Trunvelogue, KitabkeViktor : Bells Beach

Ingat tak zaman dulu. Beg duit zap zap. Zap zap tu velcro. Biasanya kain, bila buka dia jadi 3. Zaman saya sekolah menengah dulu famous brand QuickSilver, Billabong. Kira sapa yang tak pakai beg duit macam ni zaman tu cam tak remaja la.

Dulu seingat saya sebagai remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya, saya ada satu. Tapi memori ini tak kental sangat untuk ingat sama ada saya ada Quicksilver atau Billabong. Tapi yang saya ingat saya kumpul duit macam nak gila beli beg duit ini. Waktu tu saya duduk di Johor Bahru dan saya beli beg duit ini di Holiday Plaza. Saya tak tahu kemana beg duit ini pergi hari ini dan kalaulah kami ada museum keluarga, pasti beg duit ini masih wujud dan saya akan wariskan kepada EL.

***

bellsbeachmap
Google Map

Di dalam perjalanan ke campsite seterusnya ada satu lagi attraction yang mesti singgah iaitu Bells Beach. Tapi rupanya on the way ke Bells Beach, ada kedai Billabong besar gila bersebelahan dengan kedai Oakley dan Ripcurl. Melihatkan bangunan-bagunan hantu surfers ini dari jauh, saya kembali remaja. Lalu saya menyimpang masuk dan buat lawatan kawasan mengejut.

billabong2

Asalnya nak kembalikan nostalgia tapi akhirnya damage yang terjadi. Saya terbeli beg duit Billabong dengan alasan kepada isteri yang saya tak ada beg duit untuk dibawa masa pergi race larian, dan saya juga terbeli jaket untuk dipakai masa lari esok. Yang ni bukan kehendak ya. Yang ni keperluan. Sebab sejuk gila. Lagipun saya tertinggal jaket larian saya sebab kelam kabut hari tu.

Padahnya, yeslah.

Anyway, kalau anda minat dengan barang-barang laot surfers ini, saya rasa ini spot paling baik untuk anda membeli belah sampai kering. Sebab dia kedai surfing brand dia berderet adik beradik. Dia panggil sini Surf City Plaza. Kalau nak jalan kaki, saya ingat 2 jam pun tak habis pusing. So saya tak spend lama sangat kat sini sebab saya tau. Lagi lama, lagi bala.

billabong
Google Street atau Google Map

Kami kemudian meneruskan perjalanan mencari Bells Beach tapi ntah macam mana silap beach. Saya terberhenti di mana ntah tapi sempat layan orang main surf. Saya fikir depa ni memang gila. Sejuk-sejuk pun main air.

SONY DSC

Lupa nama tempat ni tapi taman ni nama dia ada macam Elephant sikit ke Elephant Walk. Gitulah

DCIM100GOPROGOPR0579.surfers02 surfers01
surfers04
Yang ni bukan surfers

Bila dah mual tengok orang main surfers, saya sambung perjalanan lagi dan singgah kejap di satu kedai telco ni untuk beli sim kad. Kalau asyik nak main data roaming, Abdul Wahub pun boleh miskin. So saya beli satu simkad local dan pasang pada iPhone isteri saya. Senang.

Pasal phone ni saya tulis later.

Ntah macam mana di beberapa belah kedai telefon ni ada kedai barang lari. Nama kedai ni Happy Runners. Saya pun macam, eh, kena buat lawatan mengejut jugak ni. Saya pun singgah sat sementara isteri saya main simcard kat kedai telefon tu tapi malangnya kedai ni dah tutup. So boleh jengah dari luar sajalah.

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Bila dah settle semua saya pun kembali ke van untuk terus ke Bells Beach. Hari pun dah senja. Bila saya tengok langit baru saya terperasan. Warna langit di sini gila cantik. Macam vanilla sky pun ada. Terpaku dan terpesona memuja langit, isteri saya kemudian menyapa yang hal simkad dah setel.

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Saya kemudian terus drive dan kami akhirnya sampai di lookup spot Bells Beach. Hari dan semakin gelap dan tak berapa nak nampak apa.

bellsbeach

Anyway mungkin tidak ada rezeki agaknya, kami pun meneruskan perjalanan ke Angelsea untuk campsite seterusnya.

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Berikut adalah jarak perjalanan hari kedua. Perjalanan hari kedua ini sikit sebab lambat bertolak dari Geelong, dan waktu winter, siang lebih pendek dari malam di Australi. Kemudian sebelum ke Surf City tu saya behenti makan di Subway agak lama juga. Actually ada satu lagi stop saya tak tulis tempat kraftangan aborigin saya singgah on the spot. Kat situ berhenti lama jugak tengok burung Emu tu. Saya kira 2nd day ni banyak pitstop dan sangat santai claus.

mapday2
Day 2, 
C – Geelong Riverview Tourist Park ( 1st Campsite )
D – The Carousel Waterfront
E – Surf City Plaza ( Billabong + Oakley )
F – Elephant Walk
G – Bells Beach, Turqoay
H – Angelsea Caravan Family Park ( 2nd Campsite )
Total driving distance from C to D, 55 KM

***

Semasa di Elephant walk melihat mat – mat surfers, ada dua orang couple yang sudah berumur sampai dengan sebuah jip. Couple ini kemudian keluar dan pergi ke tebing untuk melihat mat – mat surfers. Kebetulan saya sudah on the way ke van dan van saya adalah sebelah jip atuk dan nenek ini.

Saya terperasan yang lampu jipnya terbuka, lalu saya lambaikan tangan kepada atuk yang sedang bercakap telefon itu. Saya buat isyarat lampu terbuka dan kemudian menunjukkan kepada lampu keretanya.

Dia kemudian terperasan dan melambai tanda good kepada saya yang saya tafsirkan sebagai tanda faham. Atuk ini kemudian mencuit isterinya si nenek untuk kembali ke kereta dan mereka berjalan menuju pulang.

Ketika hampir sampai di jip, saya terdengar dia bercakap telefon. “A young man just told me that I forgot to switch of the car lights… bla bla bla”. Saya cuma memandang tersenyum. Seraya, isterinya si nenek yang juga berjalan sebelahnya memandang saya dan berkata, “Damn I forgot to bring my surfboard”

Saya terketawa.

Nenek ini mungkin minah surfer juga masa muda dulu. Siapa tahu. Setiap orang ada nostalgianya tersendiri. Sebagaimana dia melihat mat surfers dan teringat akan kisah muda remaja dulu begitulah jua saya melihat beg duit billabong dan teringat zaman sekolah dulu.

Barang-barang, selain muzik, juga adalah mesin masa yang boleh membawa kita terbang ke masa silam. Secebis perasaan yang hadir apabila terkenang kisah lalu, membuatkan kita tersenyum dan menerbitkan perasaan gembira.

Hmmm… patutlah saya jumpa kedai Happy Runner lepas tu.

Langkah seterusnya
https://en.wikipedia.org/wiki/Bells_Beach,_Victoria
Happy Runners

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *