sediakan segala benda yang saya nak packing. Untunglaaaa….

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *